Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap. Anda pernah makan ker ayam percik Kelantan. Oleh kerana teringin nak makan. Saya pun sepakatlah dengan isteri nak buat resepi ayam percik Kelantan mudah dan sedap ini.

Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap, Resepi Ayam Percik, Ayam Percik Sedap,
Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
Memang versi ayam percik ini ada di setiap negeri atau tak ada, saya pun tak berapa tahu sangat. Cuma jika kita tengok bila bulan ramadhan. Di bazar-bazar ramadhan ada aja di setiap negeri yang jual ayam percik ini.

Jika dilihat mungkin ada sedikit sebanyak bezanya dengan ayam percik negari Kelantan. Saya ingat dulu zaman sekolah tinggal di asrama. Jarang boleh jumpa dengan ayam percik ni.

Jadi bila minggu balik kampung, di rumah mak saya akan masak menu istimewa ini untuk anak-anak dia. Ayam percik versi Kelantan. Kenapa saya kata versi Kelantan. Sebab saya pernah makan ayam percik kat negeri lain. Beza sangat. Tapi itu versi ayam percik mereka. Sedap pada mereka.

Kebiasanya ayam percik kelantan ini dimasak apabila ada majlis-majlis istimewa seperti kenduri kahwin, maulud Nabi, majlis buka puasa beramai-ramai dan macam-macam majlis lagi. Ianya mempunyai reputasi yang tersendiri. Masakkan yang istimewa, dan jarang dimasak. Ianya sedap dan menyelerakan.

Resepi ayam percik Kelantan mudah dan sedap ini biasanya dibuat dalam dua versi. Sama ada yang berwarna kemerahan sikit(ada lada merah) atau yang berwarna putih(tidak pedas). Ayam percik yang berwarna putih sesuai dihidangkan untuk anak-anak yang tak tahan dengan pedas.

Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap, Percik Putih Ayam, Ayam Masak Percik Putih,
Resepi Ayam Percik Putih Kelantan Mudah dan Sedap
Kebiasanya ayam percik Kelantan ini dibuat dengan cara bakar dengan arang. Tapi jika kita tinggal di kawasan perumahan. Nak bakar-bakar ni susah sikit. Nak kena cari dapur arang pula.

Jika di kampung senang. Boleh aje hidupkan api cari arang, tempurung kelapa, ranting kayu atau sabut kelapa yang dah kering dijadikan sebagai bahan bakar untuk dibakar di sekitar kawasan rumah. Buat unggung api letak batu kemudian bakar ayam percik tu di atas pemanggang.

Jika di kawasan perumahan sekarang, saya bakar dengan pemanggang ajaib aje. Beli kat lazada, ada macam-macam pilihan sekarang ni. Pilih yang berkenan dan beli online sahaja.

Masakan ayam percik biasanya dimasak dan dimakan bersama nasi putih. Kadang ada juga yang masak dan dihidangkan bersama nasi kerabu atau bersama pulut kuning. Memang ohsem rasa dia jika maka bersama masakan ini. Tak percaya cubalah.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
Baiklah, saya nak kongsikan bahan-bahan untuk masak resepi ayam percik Kelantan ini. Bahan-bahannya adalah:

1/2 @ 1 ekor ayam - dipotong kecil. Sebesar ayam kat kedia gitu. Supaya senang nak masak. Jika nak potong besar pun boleh. Tapi ianya lambat sikit nak masak. Terpulang kepada selera anda.

Bahan Perap Resepi Ayam Percik Kelantan

  • 5 Ulas bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • Garam secukup rasa
(Kisar bersama semua bahan diatas)

Bahan Kuah Resepi Ayam Percik Kelantan

  • 9 Ulas bawang merah
  • 4-5 Tangkai cili kering
  • 2 Batang serai
  • 1 Inci halia
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

(Kisar bersama semua bahan diatas)
2 Pek santan pekat
1 keping asam keping - letak sekejap sahaja nak elak masam

Cara Membuat Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap

Berikut adalah langkah untuk memasak resepi ayam percik Kelantan ini:

1. Masukan dalam pengisar dan kisar bahan perap sehingga hancur. Jika tak ada pengisar. Boleh tumbuk aje. Setelah siap perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit. Selepas itu bakar ayam sehingga 3/4 masak. Jika ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.

2. Sementara menunggu ayam dibakar, boleh siapkan kuah dengan cara kisar/tumbuk halus semua bahan kuah tersebut. Setelah siap tumis(masukkan minyak sedikit) bahan kisaran tadi di dapur dengan api perlahan bersama santan sambil mengacau. Apabila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. Masukkan asam keping sekejap dan keluarkan asam tersebut untuk mengelakan rasa masam yang berlebihan. Setelah siap boleh letak dalam mangkuk kuah tadi.

3. Apabila ayam sudah 3/4 masak, bolehlah lumurkan dengan kuah yang telah dimasak tadi dan bakar seketika. Agar rasa kuah percik meresap ke dalam daging ayam, terbalikan ayam dan lumur kuah 2-3 kali secara kerap di kedua-dua belah ayam sambil membakarnya.

