Blogku Di Baca Oleh Israel

Assalamualaikum dan Sejahtera.
Blogku Di Baca Oleh Israel. Kadang-kadang ada masa terluang saya akan lihat statistik pembaca yang datang ke blog Pokok Manggis Depan Rumah ini. Saja melihat trafik dan nak tengok apa yang pembaca sedang baca pada blog yang suam-suam kuku ini.

Blogku Di Baca Oleh Israel
Blogku Di Baca Oleh Israel
Nak tengok sama ada tulisan mana yang digemari pembaca bila berkunjung ke blog ini. Terbaru saya lihat dalam web site nak tengok trafik yang masuk ini ada satu bendera yang menarik perhatian saya. Ada seorang pembaca dari "Israel" yang sedang baca entri yang saya tulis. Bila tengok entri tersebut tidak ada kaitan sangat dengan pengganas ke apa-apa yang mencurigakan. Bila fikir balik tak apalah. Mungkin saja dia tersesat nak baca entri tulisan saya tentang benda yang dicarinya. Abaikan sahaja.

Mengikut kepada IP(internet protocol) yang dipaparkan. Saya pun tak berapa pasti adakah ianya IP dari negara Israel atau bukan. Mungkin boleh jadi ianya dari negara lain, dan oleh kerana pembaca tersebut bekerja atau buat support untuk syarikat yang beroprasi di Israel. Maka IP yang keluar dan dipaparkan di situ adalah dari negara Israel. Yang ini saya nak kena terang dengan lebih jelas pula. Mungkin anda yang berkerja di bidang IT lebih arif tantang penggunaan IP ini.
Blogku Di Baca Oleh Israel_peta
Kedudukan Israel
Sebenarnya dengan IP yang ada di dalam komputer kita hari ini membolehkan kita dikesan di mana kita berada. Sebab itulah jika satu-satu jenayah cyber dilakukan di internet. Pakar-pakar dalam bidang tersebut akan "trace" Ip dulu. Dari situ mereka boleh siasat pelaku jenayah cyber tersebut berada dan pastinya bagi " penggodam-penggodam " cyber yang hebat. IP ini akan dihapuskan jejaknya sebelum mereka meninggalkan kerja-kerja yang mereka buat. Yang ni kena cerita lain pula.

Jika anda pun nak tengok kehadiran pembaca sama ada yang tengah online mahupun yang dah lepas. Anda boleh masukkan widget "histats.com". Widget ini membolehkan ada melihat entri apa yang sedang dibaca, jangka masa yang mereka baca, jumlah pelawat yang sedang online dan bermacam-macam lagi. Ianya percuma, dan ada juga yang advance dan memerlukan anda keluar modal. Pada saya ini sudah cukup baik. Ia juga boleh mengira jumlah pelawat harain, bulanan dan keseluruhan berapa kali dah page entri dalam blog anda dibaca.

Jika nak berblog secara serius, anda perlu tahu semua ini dan mengetahui sebenarnya mudah melakukan perniagaan di internet. Dengan ini akan meningkatkan kualiti dan memperbaiki lagi apa yang patut pada blog dan perniagaan internet kesayangan anda. Jika nak masukkan widget tu mudah sahaja. Ada masa nanti saya kongsikan di dalam entri akan datang.

Dah daftar dengan AdvertorialMY ker? Jika belum boleh baca apa yang menariknya tentang " Buat Duit Dengan AdvertorialMY" . Selamat berusaha kawan-kawan.

9 Comments

  1. Bahaya juga kalau jejak kita boleh di kesan melalui IP addrs.bahaya jua updet cerita family, gmbr family risiko terdedah pada penjenayah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena berjaga-jaga juga dengan kes-kes cyber macam tu.

      Delete
  2. Dia nak tengok agaknya kenapa blogger2 di Malaysia benci sangat dengan kezaliman puak zionis tu..huhu

    ReplyDelete
  3. Apa yg dicari oleh Israel diblog PMDR ni ye..

    ReplyDelete
  4. wahh ye ke.... bio le dia tengok.. kot2 nak cari ilham ke? jgn mengintip udah...

    ReplyDelete
  5. Mungkin dia nak belajar cara buat duit dari rumah kot...hehe

    ReplyDelete
  6. teruja juga nk tau entry mana yang diterjahnya kan:-))

    ReplyDelete
  7. mungkin dia nak blajar bahasa melayu..kah3...israel laknatullah..

    ReplyDelete
  8. mungkin nak serang secara siber..takut juga tu

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.