Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Bubur Kacang Hijau Mudah. Salam Jumaat buat semua. Nak kongsi resepi bubur kacang yang baru buat beberapa hari lepas.
Hari jumaat yang indah. Banyak perkara sunat yang dituntut pada hari ni. Antaranya potong kuku, mandi sunat jumaat, perbanyakkan selawat,sedekah. Ada banyak lagi amalan sunat yang dituntut pada hari ini.
Pergi solat jumaat tu wajib yea bagi lelaki yang dah baligh. Kalau tengok ada yang tak bersebab tak pergi solat jumaat tu cakap aje. Sejak bila dia tukar jantina.
Oklah, berbalik kepada resepi bubur kacang hijau mudah. Memang senang nak buat bubur kacang ni. Bahannya tak banyak dan cara nak buat dia pun tak susah.
Jika minta anak-anak kita yang dah sekolah rendah pun mereka boleh buat. Jadi jika anda tak pernah masak sendiri lagi bubur kacang ni.Nak masak sendiri silakan ikut cara ini.Insyallah bubur yang dibuat akan menjadi sedap dan lazat.
Bubur kacang sedap dimakan jika ada roti bersama. Roti biasa yang tak ada inti apa-apa tu. Cicah dengan bubur atau potong kecil-kecil roti direndam dan makan bersama bubur waktu suam-suam panas. Memang sedap rasaya. Pekena dengan kopi atau teh panas waktu hujan ker.Memang A+ rasa dia.
Baiklah, bagi yang nak cuba masak sendiri bubur kacang hijau ni. Anda boleh rujuk resepi dibawah. Saya kongsikan resepi bubur kacang hijau mudah ini.
Baru beberapa hari lepas buat. Sekejap aje nak buat bubur kacang ni. Makan waktu buka puasa sunat. Tak perlu makan berat waktu berbuka. Kalau tak, lambatlah nak pergi solat pula.
Bahan-bahan Bubur Kacang Hijau Mudah
1. Kacang hijau - 150 gram @ setengah cawan
2. Gula melaka - 1/2 ketul
3. Daun pandan - 2 helai
4. Santan - 1 kotak
5. Biji sagu - 1 @ 2 gemggam
6. Gula - 2 sudu (bergantung kepada manis rasa anda)
7. Garam -2 cubit
Cara Memasak Bubur Kacang Hijau Mudah
1. Rendam kacang bersama air dalam mangkuk 3-4jam sebelum masak, lagi lama lagi bagus tak perlu merebus lama nanti.
2. Bila kacang dah mula lembik. Rebus kacang bersama air. Sukatan air sekedar kacang tenggelam lebih satu kuku macam tu. Boleh sukat nak mudah.
3. Bila kacang dah masak. Nak tahu mudah aje. Kulit kacang dah merekah atau dah pecah macam itu tandanya kacang dah masak.
4. Masukkan daun pandan. Jangan lupa basuh dulu daun tu. Belah dua daun dan ikat buat macam ikat tali macam tu. Biarkan seketika.
5. Masukkan santan dan kacau. Masukkan juga gula melaka dan gula biasa. Teruskan mengacau nak elak santan jadi berketul.
6. Masukkan biji sagu dan kacau, Jika nampak pekat, boleh tambah air lagi. bila biji sagu dah nampak masak.
7. Masukkan garam dan biarkan seketika. Boleh tutup api dan hidangkan.
Buat bubur kacang ni memang mudah. Jika rasa nak makan bubur kacang ada baiknya buat sendiri aje. Daripada beli di kedai, masak sendiri lagi sedap dan terjamin kebersihan dia.
Nanti ada masa boleh buat resepi bubur kacang hijau mudah ini. Makan bersama-sama keluarga memang sedap.
Kongsikan juga "Resepi Bubur Kacang Hijau Mudah" ini dengan rakan media sosial anda. Terima kasih. Sharing is caring.
Sumber gambar
Resepi Bubur Kacang Hijau Mudah. Salam Jumaat buat semua. Nak kongsi resepi bubur kacang yang baru buat beberapa hari lepas.
Hari jumaat yang indah. Banyak perkara sunat yang dituntut pada hari ni. Antaranya potong kuku, mandi sunat jumaat, perbanyakkan selawat,sedekah. Ada banyak lagi amalan sunat yang dituntut pada hari ini.
Resepi Bubur Kacang Hijau Mudah |
Oklah, berbalik kepada resepi bubur kacang hijau mudah. Memang senang nak buat bubur kacang ni. Bahannya tak banyak dan cara nak buat dia pun tak susah.
Jika minta anak-anak kita yang dah sekolah rendah pun mereka boleh buat. Jadi jika anda tak pernah masak sendiri lagi bubur kacang ni.Nak masak sendiri silakan ikut cara ini.Insyallah bubur yang dibuat akan menjadi sedap dan lazat.
Bubur kacang sedap dimakan jika ada roti bersama. Roti biasa yang tak ada inti apa-apa tu. Cicah dengan bubur atau potong kecil-kecil roti direndam dan makan bersama bubur waktu suam-suam panas. Memang sedap rasaya. Pekena dengan kopi atau teh panas waktu hujan ker.Memang A+ rasa dia.
Baiklah, bagi yang nak cuba masak sendiri bubur kacang hijau ni. Anda boleh rujuk resepi dibawah. Saya kongsikan resepi bubur kacang hijau mudah ini.
