4 Cara Buat Duit Duduk Di Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
4 Cara Buat Duit Duduk Di Kampung. Best ker duduk kampung? Mestilah best. Orang bandar hebat macam mana sekali pun. Kalau kata nak pergi kampung semua suka. Semua setuju. Tak ada kata tak nak pergi atau tak nak balik kampung.

Cara Buat Duit Duduk Di Kampung, Orang Kampung Hensome,
Orang Kampung Hensome - sumber pic
Tapi sebenarnya hanya orang kampung aje yang tahu macam mana hakikatnya duduk di kampung. Kampung banyak benda yang tak ada dan kurang sempurna. Cuma di kampung ada cara hidup yang tenang dan aman sentiasa. Saya sendiri kalau boleh nak tinggal dan bekerja di kampung. Kat kampung seronok, tenang tak macam duduk di bandar. Sibuk memanjang. Buka mata fikir dah macam-macam. Bertuah dan beruntunglah jika anda tinggal dikampung dan bekerja mencari rezeki di sana.

Bagi anda yang tinggal di kampung. Nak cari duit tanpa perlu bersusah payah datang ke bandar tinggal di rumah sewa, nak bayar itu dan ini lagi. Saya ada 4 cara mudah buat duit duduk di kampung yang ingin dikongsikan di sini. Cara ni dah ramai orang kampung buat. Bukan kerja susah-susah pikul kayu masuk hutan pun. Ianya memerlukan ada keluar bekerja atau pun duduk di rumah. Dan jika anda BIJAK. Boleh buat kerja ni kesemuanya. Cuma kena belajar cara-cara nak uruskan perkara bisnes ni yea.

4 Cara Buat Duit Duduk Di Kampung
Saya nak kongsikan beberapa cara buat duit duduk di kampung untuk manfaat kita bersama. Mana yang baik boleh dijadikan panduan di dalam memajukan lagi kehidupan kita walaupun hanya tinggal di kampung atau di pekan kecil sahaja.

1) Buat Bisnes Aiskrim- Nak buat aiskrim sebenarnya tak susah. Siapa sahaja boleh buat. Orang yang duduk di bandar pun buat bisnes aiskrim ni. Bagi yang tinggal di kampung pun boleh buat juga. Tak perlu nak jadi macam mat bangla dan pakistan jual aiskrim naik motor keliling kampung. Belajar cara nak buat aiskrim, nak cari pelanggan tetap. Nak dapat income 4K-5K setiap bulan boleh sekiranya anda belajar. Boleh rujuk Panduan Bisnes Aiskrim 5K Bulanan (klik sini). Saya bagi hint sikit, banyak kenduri kahwin ada aiskrim sekarang ni? Aiskrim laku keras bila ubah dan campur macam-macam ikut selera pelanggan, dan lagi ada banyak cara lagi. Baca dan dapatkan panduan tersebut sebagai sumber rujukan anda.

2) Buat Bisnes Burger- Yea yang ni kat pun laku keras jika kena caranya. Ramai orang jual burger di bandar mahupun  di kampung. Restoren makanan segara macam McD, KFC, Burger King dan macam-macam lagi masyuk aje bisnes mereka. Bukan sebab mereka buat sedap. Cuma sebab pengurusan dan cara belajar bisnes burger mereka. Kadang burger kita buat lagi sedap dari burger-burger tersebut. Tapi kenapa kita tak boleh maju dalam bisnes jual burger ni. Boleh belajar nak jadi Jutawan Burger dengan anak Jutawan Senyap Chef Li. Semuanya diajar dalam Panduan Bisnes Burger (klik sini). Tak mustahil, jika anda buat burger dengan cara yang ditunjukkan oleh pakar ni.  Burger anda boleh masuk dalam Majalah 3 dan Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan suatu hari nanti. Satu Malaysia nak rasa burger anda!. Waktu tu pendapatan anda tak payah nak cerita lagi. Orang ramai beratur panjng nak rasa burger sedap macam ni.