4. Bila dah nampak masak ayam percik pun dah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat ayam percik kelantan mudah dan sedap tadi. Sekarang siap untuk dihidangkan.

Tak susah nak masak Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap ini. Sediakan bahan dengan secukupnya, ikut langkah-langkah di atas insyallah menjadilah Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap ini.

Masak sendiri lagi sedap dan puas hati. Nak masak banyak mana, nak makan banyak mana dah tak kisah. Jika beli kedai, dapat 2-3 ketul aje dah sama harga ayam seekor. Masak sendiri boleh dapat berketul-ketul. Jimat lagi bersih.

Bagi anda yang nak cuba Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap ini. Saya galakkan anda cuba yea. Insyallah puas hati. Kongsikan juga "Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap" ini  dengan rakan-rakan anda.

Bagi yang nak masak kangkung goreng belacan, kerabu mangga, kailan ikan masin atau bendi goreng. Boleh rujuk senarai resepi yang saya kongsikan. Masak sendiri insyallah selamat dan suci. Selamat menjamu selera.
Sumber gambar

33 Comments

  1. Wah.. terus teruja nk buat...terima kasih resepinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh cuba buat percik ayam ni. Sedap buat sendiri dari beli kat kedai.

      Delete
  2. sedappppnya ayam percikkk tp ntah bile nak buat tu..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap ayam percik ni. Nanti ada masa boleh buat akak.

      Delete
  3. Terima kasih kepada admin sebab kongsikan resepi ayam percik Kelantan ni.

    Boleh minta isteri tolong buatkan. :)

    Saya pernah ke Kelantan untuk merawat pesakit sihir, tapi belum pernah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Jika isteri tuan suka makan percik ayam ni, boleh minta dia buatkan. Insyallah sedap ayam percik ni.

      Delete
  4. sedapnya..favourite ni..ada pemanggang ajaib mmg mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Sedap dan berbaloi kalau buat sendiri ayam percik kelantan ni. Boleh cuba nohas.

      Delete
  5. Kak Mirror tak pernah makan...
    tapi pernah org bagi resepi...
    blom sempat cuba dah ilang.
    Sib baik Manggis share resepi ni. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ker. Boleh cuba resepi ayam percik kelantan kalau macam tu.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah, Komen ada link entri saya buang. Harap boleh faham.

      Delete
  7. Salam.. Mcm sama je ngn versi Terengganu.. Sedap.. Tp yg putih tu kmi xpnh buat.. Yg trg yg merah shj.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama percik sama. Jika ada beza sikit-sikit adalah agaknya. Boleh cuba buat ayam percik kelantan yang putih tu. Tak perlu masukkan lada aje beza dia. Selamat mencuba.

      Delete
  8. Masa belajar dulu, kawan dari Kelantan selalu buat ayam percik ni, makan sampai jilat tulang.. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul sedap macam tu ayam percik yang dia buat. Jika kena cara memang sedap ayam percik ni. Ramai yang gemarkannya.

      Delete
  9. sedapnya ayam.. hehe saya datang follow sini.. byk info berguna kat blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba resepi ayam percik kelantan ni. Terima kasih follow. Saya dah follow balik juga.

      Delete
  10. Pergghh.

    Nampak sedap ayam tu. Nak belajar masak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, boleh cuba Elih nak masak resepi ayam percik Kelantan.

      Delete
  11. wow. menariknya
    rasa lapo pula dibuatnya
    cara nak buat pun cam mudah. nantilah, kalau rajin. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika rasa nak buat silakan Yana.
      Mudah aje cara nak buat ayam percik Kelantan ni.
      Sedap sehingga menjilat jari.
      Boleh cuba yea.

      Delete
  12. Saya pernah makan ayam percik kelantan lama dulu PM. Masa tu saya pergi rumah kawan saya. Mmg warnanya putih sebab tak buh kunyit atau pun cili. Teringat ingat lagi kesedapannya, yang jadi lagi sedap tu, dulu dulu manalah selalu makan ayam percik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dulu nak makan ayam percik susah. Sekarang dah senang. Nak buat sendiri pun boleh. Bahan dan cara nak masak dia tak susah mana. Boleh cuba buat juga akak ayam percik versi Kelantan.

      Delete
  13. kami pun memang buat sendiri. sebab mmg asal kelantan. memang tahu dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sendiri ayam percik memang berbaloi. Sedap dan berkhasiat.

      Delete
  14. selalu nmpk je tp x penah nk rs o mkn... x tau kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba sekali makan dulu. Nak masak sendiri pun boleh ayam percik. Tak susah mana jika ikut resepi di atas.

      Delete
  15. Nampak macam sedap je... teman suka ayam percik yang biasa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ker suka yang biasa. Boleh cuba masak sekali. Sedap ayam percik masak sendiri.

      Delete
  16. Replies
    1. Boleh cuba masak nor. Sedap ayam percik kelantan ni. Rugi tak cuba. Ikut aje resepi tu. Insyallah jadi.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.