Petua Pantas dan Selamat Jika Terkena Benda Panas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Petua Pantas dan Selamat Jika Terkena Benda Panas. Saya dapat petua ini dari rakan-rakan media sosial saya. Jadi apa salahnya jika saya kongsikan tips dan petua pantas dan selamat jika terkena benda panas ini dengan pembaca blog saya juga.

Ceritanya seperti di bawah. Oleh kerana sekarang ni bulan puasa. Ramai dikalangan kita yang memasak sewaktu menyediakan makanan untuk berbuka puasa mahupun semasa bersahur.

Petua Pantas dan Selamat Jika Terkena Benda Panas, Tepung Gandum
Petua Pantas dan Selamat Jika Terkena Benda Panas
Jadi kadang-kadang malang tidak berbau. Semasa masak tu, nak cepat baru balik dari kerja atau terlewat bangun daripada nak bersahur, berlakulah sedikit kecuaian yang tidak di sengajakan. Terkena periuk panas, air panas, kuali panas, minyak panas mahupun tersudu kuah panas. Nak cepat punya pasal.

Jadi jika anda mengalamai situasi sebegini. Ada baiknya ada baca sendiri kisah di bawah dan boleh amalkannya untuk langkah keselamatan di rumah. Insyallah jika anda buat demikian. Diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan tahap kecederaan yang di alami jika terkena benda-benda panas tersebut.

Perkongsian ceritanya sebegini :-
Maaf. Hanya untuk berkongsi dengan semua kawan-kawan saya.
Sila baca dengan betul:
Simpan sebeg tepung dalam semua dapur dan biarkan semua orang tahu di mana ia disimpan. 

Pengalaman seorang wanita telah terbakar. Satu ketika dahulu.
Sedang saya memasak jagung dan garfu saya tersekat di dalam air mendidih ketika ingin melihat jika jagung sudah boleh diangkat atau tidak.

Tiba-tiba tangan saya terlepas dan termasuk ke dalam air yang sedang mendidih. Seorang rakan saya, yang merupakan seorang doktor haiwan Vietnam yang sedang berada di dalam rumah itu terkejut kerana saya menjerit kesakitan.

Rakan saya bertanya kepada saya jika saya mempunyai tepung gandum. Lalu tangan saya yang masih kesakitan itu ditarik dan dimasukkan ke dalam beg yang diisi tepung gandum dan membenamkan tangan saya di dalam tepung itu.

Dia memberitahu saya supaya tangan saya dibenamkan dalam tepung selama 10 minit. Katanya di Vietnam, terdapat seorang lelaki disambar api dan dalam keadaan panik, mereka melemparkan beg tepung keseluruh tubuh beliau untuk memadamkan
api tersebut.

Akhirnya, ia bukan sahaja memadamkan api itu tetapi ia tidak sama sekali melecurkan badannya. Dipendekan cerita, saya letakkan tangan saya di dalam beg tepung selama 10 minit, kemudian saya tarik keluar tangan saya, alhamdulillah tangan saya langsung tidak ada tanda merah atau melecuh serta tidak sakit.

Sekarang, saya simpan satu beg tepung di dalam peti sejuk dan setiap kali saya terbakar atau terkena benda panas saya akan lakukan seperti itu sendiri. Tepung yang sejuk adalah lebih baik daripada tepung suhu bilik. Saya menggunakan tepung gandum dan tidak pernah ada tanda merah pada tempat terbakar mahupun kesan melecur.

Saya juga pernah melecuh lidah sekali dan saya letakkan tepung di atas lidah saya yang melecuh itu selama kira-kira 10 minit. Alhamdulillah kesannya kesakitan terus hilang dan tidak ada tanda terbakar.

Tidak sukar untuk menyimpan beg tepung gandum di dalam peti sejuk sebagai pencegah kelecuran sekiranya ahli keluarga ataupun diri kita sendiri terkena bahan yang panas disebabkan api.

Tepung gamdum mempunyai daya penyerap haba dan juga daya antioxident yang kuat. Oleh itu ia membantu dalam kelecuran kerana terbakar dan meredakan kesakitan jika dilakukan dalam tempoh 15 minit insyallah.

"Apabila seseorang berkongsi sesuatu yang bernilai dengan anda dan anda mendapat manfaat daripadanya, anda mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain. Satu tip yang berguna untuk semua"

Kongsikan "Petua Pantas dan Selamat Jika Terkena Benda Panas" ini dengan rakan-rakan media sosial anda. Semoga ianya juga memberi manfaat kepada mereka. Terima kasih.

13 Comments

  1. Wah menarik juga petua ini..

    Bagsus bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kena air panas atau periuk panas boleh cuba cara ini.

      Delete
  2. Mmg baguslah petua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share dengan orang lain juga. Harap membantu.

      Delete
  3. erm... bar akak tau psl tepung ni... patut la kalau ada kebakaran, bomba guna tepung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya ini salah satu sebab dia. Tepung ini bagus dalam mengurangkan kesan risiko terbakar.

      Delete
  4. Terima kasih petuanya PM.
    Alhamdulillah .....sejak masak sepanjang bulan puasa ni, belum pernah lagi melecur ...

    Susah jugak tu ek nak menahan lidah keluar dari mulut. 10 minit bukannya sekejap. Sure menjejes air liur hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Memnag lama nak tahan 10 minit tu.
      Boleh cuba tanah 2-3 minit
      Harap-harap menjadi dan berkesan juga jika terkena panas kat bahagian lidah tu.

      Delete
  5. boleh guna la petua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila guna dan cuba bila kena benda-benda panas. Insyallah kurang kesan melecur panas tersebut.

      Delete
  6. Teman pernah cuba petua nie... memang menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Berkesan petua kena benda panas dengan gandum ni. Nanti boleh pakat-pakat guna.

      Delete
  7. erm... guna tepung tak tahu pun sebelum ni... nice sharing

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.