Cara Menguruskan Uri Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara Menguruskan Uri Anak. Rasanya yang pernah melahirkan atau menimang cahaya mata dah tahu cara nak bersihkan uri ni.. Tapi saya tetap share untuk yang bakal ibu bapa pertama kali atau yang dah lupa cara nya. Ilmu yang baik untuk dikongsi bersama.

CARA MENGURUSKAN URI ANAK
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
anak lelaki, Cara Menguruskan Uri Anak,
Anak Lelaki

Cara Menguruskan Uri Anak

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

-Tahniah dan Syabas kepada mereka yang menjadi ibu dan bapa. Semoga perkongsian cara menguruskan uri anak ini berguna untuk para ibu bapa yang bakal menjadi ibu dan ayah. Jadilah ibu bapa yang bertangungjawap kepada anak-anak kita dan keluarga.

Anak adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Sebagai ibu bapa kita hendaklah mendidik anak dengan baik dan sempurna. Dapatkan Panduan dan tips yang berguna untuk mendidik anak pintar dan cerdas. Boleh rujuk panduan tersebut disini ---->>" Panduan Anak Pintar Cerdas ".  Manfaatkan ilmu untuk kebahagian anak anda dan keluarga tercinta.
sumber


23 Comments

  1. Uri anak-anak kakak semua abang yg uruskan. Kakak masih di wad semua dah selamat di tanam. Tapi abang tanam di depan rumah tempat kakak tanam pokok sebab tak ada tanah lain di rumah itulah kawasan tanah secoet yg ada... Tapi yg pasti memang bersih sebab abang dah minta pandangan ustaz kawan dia masa anak sulung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah macam tu kakak. bagus jika berpandukan nasihat ustaz.mereka tahu yang mana patut dan tak patut buat semasa nak menguruskan uri anak.

      Delete
  2. Perkongsian yg bermanfaat. Dulu semua uri anak mak yg tolong uruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun masa mula-mula macam tu juga akak.

      Delete
  3. salam khamis
    singgah pagi disini
    apa khabar hari ini ?
    :)

    ReplyDelete
  4. sekarang dah ada set basuh uri... lengkap segala keperluan untuk basuh dan tanam uri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh digunakan sebagai panduan.

      Delete
  5. perkongsian yang berguna ni...
    panduan buat bakal ibu dan bapa muda

    ReplyDelete
  6. SA x pernah berpeluang tgok uri anak sendiri..semua bekas suami yang uruskan 8 tahun yang lepas..hihihih...salam kenal..SA follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyllah ada rezeki lagi akan ada yang akan menyusul..

      Delete
  7. terima kasih atas info berguna untuk para suami...

    ReplyDelete
  8. terima kasih...info yg menarik dan berguna...mana tau dpt baby lg..hehehe

    ReplyDelete
  9. terima kasih..info berguna

    ReplyDelete
  10. info yg berguna buat ibu yg bakal melahirkan..

    ReplyDelete
  11. baru saje melewati fasa ni :)..
    sy dah aktif balik...jenguk2la ke blog sy ye...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Nanti jaga untuk anak cucu pula nanti Akak Intan.

      Delete
  12. uri anak sulung aku zsempat aku uruskan sendiri..terpaksa minta tolong pak mentua aku yang buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya macam tu lah gayanya bila anak pertama. Kalut nak buat semua tu kan?

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.