Advertorial.MY:Berita Gembira Untuk Blogger

AdvertorialMY:Berita Gembira Untuk Blogger. Alhamdulillah pada saya ini satu berita gembira gembira untuk blogger. Selepas berpuasa sebulan bulan ramadhan dan hari raya pun tiba. Ini juga merupakan saat yang menggembirakan buat kita semua umat Islam yang berpuasa. Hari ini saya nak kongsi berita gambira lain. Apa yea..jeng je jeng.. Beritanya ialah tentang peluang buat duit melalui blog.

Berita Gembira Untuk Blogger
Berita Gembira Untuk Blogger
Buat Duit Dengan Blog Peribadi
Macam mana tu buat duit dengan blog peribadi?. Saya akan teranagkan disini. Begini sebenarnya, jika sebelum ini kita ada dengar dan saksikan sendiri ada dikalangan rakan-rakan blogger yang boleh menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit hanya dengan satu blog peribadi mereka. Contohnya macam blogger popular Redmummy, Ben Ashaari dan ramai lagi. Mereka semua ini menjana pendapatan dengan hanya bekerja di rumah sahaja.

Macam mana mereka buat duit dengan blog peribadi mereka?
Mereka juga sama seperti kita semua, ada yang menulis blog sebagai kerja part time mahupun full time. Mereka menulis tentang cerita dan kisah hidup, perjalanan cuti-cuti, makan-makan dan sebagainya sama seperti kita semua menulis juga.

Tetapi di samping mereka menulis perkara-perkara di atas, mereka juga menulis tentang sesuatu "produk baru", "makanan baru", "baju baru", "kedai baru", "perkhidmatan baru" dan macam-macam lagi benda baru. Betul tak? cuba kawan-kawan lihat dan selongkar dalam blog mereka? Pasti jawapannya adalah BETUL.

Sebenarnya apa tujuan mereka menulis cerita-carita baru tersebut. Mudah cerita ada pihak yang UPAH mereka menulis tentang "PERKARA" tersebut dan mereka "DIBAYAR" untuk PENULISAN dan REVIEW mereka tentang perkara tersebut di blog mereka.

Katalah pihak KFC (ayam KFC) buat produk baru, mereka diundang untuk buat REVIEW tentang produk KFC yang baru tersebut. Antara mereka dengan KFC mereka dah buat perjanjian untuk bayaran sekian-sekian harga untuk satu entri di blog mereka atau untuk beberapa entri. Mereka menulis dan buat REVIEW tentang produk KFC tadi dan mereka akan dibayar gaji berupa UPAH atas apa yang mereka tulis.

Berapa Mereka Dapat Untuk Tulis Review Tersebut?
Saya tak nak cerita disini, anda sendiri boleh buat anggaran berapa angka RM yang akan mereka dapat. Mungkin tiga angka, mungkin empat angka dan tak sakit jika saya kata mereka mungkin akan dapat berangka-angka lagi hasil dari REVIEW satu produk baru atau berpuluh-puluh produk baru. Jadi tak mustahillah dari sebuah blog boleh hasilkan pendapatan beribu-ribu runggit dalam satu-satu masa.

Tak pelik jika saya cerita di sini mereka juga kena income tax sebab hasil dari satu blog peribadi yang mereka ada.

Berita Gembira Untuk Blogger, AdvertorialMY,
Gembira dapat duit dari REVIEW 
Macam Mana Nak Dapat Tulis REVIEW juga?
Sebenarnya anda dan saya juga boleh dapat macam mereka, mereka dapat banyak sebab blog mereka dah DIKENALI di serata Malaysia. Betul tak?

Sebenarnya kita juga boleh dapat macam mereka dapat. Cuma kita ketinggalan dari segi masa dan usia blog. Mereka dan bertahun MEMILIKI blog tersebut. Kita masih baru dan masih di peringkat "remaja" lagi.

Mereka juga bermula seperti kita semua, bermula dari bawah dan akhirnya mencapai kejayaan menjadi "blogger tersohor". Cuba anda baca blog Ben Ashaari sekarang, jika tak silap beliau beberapa hari lepas berada di luar negara untuk satu "event" yang berkaitan dengan blog beliau. AirAsia yang menjadi penaja penerbangan dan macam-macam syarikat besar lagi yang taja beliau dan beberapa "blog tersohor" tanah air. Tahniah buat mereka.

Menulis Review Dengan AdvertorialMY
Alhamdulillah sekarang peluang sudah terbuka luas. Anda dan saya juga mampu untuk menulis REVIEW dan mendapat tajaan mahupun hasil berlipat ganda juga. Jika tak dapat macam mereka dapat seperuh daripada apa yang mereka dapat pun dah syukur. 

Inilah berita gembira yang saya maksudkan. Satu laman web yang di bangunkan oleh anak Malaysia sendiri. Yang mana laman web yang diberi nama AdvertorialMY ini akan membantu anda mencari "Pengiklan" dari seluruh tanah air dan AdvertorialMY ini akan menjadi orang tengah antara anda(blogger) dan Pengiklan( pengiklan produk/perkhidmatan). Insyallah dengan  AdvertorialMY ini anda boleh buat duit. Boleh baca [+] Buat Duit Dengan AdvertorialMY (klik sini)

Cara nak sertainya mudah sahaja
Cara nak sertainya amat mudah, anda boleh lihat dan berdaftar seperti dibawah ini:-

1) Masuk dalam laman web AdvertorialMY
2) Daftar akaun "Publisher" dengan AdvertorialMY
3) Submit blog anda untuk penyenaraian.
4) Mereka akan carikan pengiklan berpotensi.
5) Anda dan pengiklan buat persetujuan tentang iklan dan bayaran.
6) Tulis dan publish advertorial untuk pengiklanan.
7) Terima bayaran.

