Mudah Ke Susah Nak Mulakan Bisnes Burger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mudah Ke Susah Nak Mulakan Bisnes Burger. Macam menarik pula tajuk Bisnes Burger ni. Buat bisnes burger ni mudah ke susah sebenarnya. Mana Mail ni, dia  hebat bab-bab bisnes macam ni. Kalau saya tahu bisnes  online sahaja. Mail memang salah satu bidang perniagaan dia bisnes burger ni. "Mail cu cerita sikit hang buat bisnes burger macam mana"? saya tanya dia.

Burger yang sedap
Kembang kempis hidung Si Mail ni bila saya puji dia bab-bab bisnes burger. Mana taknya, Kat taman ni sahaja dia ada satu stor burger. Taman sebelah ada satu juga. Berdekatan asrama sekolah lelaki dan hostel pekerja kilang tu pula dia ada dua kedia lagi. Yang ni yang saya tahu aje. Yang tak tahu ada lagi rasanya. Memang kepala bisnes burger Mail ni. Yang ni sahaja dan ada empat kedai. Yang dia buat sekitar pasar tani kat mana-mana tempat tu lagilah. Tak nak bilang lagi. Nanti nak tahu kena tanya Mail sendiri berapa kedai burger dia ada.

Susahkah Ker Tak Nak Mulakan Bisnes Burger?
"Susah ker masa hang mula-mula nak buat bisnes burger ni dulu"? Saya tanya Mail.

"Susah lee" jawap dia mudah. Saja nak kenakan saya Mail ni.

"Tak apa, nanti aku tak ajar bisnes online baru ko tahu", jawap saya.  "Janganlah, Aku bergurau aje. Ko kan sifu aku dalam bisnes online ni". Dia pula jadi cuak.

"Tak ada sifu pun. Kalau sifu, dah lama aku bagi talk kat semua orang. Aku bisnes online 'bawah tanah' aje. Tak ada orang kenal pun. Kalau yang kenal pun sebab kawan atau saudara. Kalau tak mana ada orang nak kenal aku" Jawap saya sambil sengih aje.

"Baiklah macam ni" kata Mail nak mula carita dia buat bisnes burger.
"Masa mula-mula buat bisnes dulu memang susah juga. Sabab buat ikut kepala sendiri sahaja. Beli peralatan buat burger, beli bahan-bahan nak buat itu ini dan macam-macam lagi lepas tu aku pun buat" Jawap dia ringkas.

"Bila dah buat dan berniaga burger ni aku rasa malas. Sebab rasa macam tak menjadi aje. Modal dah keluar untung tak ada. Lepas itu aku berhenti berniaga lebih dari seminggu. Mula rasa nak tutup dah. Lepas tu aku jumpa caranya. Aku kuatkan semangat dan mula balik bisnes burger ni. Alhamdulillah berkat usaha tersebut aku dapat untung. Lepas tu aku mula ajak Adip anak buah aku bantu buat bisnes burger ni.

Dari satu stor burger ni aku mula buat cawangan buka kat taman sebelah. Yang taman sebelah Adip yang jaga, sebab dekat dengan rumah dia. Yang sini aku jaga. Bila yang dah sana ok aku buat kat hostel pekerja kilang tu. Yang tu anak buah aku juga yang jaga. Dia pun pandai juga, boleh buka yang dekat asrama sekolah budak laki tu satu lagi..

Ada lagi..yang tu rahsia. Dalam perancangan kata Mail. Kalau berjaya yang ni, Alhamdulillah aku akan buat cara lain pula dengan bisnes burger aku ni. Nanti ko tengok yea.

Kata Mail, dalam buat bisnes burger ni yang penting sekali kena jujur dengan palanggan. Buat burger macam kita nak bagi makan kat Mak atau Pak Mertua kita. Mesti buat yang terbaik. Insyallah pelanggan akan suka dan akan datang lagi beli burger dengan kita. Jika kita buat burger cincai aje. Tak menarik. Sekali beli dia akan ingat juga. Dia akan ingat janganlah lain kali mai beli burger kat sini lagi. Sebab apa, sebab burger kita tak menarik dan tak sedap.

