Checklist Barang Keperluan Bersalin Ibu Semasa Di Hospital
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bagi anda yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata, pastinya persediaan untuk menyambut orang baru sudahpun mula dibeli. Di sini, saya ingin kongsikan checklist barang keperluan bersalin untuk ibu semasa di hospital sebagai panduan anda.
Keperluan Di Kaunter Pendaftaran
1. Rekod kesihatan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Doktor
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan
Elakkan membawa barang kemas. Jika terbawa bersama, anda dinasihatkan supaya menanggalkan semua barang kemas dan beri kepada suami atau keluarga untuk disimpan. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda di dalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu di dalam dewan bedah.
Contoh barang keperluan ibu (sumber google) |
Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian Ibu
1. Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan di depan
(memudahkan anda menyusukan bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih
2. Stoking (2 pasang atau lebih)
3. Kain Batik
4. Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin
5. Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)
- Sabun,
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Sikat rambut
- Pencuci muka
- Bedak
- Tuala
- Syampu
- Losyen
Nota : Bagi yang bersalin dihospital swasta, set mandian ini mungkin tidak diperlukan kerana biasanya ia disediakan dan telah dimasukkan di dalam pakej bersalin
6. Ubat bersalin / set bersalin - Panduan Memilih Set Bersalin
7. Tisu
8. Selipar
9. Pad / Tuala Wanita
10. Seluar Dalam
11. Nursing bra / bra menyusu
12. Baju sejuk (sweater)
Barang-barang lain
1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
2. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
3. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lens)
4. Al-Quran (bagi orang Muslim-boleh baca sebelum bersalin,selepas bersalin tak boleh sebab ada darah nifas[berhadas besar])
5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu
menunggu saat melahirkan
6. Termos air panas
7. Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, horlick dll. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh digunakan untuk mengalas perut sewaktu di hospital
8. Minyak angin
Semoga perkongsian ini berguna kepada ibu-ibu yang bakal bersalin tidak lama lagi.
PS:-Dapatkan Tips Panduan Anak Pintar Cerdas <<---disini
PS:-Dapatkan Tips Panduan Anak Pintar Cerdas <<---disini
16 Comments
alahai ...teringin detik detik cemas semasa nak melahirkan dulu...
ReplyDeletekenangan indah yang menyakitkan dlam hidup wanita..
Betul tu kakak,tapi selepas bersalin gembira dapat tengok anak yang dilahirkan. Semoga Checklist Barang Keperluan Bersalin Ibu Semasa Di Hospital ini berguna.
Deleteteringat kisah 4 thun lepas
ReplyDeletebanyak juga barang.. ingat bawa diri n ic ja.. huhu
ReplyDeleteKena bawa barang-barang lain juga Hana. Nanti tak perlu nak pergi cari bila dah masuk hospital.
Deletedhlama tingggai check list ni haha
ReplyDeletepersiapan awal itu memang penting..kalau tak memang kelam kabut jadinya
ReplyDeleteCheck list yang lengkap ini...
ReplyDeletebyk bnda kn kena sedia..
ReplyDeleteBuat mereka yg memerlukan. Kakak perhati sangat lengkap dah tu...
ReplyDeleteKakak dah lama tinggalkan ini semua. Anak kecik pun dah 10 tahun:)
bagus sgt kalau dah buat c/list macm ni. takde lah tertinggal itu & ini lagi2 bial last minute kan
ReplyDeleteBetul tu. untuk yang dah lama pun boleh buat panduan juga checklist barang keperluan ini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAmin. Semoga dimudahkan urusan akak nak bersalin nanti.
ReplyDeleteInsyallah tak ada apa-apa. Banyakkan berdoa. sediakan sebaik mungkin barang keperluan bersalin ini.
ReplyDeleteWah semoga bayi anda lahir dengan selamat dan bisa memakai baju bayi yang lucu-lucu dan menggemaskan ye. Semoga dimudahkan jua kelahiran bayinye bunda. Amin
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.