Baru beberapa hari lepas buat. Sekejap aje nak buat bubur kacang ni. Makan waktu buka puasa sunat. Tak perlu makan berat waktu berbuka. Kalau tak, lambatlah nak pergi solat pula.
Bahan-bahan Bubur Kacang Hijau Mudah
1. Kacang hijau - 150 gram @ setengah cawan
2. Gula melaka - 1/2 ketul
3. Daun pandan - 2 helai
4. Santan - 1 kotak
5. Biji sagu - 1 @ 2 gemggam
6. Gula - 2 sudu (bergantung kepada manis rasa anda)
7. Garam -2 cubit
Cara Memasak Bubur Kacang Hijau Mudah
1. Rendam kacang bersama air dalam mangkuk 3-4jam sebelum masak, lagi lama lagi bagus tak perlu merebus lama nanti.
2. Bila kacang dah mula lembik. Rebus kacang bersama air. Sukatan air sekedar kacang tenggelam lebih satu kuku macam tu. Boleh sukat nak mudah.
3. Bila kacang dah masak. Nak tahu mudah aje. Kulit kacang dah merekah atau dah pecah macam itu tandanya kacang dah masak.
4. Masukkan daun pandan. Jangan lupa basuh dulu daun tu. Belah dua daun dan ikat buat macam ikat tali macam tu. Biarkan seketika.
5. Masukkan santan dan kacau. Masukkan juga gula melaka dan gula biasa. Teruskan mengacau nak elak santan jadi berketul.
6. Masukkan biji sagu dan kacau, Jika nampak pekat, boleh tambah air lagi. bila biji sagu dah nampak masak.
7. Masukkan garam dan biarkan seketika. Boleh tutup api dan hidangkan.
Buat bubur kacang ni memang mudah. Jika rasa nak makan bubur kacang ada baiknya buat sendiri aje. Daripada beli di kedai, masak sendiri lagi sedap dan terjamin kebersihan dia.
Nanti ada masa boleh buat resepi bubur kacang hijau mudah ini. Makan bersama-sama keluarga memang sedap.
Kongsikan juga "Resepi Bubur Kacang Hijau Mudah" ini dengan rakan media sosial anda. Terima kasih. Sharing is caring.
Sumber gambar
Bubur Kacang
Bubur Kacang Hijau
Bubur Kacang Ringkas
Bubur Kacang Sedap
Kacang Hijau
Masak Bubur Kacang
Resepi
Resepi Bubur
Resepi Bubur Kacang
Resepi Bubur Kacang Hijau Mudah
24 Comments
Tak solat dah salah apa lagi tukar jantina laaagi salah hihi..
ReplyDeleteKakak tengok bubur tu tak tahan. Kalau free esok kakak nak buat jugalah. esok kakak cuti:)
Jika teringin nak makan bubur kacang. Baik buat akak. Mudah aje resepi dia.
Deletesy sukaaa sgt bubur ni kalu ada durian bermangkuk2 boleh mkn hahaha
ReplyDeleteSedap juga tambah durian bubur kacang.
Deletebubur ni makan panas sedap, makan sejuk pon sedap..
ReplyDeleteBetul tu. Makan sejuk bubur kacang hijau rasa macam makan aiskrim bubur kacang.
DeleteTeringat dulu dulu bila tengok bubur kacang ni PM. Bubur ni femes zaman zaman hakak kecik ni. Buh durian pun sedap tau!
ReplyDeleteMasa duk asrama dulu supper mesti bubur kacang. Sampai naik jemulah
La ni kalau buat anak anak mmg tak makanlah.
Bubur kacang sedap sepanjang zaman. Tambah dengan jagung sedap juga bubur kacang. Kena pelbagaikan sikit isi dia, masak mesti anak-anak suka.
DeleteSedapnya.. lama tol tak makan kekacang hijau bubur ni. jarang buat dah. hihi :)
ReplyDeleteDah lama tak buat. Boleh buat sekali sekala. Banyak juga khasiat bubur kacang hijau.
DeletePn is3 selalu buat bubur kacang letak durian.
ReplyDeleteStok durian sentiasa ada dalam freeze.
Ada stok durian ok lah WP. Boleh masukkan durian sekali dalam bubur kacang hijau tu.
Deletesuami meqza paling suka dengan bubur kacang ni, Tapi, dia jenis suka makan yang sejuk buh dalam peti ais tu
ReplyDeleteSedap bubur kacang hijau sejuk. Lemak-lemak santan tu rasa macam aiskrim kacang hijau.
Deletebestnya kalau cicah roti
ReplyDeleteBoleh cuba Nik. Bubur kacang hijau cicah roti sedap.
DeleteBubur kacang memang sedap... biasanya teman sukakan bubur kacang yang sejuk di simpan dalam fridge... 👌😌
ReplyDeleteSaya pun suka. Tapi biasa yang sejuk tu jadi bila dah tak habis makan. Simpan semalaman dalam peti sejuk. Esok dah boleh makan jadi aiskrim.
DeleteSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)
ReplyDeleteTerima kasih. Salam perkenalan juga.
Deletesedapnya, memang feveret saya ni
ReplyDeleteMemamng sedap. Boleh cuba resepi bubur kacang hijau mudah ni akak jika nak buat bubur kacang nanti.
DeleteArwah nenek SA buat campur halia..
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi letak halia. Mesti rasa berangin macam tu. Boleh nak cuba juga lain kali bila masak bubur kacang.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.