Benda Macam Ni Pun Kena GST

2015-11-11

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Benda Macam Ni Pun Kena GST. Semalam ada urusan dengan online banking saya pun bukalah cimbclicks saya. Lepas tu pergi lah tengok apa yang ada dalam history transaksi. Rasa tertarik tengok perkataan ni. GST... aik benda ni pun kena GST juga ker? Saya tengok sambil tersenyum.

Benda Macam Ni Pun Kena GST ,GST,
Benda Macam Ni Pun Kena GST
Hahaha..sikit aje RM0.48 atau mudah sebut 48sen aje. Tak luak pun. Bila buat ilmu congak kejap. Kalau 10 orang pelanggan, orang yang buat GST dapat RM 4.80 alah sikit aje. Boleh beli air buah aje dengan wang sebanyak itu. Tak boleh buat bisnes aiskrim pun.

Jadi nak bagi kita semua mahir dengan ilmu hisab. Saya buat contoh kira-kira mudah kat bawah.

1x0.48= RM 0.48
10x0.48= RM 4.80
100x0.48= RM 48 banyak sikit
1000x0.48= RM 480 banyak juga
lenguh nak buat matematik kita terus kira 1 juta lah yea. Tengok jadi berapa..

Jika 1 juta pelanggan cimb GST dapat berapa yea.. kosong ada 6 kali.. Macam ni agaknya. 1 000 000 dapat berapa jika kita darap dengan RM0.48 GST. Tak banyak kot.

1 000 000 x RM0.48 GST= RM480 000 aje.. Sikit aje. [Empat Ratus Lapan Puluh Ribu sahaja]. Ambikk.. engkau tak banyak.

Boleh beli dua bidang tanah tu. Nak dapat rumah lelong yang selesa pun dah boleh dapat dengan duit sebanyak itu di bandar besar. Pelanggan cimb ada berapa orang yea? Belum masuk bank-bank lain lagi. Kadang-kadang setiap kita yang bekerja, jarang ada 1 bank aje. Kurang-kurang ada dua atau tiga kan? Jadi kira congak matemetik berapa yang GST dapat dari hasil ini sahaja.

Oklah, saya tak nak cerita panjang. Jadi inilah kehidupan kita sekarang ni. Bagi nak tampung dan bayar macam-macam. Kita semua kena banyak buat kerja. Bagi yang bergaji besar tak ada masalah. Tetapi bagi yang biasa-biasa aje memang kesihan dengan keadaan kos hidup sekarang ni.

Ini baru satu contoh yang saya paparkan. Tak nak kira benda-benda lain. Kepada yang nak marah rasanya tak ada guna. Apa yang penting kehidupan perlu diteruskan. Berusahalah untuk menambahkan pendapatan sampingan kita.

Jika ada masa dan anda rajin boleh buat banyak kerja untuk tampung kos hidup yang semakin  hari semakin naik ni. Antaranya boleh buat kerja sambilan dalam Jobdirumah (klik sini). Boleh baca ceritanya disini " Duit Poket Jobdirumah " jika nak tengok contoh kerja yang terdapat dalam jobdirumah. Anda boleh lihat yang saya kongsikan ini " Contoh Jobdirumah "

Bagi anda yang suka nak buat duit dengan benda makan-makan. Boleh baca entri-entri di bawah. Mana tahu dapat idea nak mulakan bisnes kecil-kecilan.

1) Buat Duit Dengan Bisnes Aiskrim

2) Buat Bisnes Cupcake Mudah

3) Buat Duit Dengan Bisnes Burger

Atau jika anda yang suka nak jadi ejen hartanah juga boleh belajar dengan cikgu hartanah ini juga.

Banyak benda yang saya nak kongsikan lagi. Apa pun nanti ada masa saya cerita lagi. Jom tambah pendapatan. Selalulah buat amalan menarik rezeki. Insyallah rezeki anda akan diberkati.

Dah! jom buat kerja.
Share

19 comments:

  1. GST itu dah jadi sebahagian hidup kita kan PMDR..
    Redha jer lah skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..itulah. Semua nak di gst kan. Kalau tengok resit pembelian barang ada aje yang kena gst...huhu.

      Delete
  2. mmm... semuanya nak di kenakan cukai... Kalau dulu, orang kaya je kena cukai... nie, orang miskin yang kais-pagi makan pagi, kais petang makan petang pun kena GST jugak... kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukai untuk orang Islam tu yang tak tahan.

      Delete
  3. semua benda nak GST sekarang ni...

    ReplyDelete
  4. Macam macam cabang kerja sebenarnya kalau ada niat nak cari pendapatan. Tp tu lah....antara malas dengan tak malas jerlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea betul tu. Boleh tampung belanja untuk gst buat macam-macam kerja.

      Delete
  5. kalau boleh semuanya nak kena cukai, semua orang kena cukai sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Kalau boleh semua nak kena gst. Nasib ada yang bersuara. Kurang sikit mana-mana satu.

      Delete
    2. bersuara pun tak jadi apa, derma jugak kat sidia itu

      Delete
  6. Replies
    1. Kena. Saya ingat tak kena. Tengok tu baru perasan, ada juga gst benda ni.

      Delete
  7. katanya kan gst menguntungkan... tp menguntungkan sapa ek

    ReplyDelete
  8. untung atas angin jeee...tp gst yg dikenakanm tu mn hasilnya ye? kalu online asyik jemmmm je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung orang yang buat. Yang kena bayar tak ada untungnya.

      Delete
  9. Selagi boleh dikenakan GST selagi itulah ia akan diaplikasikan
    Kakak baru tahu kisahnya kena juga ye...
    Kalau tak mampu juga tampung hutang negara tak tahulah kakak nak kata apa.. itu baru satu sector. Lain-lain lagi? Tapi hutang terus mencanak apa nak jadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasai. Banyak kadang-kadang yang kita tak tahu kena gst. Tahu-tahu dah kena gst. Hutang tu siapa buat tak tahulah. Yang kena bayar rakyat agaknya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan