Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda.Memasak ini dah jadi rutin jika ada kelapangan kami di rumah. Kita masak kita makan, kita rasa sendiri sedap ke tidakkan. Tapi pada saya. Bila masak sendiri jika kena bahan-bahan dan caranya. Ikut langkah yang betul. Insyallah sedap. Lagi sedap pada masakkan di kedai mahupun masakkan di tempat kenduri kahwin.
Kita masak, air tangan yang dimasak ini untuk hidangan diri sendiri dan keluarga. Bukan masak cincai-cincai untuk dijual. Atau masak ala kadar lepas tu letak perasa. Siap sedia untuk di jual. Bukan macam tu.
Masak sendiri ini biasa kita masak dari hati. Masak with iman seperti kata chef Ammar. Saya suka kadang-kadang jika tengok rancangan masak bersama Chef Ammar. Masa di masak tu dia ada berselawat, berzikir bagi tips sedikit sebanyak. Jadi masa kita masak kemudian nanti. Boleh buat macam yang dia ajar. Masa masak ada zikir dan ingat kepada Allah SWT. Barulah makanan yang disediakan sedap lagi berkat. Tak gitu?
Makanan banyak mana dan sesedap mana pun. Jika tak berkat. Tak ada manfaatnya juga. Makanan yang berkat yang Allah SWT suka dan minta kita cari dan usahakan. Makan dengan cara sunnah. Baca doa, jangan membazir Insyallah makan tersebut akan jadi darah daging yang baik untuk diri kita.
Dari makanan tersebut. Kita dan keluarga akan rajin nak buat amal ibadat kepada Allah. Sebabnya makanan yang kita makan, dah jadi darah daging hasil dari keberkatan makanan yang kita masak tadi.
Oklah, dah panjang jadi cerita lain dah pula.
Berbalik kepada Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda kali ini. Bagi yang nak cuba masak. Boleh cuba dan masak sendiri di rumah. Tak susah nak masak kari daging ini. Boleh rujuk senarai bahan dan langkah-langkah resepi kari daging air tangan bonda ini. Insyallah sedap dan berkat nanti hasilnya.
Kenapa air tangan bonda nama resepi kari daging ini. Sebabnya bonda atau ibu,ummi, mama,mummy sahaja yang suka masak. Ayah abah,abi kurang rajin sikit bab-bab masak. Biasanya bonda kita aje yang suka masak. Jadi sebab tu kali ini nama resepi ini kari daging air tangan bonda. Boleh cuba dan buat yea ikut senarai bahan dan langkah-langkah dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda
Bahan Rempah Tumis Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda
Cara Masak Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda
1) Panaskan minyak seketika di dalam kuali dan masukkan bahan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga) bersama bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sehinga naik bau wangi dan layu.
2) Masukkan cili kisar (jika nak pedas). Tumis sehingga cili masak. Jika berubah warna atau naik minyak tandanya cili dah masak.
3) Masukkan serbuk kari kacau cepat selama 1-2 minit dan masuk air. Kacau sehingga rempah kari masak.
4) Masukkan daging dan gaul sehingga sebati bersama rempah. Biarkan seketika sehingga air daging kering nak naik minyak.
5) Masukkan santan dan air mengikut selera anda. Masak dengan api perlahan. Tunggu sehingga daging empuk/masak.
6) Masukkan ubi kentang yang dipotong tadi.
7) Setelah mendidih masukkan garam, gula melaka, asam jawa, kerisik.
8) Masukkan sayur bendi kacau dan biarkan seketika dan tutup api setelah sayur bendi layu sedikit. Sesuaikan rasa manis masin ikut selera anda.
9) Siap untuk dihidangkan.
Alhamdulillah siap Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda ini. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri di rumah. Boleh jadikan resepi ini sebagai rujukan anda. Tak susah masak. Sediakan bahan masak ikut cara dia insyallah sedap.
Bagi anda yang nak cuba masak sendiri resepi ikan keli goreng berlada, ayam percik kelantan, daging masak paprik, ayam black paper, telur bistik, kerabu mangga atau nak buat hidangan pencuci mulut bubur kacang hijau mudah. Boleh rujuk resepi yang saya sediakan ini.
Selamat mencuba!
Kongsikan Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda ini dengan rakan-rakan media sosial anda juga. Terima kasih.
Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda.Memasak ini dah jadi rutin jika ada kelapangan kami di rumah. Kita masak kita makan, kita rasa sendiri sedap ke tidakkan. Tapi pada saya. Bila masak sendiri jika kena bahan-bahan dan caranya. Ikut langkah yang betul. Insyallah sedap. Lagi sedap pada masakkan di kedai mahupun masakkan di tempat kenduri kahwin.
Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda |
Masak sendiri ini biasa kita masak dari hati. Masak with iman seperti kata chef Ammar. Saya suka kadang-kadang jika tengok rancangan masak bersama Chef Ammar. Masa di masak tu dia ada berselawat, berzikir bagi tips sedikit sebanyak. Jadi masa kita masak kemudian nanti. Boleh buat macam yang dia ajar. Masa masak ada zikir dan ingat kepada Allah SWT. Barulah makanan yang disediakan sedap lagi berkat. Tak gitu?
Makanan banyak mana dan sesedap mana pun. Jika tak berkat. Tak ada manfaatnya juga. Makanan yang berkat yang Allah SWT suka dan minta kita cari dan usahakan. Makan dengan cara sunnah. Baca doa, jangan membazir Insyallah makan tersebut akan jadi darah daging yang baik untuk diri kita.
