Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap. Hari ni cerita tentang masak lagi. Maklumlah bulan ramadhan. Bulan yang membuatkan seseorang rasa rajin sedikit nak masak-masak. Nak beli di kedai boleh. Tapi rasa tak puas. Masak lebih puas rasanya. Sedap dan boleh masak banyak-banyak. Sekali masak boleh makan untuk berbuka dan bersahur sekali. Jimat masa dan wang sikit. Maklumlah, lepas ni nak masuk bulan raya pula kata orang.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap, Resepi Daging Masak Merah Ala Thai
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap
Biasaya bulan puasa dan bulan raya nanti agak laju sedikit duit yang keluar. Jika pada kebiasaannya duit yang ada digunakan untuk bayar bil-bil yang mana patut aje. Tapi dalam bulan ini kena tambah lagi dengan dekorasi bajet raya dan macam-macam lagi kan. Jika dihitung duit masuk dan keluar pada kedua-dua bulan ni rasanya banyak yang keluar lebih daripada biasa. Betul tak? Jadi pada yang nak cari income lebih bolehlah buat kerja dari rumah atau pun buat bisnes kiuh raya pada bulan ini.

Pada 1 Julai 2015 seperti yang kita sedai maklum. Harga minyak naik lagi. Kali  ni naik sebanyak 20 sen seliter untuk RON97 dan 10 sen seliter naik untuk RON95. Manakala harga minyak diesel kekal pada harga RM2.05 seliter. Jadi untuk harga terkini bagi RON95, RON97 dan Diesel pada bulan Julai 2015 adalah seperti di bawah:

RON95 - RM 2.15 Sen Seliter
RON97 - RM 2.55 Sen Seliter (Termasuk 6% GST)
Diesel - RM2.05 Sen Seliter

[+] Buat Duit Dengan Instagram Anda

Terkedu juga dengan kenaikan harga minyak ni. Tapi nak buat macam mana. Terima sahaja. Nak bising pun tak guna. Semuanya dah ditentukan oleh Allah SWT. Betul kan? Allah SWT yang jaga semua harga barang dan harga apa sahaja di dunia ni. Insyallah jika kita betul pada Allah dari segi amalan dan sebagainya. Pasti Allah SWT akan jaga dan bagi rezeki kepada kita semua walaupun bumi ini berlantaikan tembaga. Allah SWT boleh jaga dan bantu kita. Keyakinan ini perlu ada dalam hati setiap orang yang BERIMAN kepada ALLAH SWT.

Oklah, berbalik cerita perkongsian resepi daging masak merah ala Thai yang sedap ini. Saya kongsikan bahan dan cara-cara nak buat resepi ini juga. Jika kawan-kawan nak cuba resepi ini. Boleh cuba masak di rumah masing-masing yea.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap
Kepada anda yang nak belajar memasak. Boleh gunakan panduan resepi dibawah ini. Jika yang dan hebat dalam masak-masak ini. Anda boleh olah dan tambah-tambah lagi mana-mana yang rasa perlu dalam masakan anda.

Bahan-bahan resepi daging masak merah ala Thai sedap
1/2 kg daging - potong kecil
2 ulas bawang putih - ketuk
1/2 biji bawang besar - hiris
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
3 sudu besar sos tomato
2 helai daun limau purut
Sedikit daun sup dan daun bawang
1/2 biji lada benggala
1 cili merah
Lobak merah - jika suka
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat resepi daging masak merah ala Thai sedap
1) Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk.(Jika tak mahu letak pewarna pun ok untuk kesihatan)

2) Apabila sudah kering air rebusan daging, masukkan sedikit minyak dan goreng daging hingga kuning sedikit. Angkat.

3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul-betul masak/garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

4) Masukkan daging, lada benggala, daun limau purut, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Jika nak kuah banyak. Anda boleh masukkan sedikit air dan sos tomato.

5) Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera. Tabur daun sup dan daun bawang sebagai hiasan dan hidangkan. Siap.

[+] Rahsia Jaga Suami Tersayang

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap. Gambar pinjam dari google
Mudah aje nak masak resepi daging masak merah ala Thai sedap ni. Boleh cuba jika nak rasa sendiri hasilnya. Jika menjadi, boleh cuba masak lagi bila ada tetamu yang datang. Anda juga boleh cuba resepi paprik daging sedap dan resepi kangkung goreng belacan ini juga. Selamat mencuba.

11 Comments

  1. Kenapakah saya ter buka blog cik manggis pada jam 9.00 pagi...
    hahahaha... tutup balik lah... nnt buka semula selepas berbuka puasa ya...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka ambil resepi jangan tengok gambar-gambar tu.

      Delete
  2. sodap nih.... resepi pun mudah je kan...

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan mak manggis, sedap sungguh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan akak. Boleh cuba resepi daging merah ni akak.

      Delete
  4. nasib singgah malam ke sini :)

    ReplyDelete
  5. Sedap, nanti boleh cuba lah;)

    ReplyDelete
  6. alahai...semua blog ti buka semua ada resepi...semuanya nampak sedap..terima kasih bnyak2 kongsi resepi ni..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.