3) Bisnes Air Balang- Yea yang ni orang kata bisnes bermusim. Hanya laku masa bulan Ramadhan aje. Betul ker? Jawapannya SALAH sama sekali. Di luar bulan Ramadhan pun ada aje orang minum air balang ni. Jika bulan puasa jangan cakaplah. Kadang jika betul caranya, jualan dalam bulan puasa ni boleh buat pergi UMRAH lepas raya nanti. Tak percaya? Ramai dah yang jadi kaya dengan hanya berniaga air balang di tepi jalan, pasar tani, pasar malam mahupun di bazar Ramadhan semasa bulan Ramadhan. Jika nak tahu cara yang betul. Boleh belajar dengan pakar Bisnes Air Balang 7K Sebulan (klik sini). Dari cara buat air, bancuh air sedap, jenis air laku terlajak laris, kos dan barang keperluan nak buat bisnes ni semuanya diajar dalam panduan tersebut. Tak percaya, anda boleh cuba.

4) Buat Kerja Online Jobdirumah- Yang ni anda kena ada kemahiran komputer. Jika anda tinggal di kampung, pelajar universiti atau kolej ker. Malas nak ke bandar cari kerja sebab cuti tak berapa lama. Boleh cuba buat kerja dalam ni. Ada macam-macam kerja dalam ni. Tapi semuanya kena buat secara online. Jika kat rumah ada internet. Tak jadi masalah nak buat benda ni. Nak pergi cybercafe takut jauh pula. Jadi jika buat dari rumah, bila-bila masa boleh buat. Dari bercuti semesta tak buat apa-apa, asyik makan tidur aje. Ada baiknya buat kerja dalam Portal Jobdirumah ni. Daftarkan diri, lepas daftar pihak jobdirumah akan bagi panduan dan video tutorial kepada anda. Baca dan tengok panduan tersebut sampai faham dan boleh mula buat kerja. Kerja online ni banyak juga dibuat oleh para suri rumah, orang kerja pejabat mahupun penganggur. Jadi sebenarnya tak mustahil siapa sahaja boleh buat kerja dalam jobdirumah ni. Berminat boleh dapatkan Panduan Jobdirumah 2017 (klik sini).

Orang Kampung Rajin, cara buat duit duduk di kampung,
Cara Buat Duit Duduk Di Kampung - sumber pic
Oklah, ini antara 4 cara buat duit bagi mereka yang tinggal dikampung boleh buat tanpa perlu nak ke bandar cari kerja. Banyak lagi peluang bisnes yang boleh dibuat walaupun anda hanya berada dikampung. Tak mustahil hari ni, anda yang tinggal di kampung juga mampu menjana pendapatan sampingan berpandukan ke empat-empat cara di atas. Boleh cuba yang mana senang dulu. Jika nak cuba semua sekali pun boleh. Kena pandai bahagi masa.

Peluang untuk cari duit di kampung ini juga boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang berminat nak menjana dan menambahkan pendapatan mereka. Tak salah tinggal di kampung dan berjaya dalam dunia bisnes. Hari ini dah ramai orang kita yang membuktikan perkara tersebut dan ianya tidak mustahil. Langkah anda cari duit duduk di kampung akan jadi lebih mudah.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Selamat berusaha dan berjaya.Jom buat kerja.

19 Comments

  1. Saya orang kampung yang tak berapa boleh dok kampung.Hahha...kalau balik kampaung setakat sehari dua je..lebih2 mula la rindu umah, boring..mungkin sebab kampung saya jauh dari bandar.yang ada pekan kecik je..Bab internet satu hal..line memang ok ,tip top la..tapi setakat pakai data mobile je..nak pasang wifi ke jangan mimpi sebab hari ni pasang esok dah takde internet sebab cable kena curi..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang biasa duduk di bandar. Mesti rasa tak best tinggal di kampung lama. Namun bagi kebanyakkan mereka yang nak meneruskan kehidupan dikampung boleh guna keadaan di atas untuk menjana pendapatan. Tidak ada alasan hari ni jika anda yang tinggal di kampung rasa susah nak berjaya bagi nak mula buat bisnes. Ada usaha pasti akan datang hasilnya. Jika nak cari alasan tinggal dikampung tak boleh buat apa-apa mereka rugilah tak belajar peluang bisnes di atas sebagai langkah permulaan nak membangunkan diri dalam dunia bisnes. Boleh cuba yang mana sesuai dengan diri kita.