Bisnes Burger Terbaik
Senangkah Nak Buat Bisnes Burger
Sebenarnya senang aje nak buat bisnes burger. Cuba kita tengok, artis macam Abg Fizo Omar dan ramai lagi buat bisnes burger. Laku dan banyak pula tu kedai mereka. Makin hari makin dikenali. Harganya juga boleh tahan. Jualan pun boleh tahan juga. Kalaulah bisnes tersebut tak menjadi. Dah lama rasanya mereka tutup bisnes tersebut.

Alhamdulillah kata orang nak berjaya mudah aje jika kita rajin berusaha dan belajar. Mail ada bagi saya tips jika ada siapa-siapa yang nak buat bisnes burger juga atau berjinak-jinak jadi usahawan bisnes burger yang berjaya. Dia kata boleh belajar dengan Panduan Bisnes Burger (klik sini). Di dalam panduan tersebut lengkap semuanya dari A-Z nak buat bisnes burger. Penulisnya adalah anak usahawan burger Malaysia. Kepada anak-anak muda tu, jika nak manfaatkan waktu lapang yang ada dengan menjalankan perniagaan burger inilah panduan yang boleh anda gunakan. Ianya adalah satu cara mudah untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Belajarlah berdikari dan rasa macam mana seronoknya berniaga. Para ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak dengan menjalankan perniagaan burger ini. Insyallah ianya akan memberi manfaat kepada keluarga kelak.

Jika anda berminat nak belajar buat bisnes burger. Anda boleh dapatkan Panduan Bisnes Burger (klik sini). Panduan lengkap ini akan membantu anda untuk belajar dan menjalankan bisnes burger sehingga berjaya. Salam bisnes.

20 Comments

  1. mudah je, klu rajin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajin macam Mail bila nak buat bisnes burger kan..

      Delete
  2. usaha kan pasti ada hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Nur. Boleh try buat burger sendiri lepas ni.

      Delete
  3. suka acik baca n3 ni..anak no 2 dah kerja..tapi selalu berangan nak buat bisnes makanan..sebelum kerja dulu pernah tolong kawan berniaga bazaar ramadhan..
    pujuk mak suruh masak dan dia jual..tapi acik bagi tau..acik dah tak mampu..dah tua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika macam tu boleh mulakan dengan buat bisnes burger Acik. Insyallah Acik pantau-pantau mana yang patut. Anak yang buatkan burger. Insyallah menjadi bisnes burger ni. Boleh anak Acik ajak kawan-kawan dia yang sama dengan dia belajar buat bisnes burger. Ada kawan lagi semangat.

      Delete
  4. anak saya suka buat burger sendiri. selalu berangan nak niaga burger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak niaga burger ni mudah aje akak. Buat yang bisnes burger kecik-kecik dulu pun ok permulaan ni. Bila rasa dah ok boleh besarkan lagi. Insyallah lama-lama menjadi.

      Delete
  5. KY..sesekali makan juga burger. nak berniaga tuu idoklee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan burger memang sedap sekali sekala kan Akak..

      Delete
  6. Kalau rajin plus dengan semanagt motivasi dan dedikasi yang tinggi, insyaAllah boleh berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh pergi jauh buat bisnes burger ni kan Noriza. Ada peluang nak berjaya.

      Delete
  7. bisnis burger sentiasa dapat sambutan, kalau sedap mesti lagi orang cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bisnes simple tetapi pulangannya masyuk..

      Delete
  8. Kalau sedap dan menjadi buah mulut orang pasti akan bertahan lama bisnes tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Kena belajar dari pakar yang tulis buku tu insyallah dapat resepi rahsia mereka.

      Delete
  9. eh eh ,acam nak mula bisnes burger gak ler..

    ReplyDelete
  10. Dimana ada usaha... disitu ada jalannya... insyaalah, usaha tangga kejayaan...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.