Tujuh  langkah mudah ini anda ikut maka anda sudah layak untuk mula bercita-cita memulakan langkah PERTAMA dan menjadi seperti mereka yang di atas. Perjalan anda bermula dengan tindakan yang berterusan dan tersusun. Berusaha menulis entri dengan cara yang baik juga menjadi salah satu cara untuk memperhebatkan lagi blog anda. Jangan terlampau merendah diri walaupun anda hanya menggunakan platform "blogspot" mahupun "wordpress". Ramai antara blogger yang berjaya mengunakan platform ini dan akhirnya mereka juga mencipta kejaaan seperti sekarang.

Oklah.. nak dapat duit hasil menulis review, anda kena daftar cepat-cepat disini ---->> AdvertorialMY

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selamat berusaha dan maju jaya menjana pendapatan dengan AdvertorialMY

Sebelum terlupa: Setiap hasil review produk anda nanti. Pihak AdvertorialMY tidak akan ambil satu sen pun. Semua pendapatan tersebut menjadi milik mutlak anda.

26 Comments

  1. memang gembira sangat2 nieh... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira sebab dah makin mudah nak buat duit dengan blog dengan adanya platform macam ni. Jom sertai yang baik. Blog yang baik semakin stabil sekarang tu.

      Delete
  2. Memang seronok tengok org buat duit ngan berbloggingkan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Rinna. Boleh sertai juga akak. Bagus masuk dan sertai platform macam ni. Kita tak perlu cari, kerja yang cari kita nanti.

      Delete
  3. Peluang terbuka luas kpd blogger yg memiliki bakat penulisan yg baik. Bagi blogger copy paste spt sy trpaksa mengakui kesukaran utk mgambil peluang ni. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga. Pengiklan banyak. Mereka juga cari blogger baru dan dapat bayar dengan harga rendah. Tak salah mencuba, insyallah berusaha akan dapat hasil SP.Jom sertainya.

      Delete
  4. syok tgk depa yg dh tkenal dgn blog.kita blogger picisan jek...huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger terkenal bayarannya pun tinggi. Ada dikalangan pengiklan yang nak jimat kos. Mereka dapatkan khidmat daripada blogger baru juga Zai. Jom sertainya. Dah dapat nanti baru tahu hasilnya.

      Delete
  5. Replies
    1. Terima kasih. Jom join akak. Insyallah dapat hasil dari menulis blog nanti dan buat review produk atau perkhidmatan dari pengiklan.

      Delete
  6. wow ... best , tulah hanya masa sahaja lah kdg2 mencemburui .. rezeki masing2 kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best akak ieda. Masa tak ada masalah. Insyallah tulis review lagi mudah. Nanti boleh tanya dengan 'pengiklan' apa yang mereka nak dari entri yang kita tulis. Lepas tu dah boleh menuis. Insyallah boleh minta dengan mereka nanti maklumat yang diperlukan.

      Delete
  7. wow...sangat menarik tu. kak hr tu dapat emel dr satu syarikat tapi takut pulak nak layan..hihi...
    teringin pulak ikut jejak mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nanti dapat boleh tanya betul-betul akak. Mana tahu ada rezeki tulis review produk apa-apa. Insyallah nanti masyuk. Join ini pun peluang cerah nak dapat job bagus-bagus juga.

      Delete
  8. mudahan dengan usaha yang mantap akan hasilkan pendapatan yang hebat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. terima kasih DH. Masih belajar nak buat dan sertai program iklan macam ni. Ianya mudah sebab mereka yang cari pengiklan untuk blogger.

      Delete
  9. bagusnya info..tq sgt2

    ReplyDelete
  10. Menulis blog nie ada baik dan buruknya...
    Yang baik dengan menulis blog nie kita boleh menambah pendapatan, dapat kenal kawan baru dan dapat pahala di atas penulisan yang baik.

    Yang buruk pula, bergantung pada penulisan mungkin kita akan dapat musuh dan juga dapat dosa dengan mudah sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena jaga etika dalam penulisan juga. Membantu sambil mendapat hasil dari blog memang terbaik. Jom sertai juga akak.

      Delete
  11. woww... menarik entry ini... padat dengan informasi... :) thanks pokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh join acik jika nak dapat hasil dari buat review blog acik. Semua ketogori blogger boleh join dan dapat buat duit hasil dari tulis review produk yang diminta oleh pihak pengiklan. Hasilnya 100% milik blogger yang buat review tersebut.

      Delete
  12. saya memang terfikir juga penulisan review ini..penulisan blog kita dengan blog tersohor hampir setanding..cuma mereka ada nama dan trafik yang tinggi sahaja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nama dan trafik akan datang dengan sendiri jika kita terus berusaha. Buat yang terbaik insyallah akan ada hasilnya juga. Jom join program buat review ni. Insyallah akan dapat hasilnya HB.

      Delete
  13. Bila kita ada Blog, kita perlu ada matkamatkan . Macammana nak majukan Blog serta menjana something dari usaha kita..masih jauh perjalan tapi tak mustahil kalau kita terus berusaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu RDZ. Usaha tangga kejayaan. Jom sertai juga. Nanti boleh dapat hasilnya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.