Bonus Dari Tesco Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bonus Dari Tesco Malaysia. Tesco nak bagi duit raya. Macam tak percaya sahaja.
Tak kan mudah-mudah tak beli apa-apa tiba-tiba Tesco Malaysia nak bagi duit banyakkan. Percaya atau tidak boleh tengok email kat bawah ini. Jika di ikutkan mereka nak bagi RM300 ribu kepada saya. Banyak betul boleh beli rumah sebiji dengan duit sebanyak tu. Ini antara kandungan email tersebut:-

Hari Raya bonus Tesco Malaysia- tipu, jangan terpedaya

"" Hari Raya BONUS

Tesco Extra Malaysia
1081 Jalan Ipoh, 51200
Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tahniah Pemenang Dear dari Tesco Pengurusan Online dan Kakitangan !

Ini adalah untuk membawa kepada notis anda bahawa alamat e-mel anda telah dipilih secara rawak oleh Tesco Extra Syarikat Online dari Senarai Eksklusif pengguna e-mel internet 5,000,000 Juta alamat daripada individu dan entiti korporat memotong di seluruh rantau Asia Pasifik.

Alamat e-mel anda telah dianugerahkan storewide Tahun Baru Cina jumlah Promosi MYR 300,000.00 (Tiga Ratus Ribu Ringgit Malaysia). Ini Promosi storewide Tahun Baru Cina adalah sah di Malaysia , Singapura dan Australia sahaja.

Nota :: yang Tiada tiket telah dijual ! tidak Memenangi anda ialah: TES376/193 ; Bonus tiada : MY372/14 . Fail Tuntutan anda hari ini dengan menghantar butir-butir di bawah untuk memproses dana yang memenangi anda maklumat berikut ini :

Nama Kenalan: Abdul Aziz Osman
Hubungi E-mel: tesccostores@my0511.com

Nama Penuh:
Hubungi Alamat:
Alamat e-mel:
Nombor Telefon:

Tahniah dari Tesco Pengurusan Online dan Staf Malaysia.
Terma dan Syarat.
© Copyright 2014 Tesco Stores ( Malaysia) Sdn Bhd All Rights Reserved.

------------------------------

Bila saya terima email ini, rasa macam tak percaya, jadi saya cari sumber-sumber yang boleh di percayai. Alhamdulillah saya dapat jawapannya. Rupanya ini adalah antara email scam yang dilakukan oleh mereka-mereka yang nak mencari duit dengan cara mudah dan menipu. Mereka hantar email secara rawak kepada senarai email yang mereka ada. Jika ada yang berminat dan tak buat kajian tentang email tersebut mereka akan menjadi mangsa-mangsa kepada sendikit penipuan email scam ini.

Sebenarnya perkara ini telah disedari oleh pihak Tesco Malaysia. Pihak Tesco Malaysia telah mengeluarkan pemberitahuan tentang penipuan berkenaan di facbook Tesco malaysia. Berikut adalah pengesahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Tesco Malaysia:-
""
Pengesahan Pemberitahuan dari Tesco Maysia.
FaceBook Tesco Malaysia

[P E R H A T I A N]

Harap maklum bahawa terdapat emel SCAM yang diedar, menawar ganjaran HARI RAYA BONUS daripada ‘Tesco Extra Malaysia, Jalan Ipoh’. 

Kami ingin mengesahkan bahawa mesej itu TIDAK dihantar oleh Tesco dan ganjaran itu adalah TIDAK BENAR. Kami menasihatkan semua pelanggan untuk mengabaikan e-mel tersebut dan mengelak daripada menyerahkan maklumat peribadi yang diminta. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan yang ingin diajukan, sila hubungi hotline pelanggan kami di 1300-13-1313. 

----------------------------------------

[A T T E N T I O N]

It has come to our attention that an e-mail scam offering HARI RAYA BONUS rewards from “Tesco Extra Malaysia, Jalan Ipoh” is being circulated. 

We wish to confirm that Tesco DID NOT send the message and the reward is UNTRUE. We advise all our customers to stop forwarding such e-mails or messages, and to refrain from responding from emails that requires a submission or confirmation of your personal information. 

Should you have any inquiries regarding this matter, please feel free to contact our customer hotline at 1300-13-1313.
""

Kata orang sudah terang lagi bersuluh. Ini merupakan email scam yang nak menipu pengguna email di Malaysia. Di harap tak ada yang kena tipu dengan email "Hari Raya BONUS dari Tesco Malaysia" ini.

Tips mudah nak ketahui sesuatu email tersebut betul atau scam adalah seperti berikut:
1) Biasanya mengunakan nama-nama syarikat yang besar sebagai "sandaran" mereka.
2) Dapat hadiah beribu-ribu tanpa perlu buat apa-apa.
3) Email yang diberikan untuk dihubugi hanya dengan mengunakan email biasa seperti email gmail,yahoo atau email-email percuma. Dalam kes ini mereka guna email " tesccostores@my0511.com ". Nampak email yang digunakan adalah tidak "rasmi"

Semoga dengan sedikit panduan ini, kita pengguna di Malaysia tidak akan mudah tertipu lagi dengan email sebegini.

3 Comments

  1. Memang mudah terpedaya ni, nampak macam betul jer. Yg penting kita tidak terus teruja dan percaya. Ingat senang2 jer ke Tesco nak bagi bonus... hanya melalui e-mail. Harap2 tak delah yg terkena...
    Bagus entri ini utk pengetahuan dan sebaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan senang nak dapat duit free macam ini kan. Harap ramai yang tidak terkena dengan email penipuan macam ni.

      Delete
  2. owh ingatkan betul...baru nk tgk cara nk redeem mcm mana.hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.