No BARU Akaun CIMB 10 digit sahaja?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
No BARU Akaun CIMB 10 digit sahaja, Siapa ada perasan benda ni? Jika saya tak salah, no akaun CIMB BANK sebelum ini 12-14 digit. Semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina 2014 tempoh hari, CIMB BANK dah tukar ke no akaun pelanggan CIMB BANK kepada 10 digit nombor sahaja. Menarikkan, lagi senang nak nak ingat jika dibandingkan no sebelum ini 12-14 digit nombor. Alhamdulillah lagi senang kerja mengingat. Tapi siapa-siapa yang padai Matematik senang sahaja nak ingat semua nombor ni.


10 digit no akaun baru CIMB BANK
10 digit no akaun baru CIMB BANK

Saya perasan semua ini sebab saya guna CIMB BANK untuk buat kerja-kerja online saya. Macam duit hasil daripada Program Jobdirumah saya guna akaun CIMB BANK. Saya lebih suka online banking CIMB BANK berbanding Maybank dan lain-lain lagi. Jika tak ada pilihan baru saya guna bank lain. Kenapa mungkin anda sendiri tahu jawapannya. Nak bagitahu lebih-lebih nanti saya kena marah pula..hehe.

Kebanyakkan bayaran atau penerimaan bayaran apa-apa saya guna CIMB BANK. Satu sebab yang saya dapat bagi kat sini, online banking CIMB BANK MUDAH nak guna dan jimat. Tak percaya anda boleh guna online banking lain dan masa guna cuba buat perbandingan anatara mereka. Mana yang anda rasa sesuai untuk digunakan terpulang kepada anda, saya pun ada juga akaun online banking bank-bank lain. Cuma jarang-jarang guna. Mungkin sebulan dua atau tiga kali sahaja masa gaji masuk.

Bukan tujuan saya nak promosi mana-mana bank. Cuma ini pendapat saya sebagai pengguna. Mana yang kita rasa ok, boleh bagitahu yang tak baik kita simpan sahaja. Sebagai pengguna kita ada hak tersendiri.

Kawan-kawan yang ada akaun Cimbclicks boleh melihat sendiri perubahan no akaun tersebut. Mengikut apa yang saya faham masa baca dalam laman web Cimbclicks. No akaun lama masih boleh digunakan. Namun untuk transaksi baru, pelanggan digalakkan guna no akaun baru. Ada beberapa item baru yang diubah dan ditambah dalam Cimbclicks untuk perubahan kali ini. Jika nak tahu, boleh cuba login Cimbclicks. Berhati-hati dengan penipuan atau email Spam. Pastikan kawan-kawan masuk ke laman web Cimbclicks yang betul. Satu tips mudah nak tahu laman web tersebut betul atau tidak bagi penggunaan mana-mana online banking adalah. Laman web tersebut ada " https" macam ni " https://www.cimbclicks.com.my" Jika tak ada "https" kawan-kawan kena berhati-hati. Https ini adalah " Hypertext Transfer Protocol Secure [Boleh baca wikipedia tersebut]

Baiklah,panjang pula cerita bab-bab online banking ni. Nanti ada masa saya cerita lagi  bab-bab keselamatan dalam internet. Saya ada kerja yang nak di siapakan. Selamat mencuba Cimbclicks yang baru kawan-kawan. Jom sertai Jobdirumah kawan-kawan.

17 Comments

  1. Ada dengar juga no acc CIMB dah tukar....lepas ni nak checklah...

    ReplyDelete
  2. Sebab itulah agaknya masa CNY hari itu semua ATM CIMB di tutup utk upgrade. Inilah juga sebabnya mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beul tu Kakzakie. Cimb buat semua ni masa cuti CNY hari tu.

      Delete
  3. akak tak periksa lagi... hadoi laa suke suke je tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penukaran ni untuk kebaikan pelanggan juga akak. Tapi jagan risau, no akaun lama masih boleh di gunakan.

      Delete
  4. ada juga terbaca pasal update no baru ni.. tapi x g check pun.. then tak pun guna cimb click..hehe

    ReplyDelete
  5. 10 digit mungkin lebih senang untuk diingat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. lagi senang nak ingat bila dah jadi 10 digit.

      Delete
  6. takder akaun cimb..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. puteri takde akaun cimb...tapi ada juga terbaca tentang pertukaran no akaun :)

    ReplyDelete
  9. 10 digit pun still x leh nak hafal gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa tak hafal. Cuma ianya untuk memudahkan pelanggan dengan aplikasi baru bila berurusan dengan pihak Cimb Bank.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.