Garis Panduan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Garis Panduan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014. Insyallah esok adalah Hari Berkabung Negara sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17. Hari yang penuh penantian buat warga Malaysia umumnya dan khususnya untuk ahli keluarga mangsa tragedi MH17.

Pastinya hari ini adalah saat yang paling dinantikan oleh mereka semua. Penghormatan terakhir buat mangsa dan jenazah rakyat Malaysia ini nanti akan di adakan serentak di seluruh negara. Bersamalah kita memberi sokongan semangat dan juga memanjatkan doa dan takziah buat mereka nanti.

Hari Perkabungan Negara telah diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17

Hari Berkabung Negara, Garis Panduan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014,
Hari Berkabung Negara
Hari Perkabungan Negara ini adalah  bertujuan bagi menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia di atas tragedi Pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Ukraine

Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media telah menetapkan garis panduan pada Hari Perkabungan Negara sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke tanah air, Jumaat ini 22 Ogos 2014

Garis Panduan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014
Berikut merupakan beberapa Garis Panduan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 yang akan berlangsung esok:-

1)Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan

2)Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut

3)Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang
Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam

4)Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan

Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai.

Majlis sambutan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Garis Panduan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

Harapan rakyat Malaysia, semoga Allah SWT mudahkan majils dan ketibaan jenazah magsa tragedi Pesawat MH17 ini nanti. Bersama dan mendoakan yang terbaik buat mereka dan ahli keluarga mangsa.

Wallahualam

12 Comments

  1. Replies
    1. Sama-sama mendoakan yang terbaik buat mereka.

      Delete
  2. great piece of sharing... hari isnin hari tu kongsi perkara yang sama juga...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah sama2 lah kita menghormati kepulangan para jenazah ini..

    ReplyDelete
  4. Satu memori yg bagaikan sejarah hitam buat negara kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakak. Akan sentiasa diingati oleh rakyat Malaysia.

      Delete
  5. ye sejarah hitam..malaysia kena bertaubat.

    mati pasti

    ReplyDelete
  6. Takziah buat semua yg menjadi mangsa, semoga segala urusan mereka dipermudahkan...

    ReplyDelete
  7. Malaysia turut bersimpati dan bersedih..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.