Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Telur Bistik Mudah Sedap. Masa makan kat kedai makan hari tu rasa sedap aje telur bistik tu. Ada macam-macam dalam tu. Sayur, ayam, daging dan sosej pun ada. Nyam-nyam sedap rasa tak cukup pula.
Oleh kerana nak merasa lagi telur bistik tu. Jadi terhasilah resepi telur bistik mudah sedap, dah macam cerita pada zaman dahulu pula, siap ada terhasil tu yang tak tahan.hoho..
Saya suka masak dan makan telur bistik ni. Ianya mudah nak masak dan sedap di makan. Jadi tak salah nama dia resepi telur bistik mudah sedap. Sebenarnya telur ni pun ada banyak juga khasiat, antaranya dalam telur ni mengandungi sebatian sulfur, protein dan cysteine yang boleh membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Tahu tak penyakit ketarak? Ianya ada kaitan dengan masalah mata. Jadi makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata insyallah.
Resepi Telur Bistik Mudah Sedap
Oklah, dah macam melalut ke tempat lain pula. Saya nak kongsikan Resepi Telur Bistik Mudah Sedap ni. Bagi yang nak cuba masak, boleh guna bahan macam ni, atau nak tambah-tambah bahan lain pun boleh.
Bahan-bahan Resepi Telur Bistik Mudah Sedap
Langkah seterusnya nak masak pula, ok sikit lagi siap boleh makan yea. Sabar-sabar.
1.Mula-mula pecahkan telur dan kacau telur sehingga berbuih/cair.
2.Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi. Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
3.Selapas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4.Masukkan lobak merah/Frozen mixed vegetables, cili padi, lada benggala dan ayam/daging/sosej. Tunggu sehingga masak.
5.Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
6.Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi.
7.Tadaa... Dah siap dan bolehlah di makan panas-panas bersama hidangan lain atau dengan nasi putih sahaja. Mesti rasa macam kat hotel 5 bintang. Sedap tu..nyam-nyam.
Masa makan jangan lupa baca doa makan yea. Bagi berkat makanan yang kita makan. Masa masak tu pun juga bagus berzikir atau baca ayat-ayat lazim. Kata ustaz, jika kita masak macam ni, makanan yang kita makan jadi berkat, menjadi sumber tenaga kepada kita untuk buat ibadat kepada Allah SWT.
Takut nanti, dari makanan tu buat kita makin malas nak beribadat. Jadi masa masak tu, kena niat ahli keluarga kita yang makan ni akan suka untuk buat ibadat pada Allah. Kita masak, dapat pahala juga. Bak kata Chef Amar, 'Masak dari Hati, Masak With Iman' tak gitu.
Oklah. Selamat menjamu selera. Ada masa nanti. Boleh baca panduan Dekorasi Bajet untuk hias rumah yea. Raya dah nak dekat. Nak hias rumah cantik dengan cara bajet. Boleh tengok panduan Dekorasi Bajet (klik sini).
P/S: Lepas makan baca doa juga yea. Nanti boleh buat kerja dari rumah pula. Boleh tambah pendapatan sampingan anda.
Resepi Telur Bistik Mudah Sedap. Masa makan kat kedai makan hari tu rasa sedap aje telur bistik tu. Ada macam-macam dalam tu. Sayur, ayam, daging dan sosej pun ada. Nyam-nyam sedap rasa tak cukup pula.
Resepi Telur Bistik Mudah Sedap - sumber pic |
Saya suka masak dan makan telur bistik ni. Ianya mudah nak masak dan sedap di makan. Jadi tak salah nama dia resepi telur bistik mudah sedap. Sebenarnya telur ni pun ada banyak juga khasiat, antaranya dalam telur ni mengandungi sebatian sulfur, protein dan cysteine yang boleh membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Tahu tak penyakit ketarak? Ianya ada kaitan dengan masalah mata. Jadi makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata insyallah.
Resepi Telur Bistik Mudah Sedap
Oklah, dah macam melalut ke tempat lain pula. Saya nak kongsikan Resepi Telur Bistik Mudah Sedap ni. Bagi yang nak cuba masak, boleh guna bahan macam ni, atau nak tambah-tambah bahan lain pun boleh.
