Tanda-Tanda Bersalin Dan Doa Yang Perlu Diamalkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bagi mereka  yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak, di sini saya kongsikan tanda-tanda bersalin dan doa yang perlu diamalkan. Pastinya saat menunggu kelahiran ini lebih mendebarkan.

Ingin mendapat cahaya mata penyejuk hati keluarga padai sejak dari kecil lagi. Dapatkan panduan Anak Pintar dan Cerdas (klik sini). Anak soleh adalah impian setiap ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Antara Tanda-Tanda Bersalin Dan Doa Yang Perlu Diamalkan :-

Tanda-Tanda Bersalin
Tanda-Tanda Bersalin

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.





Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran :
  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pada perut > minum)
  • Surah Az-Zariyat

Antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu untuk memudahkan proses bersalin :



"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa : ayat 20)


"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)


“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)


Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah :
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf : Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87 
Semoga perkogsian ini boleh dijadikan panduan kepada bakal-bakal ibu dan ayah. Pastinya impian mendapat cahaya mata yang cerdik dan bijak adalah harapan setiap ibu bapa. Dapatkan tips perkongsian dari pakar kanak-kanak dalam mendidik anak-anak agar menjadi pintar sejak dari kecil lagi. Panduan didik anak cerdik dan pintar (klik sini)

Sumber: Disini


14 Comments

  1. Tak dpt merasa detik indah ini lagi ;(

    ReplyDelete
  2. Bagus info ni utk ibu mengandung anak pertama terutamanya. Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  3. Kakcik dah lupakan kesakitan waktu bersalin... ;-)

    ReplyDelete
  4. Trimakasih pd Mu ya Allah krana adanya Pluk mukus..

    ReplyDelete
  5. salam jumaat n ziarah yee makk tuu.,ehHee

    ReplyDelete
  6. rindu nak mengandung balik hehe

    ReplyDelete
  7. Anonymous6.9.13

    betul tu tips yg bagus.. satu lagi redha suami tu plg penting !

    ReplyDelete
  8. Anonymous6.9.13

    done clik2 nuffng juga

    ReplyDelete
  9. Salam kenal tuan tanah.hihi.a very informative blog.sangat suka entry ni.thanx for sharing.

    ReplyDelete
  10. pada sesiapa yg nak bersalin..bagus info ni..tq ye

    ReplyDelete
  11. tumpang baca je ye...nak tumpang amalkan, dah tutup kilang, huhu

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.