Dari makanan tersebut. Kita dan keluarga akan rajin nak buat amal ibadat kepada Allah. Sebabnya makanan yang kita makan, dah jadi darah daging hasil dari keberkatan makanan yang kita masak tadi.
Oklah, dah panjang jadi cerita lain dah pula.
Berbalik kepada Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda kali ini. Bagi yang nak cuba masak. Boleh cuba dan masak sendiri di rumah. Tak susah nak masak kari daging ini. Boleh rujuk senarai bahan dan langkah-langkah resepi kari daging air tangan bonda ini. Insyallah sedap dan berkat nanti hasilnya.
Kenapa air tangan bonda nama resepi kari daging ini. Sebabnya bonda atau ibu,ummi, mama,mummy sahaja yang suka masak. Ayah abah,abi kurang rajin sikit bab-bab masak. Biasanya bonda kita aje yang suka masak. Jadi sebab tu kali ini nama resepi ini kari daging air tangan bonda. Boleh cuba dan buat yea ikut senarai bahan dan langkah-langkah dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda
- 1/2 Kg Daging - dihiris nipis
- 1 Biji bawang besar - potong kecil
- 3-4 Ulas bawang putih - di hiris
- 2-3 Biji bawang merah - di hiris
- 1 Inci halia - di hiris
- 1/2 Sudu besar cili kisar - ikut selera
- 2 Sudu besar rempah kari daging
- 1 Kotak santan kotak / atau RM 2 santan pasar
- 1 Sudu besar kerisik
- Gula Melaka
- Garam
- Sedikit pes asam jawa
- 2 Biji kentang - potong 4
- 5-7 Biji sayur bendi - di buang tangkai
Bahan Rempah Tumis Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda
- Kayu manis - 1
- Bunga lawang - 3-4 kuntum
- Buah pelaga - 2-3 ulas
Cara Masak Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda
1) Panaskan minyak seketika di dalam kuali dan masukkan bahan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga) bersama bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sehinga naik bau wangi dan layu.
2) Masukkan cili kisar (jika nak pedas). Tumis sehingga cili masak. Jika berubah warna atau naik minyak tandanya cili dah masak.
3) Masukkan serbuk kari kacau cepat selama 1-2 minit dan masuk air. Kacau sehingga rempah kari masak.
4) Masukkan daging dan gaul sehingga sebati bersama rempah. Biarkan seketika sehingga air daging kering nak naik minyak.
5) Masukkan santan dan air mengikut selera anda. Masak dengan api perlahan. Tunggu sehingga daging empuk/masak.
6) Masukkan ubi kentang yang dipotong tadi.
7) Setelah mendidih masukkan garam, gula melaka, asam jawa, kerisik.
8) Masukkan sayur bendi kacau dan biarkan seketika dan tutup api setelah sayur bendi layu sedikit. Sesuaikan rasa manis masin ikut selera anda.
9) Siap untuk dihidangkan.
Alhamdulillah siap Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda ini. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri di rumah. Boleh jadikan resepi ini sebagai rujukan anda. Tak susah masak. Sediakan bahan masak ikut cara dia insyallah sedap.
Bagi anda yang nak cuba masak sendiri resepi ikan keli goreng berlada, ayam percik kelantan, daging masak paprik, ayam black paper, telur bistik, kerabu mangga atau nak buat hidangan pencuci mulut bubur kacang hijau mudah. Boleh rujuk resepi yang saya sediakan ini.
Selamat mencuba!
Kongsikan Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda ini dengan rakan-rakan media sosial anda juga. Terima kasih.
Kari Daging Sedap
Keluarga
Masak Kari Daging
Masak Sendiri
Resepi
Resepi Daging
Resepi Kari Daging
Resepi Kari Daging Air Tangan Bonda
13 Comments
Alaaaa...sedapnyaaa....
ReplyDeleteCuti dua tiga hari ini, boleh cuba masak resepi kari daging air tangan bonda ini Suria.
DeleteMasa memasak paling bagus untuk zikir atau selamat
ReplyDeleteBetul tu. Baru makanan yang kita masak lebih berkat.
Deleteps:Zikir dan selawat kan nak tulis tu.
Salam Ramadhan PM....
ReplyDeleteAduhhh....pagi pagi dah terliur pulak ni. Kari daging ni dah jadi menu buka jugak hari tu. Bagusnya masak kari ni, selain makan dgn nasi boleh jugak cicah dgn roti.
Salam Ramadhan juga buat akak sekeluarga.
DeleteMemang sedap kari daging buat cicah dengan roti.
Kalau terliur jangan makan yea akak.
Pagi lagi ni.
Nanti boleh masak petang untuk berbuka nanti.
Memang sedap resepi kari daging air tangan bonda ni.
Boleh cuba.
sedap ni, kari fav saya
ReplyDeleteBoleh cuba masak hari ni akak. Kari daging air tangan bonda sedap.
Deletecompom lah sedap, lengkap ngn segala rempah ratus nya...
ReplyDeletekalau akak kadang rempah2 lain takde sgt jnji ada kari hehehe nk senang almaklum
Ada tambahan rempah ratus siap tu akan membangkitkan lagi rasa kari daging air tangan bonda ni. Boleh cuba masak sendiri akak.
DeleteTengok gambar pun dah menyelerakan... nanti akan di cuba resepi nie...
ReplyDeleteKena cuba masak. Sedap kari daging pekena dengan nasi panas.
Deleteair tangan bonda mesti la sedap. Mak masak cincai pun sedap. Nak lagi kari macam ni fuhhh bertambah makan
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.