      Delete
  2. yang ar balan tu memang banyak PMDR..kat taman acik ni pun sama..tiba2 dah ada payung menjual air balang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisnes air balang tu ramai yang buat sekarang ni. Jual air yang menarik minat orang ramai. Air sedap kawasan bersih sikit insyallah laku keras. Boleh belajar dengan panduan bisnes air balang tu bagi mereka yang nak cuba.

      Delete
  3. in syaa allah rezeki Allah ada di mana-mana ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Apa yang penting kena rajin berusaha. Bukan cari alasan kan. Ramai yang boleh berjaya bila ada usaha dan tak putus asa.

      Delete
  4. Sebagai org kg, saya dah jemu duduk kampung PM. Kalau bercuti di hotel lebih suka cari hotel miden dpd hotel style kg.... Tp buat bisnes kat kg sapa yg nak beli? Org kg semua rajin masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika masak betul tu orang kampaung rajin masak. Tapi macam bisnes kecil-kecil macam di atas pada pandangan mata kita orang yang tinggal di bandar. Ramai yang boleh jadi jutawan senyap dengan bisnes macam ni. Hanya orang bisnes aje perasan benda ni akak. Bagi mereka yang tinggal di kampung boleh cuba mana satu panduan bisnes di atas jika rasa berminat. Bila ada usaha, akan ada hasilnya.

      Delete
  5. Rasa macam nak pack barang, dan pergi balik kampung buat kerja di kampung je hahaha menarik sangat info-info ini.. Kalau Kreatif & Inovatif di mana-mana pun kita boleh cari kerja, asalkan tak goyang kaki sahaja dan berpeluk tubuh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Di mana-mana boleh buat bisnes macam ni. Bila ada usaha, bisnes macam ni boleh maju walaupun kita buat duit hanya di kampung sahaja.

      Delete
  6. Di kampung... Tak perlu cerita banyak la... Semua benda boleh ditukarkan jadi duit... Apa yang penting, perlu rajin dan bijak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dimana sahaja boleh berjaya jika kena cara dan betul ilmu yang kita belajar. Saya sendiri dapat lihat kesan ni bila bersembang dengan orang yang tahu perkara ni. Boleh dapat hasil yang lumayan hari ni walaupun kita hanya menjadi usahawan kampung. Apa yang penting buat usaha dan kena yakin dengan usaha yang dibuat.

      Delete
  7. saya tak biasa tinggal di kampung. habis lama pun seminggu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang dah biasa tinggal di bandar. Memang tak biasa. Tapi bagi yang memang dah tiggal dikampung. Mereka dah biasa akak. Peluang nak buat bisens dikampung mudah jika rajin berusaha. Persaingan tak banyak macam di bandar.

      Delete
  8. Kalau camtu boleh cuba...bisnes air balang tuk bulan Ramadhan...tak lama lagi dh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Boleh cuba. Berniaga sebulan aje dalam bualan puasa. Lepas tu boleh sambung berniaga di pasar tani atau pasar malam pula. Nampak biasa, tapi boleh jadi jutawan senyap mereka ni.

      Delete
  9. saya irang kg.suka ddk kg. x sabar tnggu suami pencen. nk blk ddk kg. hiks

    alhamdulillah, mak saya niaga cendol. homemade. org order utk kenduri arwah, makan mkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggal di kampung memang seronok. Tak sama tinggal di bandar yang ada macam-macam nak di fikirkan. Ada bisnes kecil-kecil di kampung dah ok. Tak ada sangat persaingan macam di bandar. Semoga mak akak bertambah maju bisnesnya.

      Delete
  10. nak ngan tak nak n rajin dgn x rajin je kan

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.