Bahan-bahan Resepi Telur Bistik Mudah Sedap
- 2 atau 3 biji telur bergantung kepada chef yang nak masak. -Basuh telur yea takut ada 'khazanah ayam yang melekat')
- Isi ayam/daging/sosej di potong dadu - nak masuk semua ni pun tak apa atau nak pilih antara dua pun boleh.
- 1 ulas bawang besar (dihiris)
- 2 @ 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 biji cili padi (potong kecil) -Jika suka pedas boleh tambah
- 3/4 batang lobak merah (nak letak Frozen mixed vegetables pun boleh)
- 3 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos tiram
- Sedikit lada benggala potong dadu(Jika tak ada tak apa)
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Gula dan Garam untuk rasa.
Langkah seterusnya nak masak pula, ok sikit lagi siap boleh makan yea. Sabar-sabar.
1.Mula-mula pecahkan telur dan kacau telur sehingga berbuih/cair.
2.Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi. Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
3.Selapas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4.Masukkan lobak merah/Frozen mixed vegetables, cili padi, lada benggala dan ayam/daging/sosej. Tunggu sehingga masak.
5.Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
6.Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi.
7.Tadaa... Dah siap dan bolehlah di makan panas-panas bersama hidangan lain atau dengan nasi putih sahaja. Mesti rasa macam kat hotel 5 bintang. Sedap tu..nyam-nyam.
Masa makan jangan lupa baca doa makan yea. Bagi berkat makanan yang kita makan. Masa masak tu pun juga bagus berzikir atau baca ayat-ayat lazim. Kata ustaz, jika kita masak macam ni, makanan yang kita makan jadi berkat, menjadi sumber tenaga kepada kita untuk buat ibadat kepada Allah SWT.
Takut nanti, dari makanan tu buat kita makin malas nak beribadat. Jadi masa masak tu, kena niat ahli keluarga kita yang makan ni akan suka untuk buat ibadat pada Allah. Kita masak, dapat pahala juga. Bak kata Chef Amar, 'Masak dari Hati, Masak With Iman' tak gitu.
Oklah. Selamat menjamu selera. Ada masa nanti. Boleh baca panduan Dekorasi Bajet untuk hias rumah yea. Raya dah nak dekat. Nak hias rumah cantik dengan cara bajet. Boleh tengok panduan Dekorasi Bajet (klik sini).
P/S: Lepas makan baca doa juga yea. Nanti boleh buat kerja dari rumah pula. Boleh tambah pendapatan sampingan anda.
Makan-Makan
Masak Telur Bistik Mudah
Resepi
Resepi Telur
Resepi Telur Bistik
Resepi Telur Bistik Mudah Sedap
Resepi Telur Bistik Simple
Telur Bistik Thai
12 Comments
Wah dah jadi Chef ye sekarang PM? hihi..... Tulah selalu gak makan kat kedai Telur Bistik ni, tapi jarang sangat buat kat rumah, kenapa ek? Pelik jugak ni. Padahal bukan susah mana pun nak buatnya kan....
ReplyDeleteJadi chef kadang-kadang sedap juga. Sambil buat sambil makan. Boleh cuba buat masakan telur bistik sedap ni juga akak. Boleh tambah nasi dibuatnya.
Deletemak aii.. sedap nya.. lapo dah nii
ReplyDeleteSedap masak telur bistik. Makan panas-panas sedap. Boleh cuba juga akak TB.
Deletejarang2 blog nih tayang resepi nih...
ReplyDeletetp ok jgk resepi bistik nih... mudah jgk resepi nya
Rasa nak kongsi resepi ni. Rasa macam sedap makan telur bistik buat kat rumah. Boleh Kaknor cuba juga nanti.
DeleteHuhuhu... Lapar pulak bila baca entry nie di awal pagi....😅
ReplyDeleteNanti kena masak sekali telur bistik Izni. Sedap buat lauk tambahan.
Deletesedap terr
ReplyDeleteNanti boleh cuba masak sendiri telur bistik ni akak. Sedap
DeleteTelur bistik kegemaran anak-anak ni
ReplyDeleteYea ker. Ramai yang suka masak telur bistik ni. Ianya mudah dan sedap. Jika nak cepat masak bila masa dah suntuk. Boleh masak telur ni sebagai juadah makan dengan nasi.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.