Lawak: Bisnesman Melayu Yang Gila

2013-10-17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ada seorang lelaki Melayu datang ke bank di New York City.
Lelaki ini mahu pinjam duit sebanyak USD5,000 dolar dengan bank.
Beliau gunakan duit itu untuk menampung kos perjalanannya ke China. Atas urusan bisnes.

Gila dan Bodoh
Pegawai bank yang menguruskan pinjaman lelaki itu minta barang sebagai jaminan.Lelaki itu bersetuju. Beliau berikan kereta Ferrari miliknya sebagai jaminan.

"Gila!"

Perkataan yang terkeluar daripada pegawai bank itu. 


Ferrari
Ferrari ni parking tak betul kan??
Kereta Ferrari bernilai USD1 juta dijadikan sebagai jaminan untuk pinjaman serendah USD5,000 sahaja.Pegawai bank menganggap lelaki Melayu itu kurang bijak.

Si Gila Yang Bijak
Selepas mencapai persetujuan bersama, kereta itu disimpan dalam garaj bawah tanah milik pihak bank.Selepas 2 minggu, lelaki Melayu itu kembali ke bank.

Beliau bayar USD5,000 beserta nilai bunga sebanyak USD15.41 dolar.Pegawai bank itu ucapkan terima kasih atas kerjasama yang berjalan dengan lancar.
Kemudian beliau bertanya kepada lelaki itu,

"Kami dapati tuan adalah seorang jutawan. Kenapa tuan buat pinjaman USD5,000 daripada pihak bank?"

Lelaki itu melemparkan senyuman sebelum berkata,

"Di mana lagi tempat parking di New York City yang boleh saya gunakan, untuk simpan kereta dalam keadaan 100% selamat..."

Tambahnya lagi,

"Dengan hanya bayaran USD15.41 selama 2 minggu?"

Lelaki Melayu ini mengamalkan teknik pinjaman cerdik. Dek kerana harga minyak naik melambung, Petronas PRIMAX  pun nak kurangkan beban rakyat Malaysia juga.

Beliau tetap untung kerana dapat berjimat ribuan ringgit!

[+] Dapatkan Tips Penjagaan Kereta Anda

P:s// Hanya berkongsi cerita, kadang-kadang kita kena belajar sesuatu daripada kisah kejayaan orang lain juga. Dah join Program Jobdirumah??. Bagi yang belum rugi lambat Join. Ramai yang dah dapat tambah pendapatan walaupun hanya berada di rumah. Boleh join Jobdirumah


Share

21 comments:

  1. diterjah berkenan dengan entry...mmg bijak lelaki tu....xpernah kita terfikirkan....

    ReplyDelete
  2. hehehe.. smart..!!

    ReplyDelete
  3. Org ingat dia bodoh tapi sebenarnya dia cerdik ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang cerdik kadang-kadang nampak bodoh oleh orang lain

      Delete
  4. boleh buat menantu nih..

    ReplyDelete
  5. macam-macam ada. Memang otak jimat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjimat memang otak orang bisnes

      Delete
  6. makk pokok manggis, wak nak pinjam dua poh hibu hinggitt boleee.,ehHHHkee

    ReplyDelete
  7. wahh.. pandai dia yea.. keta pun selamat dijaga, parking lak untung.. hahahaha

    ReplyDelete
  8. brilliant mamat ni bukan calang2 :)

    ReplyDelete
  9. otak bisnes nih..

    ReplyDelete
  10. dah pernah baca lawak ni..hu3..tp trick dia tu mmg bijak

    ReplyDelete
  11. cepat kaya kalau ikut cara camni

    ReplyDelete
  12. btl jgk tu kn..bijak2..

    ReplyDelete
  13. memang lawak bisnesman malayu tu

    ReplyDelete
  14. tapi lawak yang cerdik dan bervisi

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan