Kerja Dekat Rumah Siapa Tak Sukakan?

Assalamualikum dan Salam Sejahtera
Kerja dekat rumah,siapa tak sukakan? Cuba tanya kawan-kawan pejabat kita. Kenapa mereka datang kerja disini sekarang. Pasti kita akan terima jawapan sebab di kampung atau di bandar mereka tinggal tak ada peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang mereka ada. Jika tak, pasti mereka dan mungkin termasuk kita juga nak kerja dekat dengan rumah kita.

Trend Bekerja Di Rumah, jobdirumah, Kerja dekat rumah siapa tak sukakan,
Trend Bekerja Di Rumah
Memang seronok dapat kerja di tempat sendiri. Dekat dengan ibubapa, kampung halaman, saudara mara dan mungkin dengan insan tersayang sakali. Jika ibu bapa atau saudara mara sakit tak sampai beberapa minit kita dah boleh sampai berjumpa mereka jika kita bekerja dekat dengan rumah.

   "Peluang bekerja di rumah didedahkan. Berpeluang mendapat RM500-RM1000 setiap minggu. Dengan kekosongan 10 ribu jawatan. Dapatkan maklumat lanjut di Portal Jobdirumah. Anda tidak perlu bersesak dijalan raya,buat kerja di rumah sahaja"

Tinggal di tempat sendiri pastinya kos hidup pun tidak tinggi berbanding dengan tinggal di bandar-badar besar terutamanya seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Baharu. Jika tinggal di Kuala Lumpur, sewa bilik sahaja dah boleh cecah RM300. Jika sewa rumah susah nak cari yang harga bawah RM500. Tambahan lagi jenis rumah yang berdekatan dengan pasar raya dan kemudahan awam seperti LRT dan sebagainya. Nak dapat RM500 tak dapatlah sekarang ni. Itulah hakikat yang perlu setiap orang daripada kita tanggung untuk berada atau bekerja di bandar-bandar besar.

Jika perbelanjaan rumah dah macam tu, belum masuk cerita bil elektrik dan bil-bil lain lagi. Bayaran pengawal kawasan taman perumahan, bayaran pengangkutan anak-anak nak ke sekolah lagi dan macam-macam nak bayar lagi.

Sebab itulah kita tengok, kebanyakan daripada rakan sekerja atau pun saudara mara kita yang dah pencen bekerja di bandar-bandar besar, mereka akan berhijrah atau buat rumah di kampung-kampung asal mereka. Kata mereka "pencen duduk kampung lagi best. Tak perlu nak peningkan kepala tinggal di bandar".

Bagi mereka-mereka yang dapat kerja tetap dan duduk di kampung adalah rahmat yang besar bagi mereka. Tak perlu nak fikir nak bayar bil yang pelbagai dengan menetap di bandar-bandar. Pergi kerja dan balik kerja jalan tak sesak, tak kena bayar tol yang banyak dan pelbagai lagi keselesaan yang ada. Belanja pasar pun rasanya tidak semahal dengan kita berbelanja pasar di bandar. Harga barang-barang keperluan di kampung jauh lebih murah daripada harga barang-barang di pasar di bandar.

Kepada yang masih mencari kerja dan berhasrat untuk tinggal di bandar. Saya rasa baik kita cuba cari kerja-kerja yang ada di kawasan kita tinggal dahulu. Jika tak ada baru boleh berkira-kira untuk bekerja di bandar dan kena rancang juga kos hidup kita di bandar. Dengan kadar gaji yang diberi kena campur tolak tambah bagi juga dengan kos tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan lain-lain lagi. Jika ok bolehlah berkira-kira nak mulakan hidup bekerja di bandar. Jika tak ok cari kerja sampingan dahulu sebelum dapat kerja yang kita inginkan.

Satu peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh mereka-mereka yang nak cari kerja tambahan atau pun yang ingin bekerja di kampung adalah dengan memohon kerja di dalam Portal Jobdirumah. Jobdirumah ini adalah portal kerja online. Kita daftar dan mohon kerja dalam jobdirumah. Bila kerja dah selesai kita akan dibayar upah seperti yag dijanjikan dari pihak majikan yang memberi kerja kepada kita. Jangan risau, Jobdirumah telah didaftarkan dibawah Persatuan Usahawan Internet MALAYSIA (PUIM) oleh Syarikat Kliks Solution. Tidak ada penipuan di dalam jobdirumah. Saya pun dapat macam-macam kerja melalui Portal Jobdirumah ini. Jika anda berminat. Boleh rujuk di Portal Jobdirumah ini.

Persatuan Usahawan Internet MALAYSIA (PUIM)
Persatuan Usahawan Internet MALAYSIA (PUIM)
Lagi dekat dengan rumah. Lagi selesa kita bekerja. Kitalah bos dan pekerjanya. Buat kerja ikut masa yang kita ada. Selamat berusaha kawan-kawan. Dapatkan peluang bekerja di Portal Jobdirumah hari ini.

21 Comments

  1. alhamdulillah..bila pelangan dah kenal kita, sgt mudahnya..tggu org cll aje..nak menempah..

    kalau kat kmpung pacak aje payung buatlah apa pun..org kampung kenalah kreatif sikit...

    ReplyDelete
  2. great piece of sharing, ambition satu hari nanti nak jadi fulltime blogger boleh??? kerja dari rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh insyallah jika kena dengan caranya. Kerja di rumah memang seronok.

      Delete
  3. kalau ada kemahiran.. kerja di rumah pon boleh senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Akak Izan. senang jika kita bekerja di rumah.

      Delete
  4. memang best kerja dari rumah, takdelah stress nak menghadap jalan yang sesak. Jimat duit petrol kan...hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puteri. Memang best bekerja dari rumah. Selamat dari nak bersesak, jimat petrol. Kerja dalam keadaan yang kita suka. :-)

      Delete
  5. Tahniah!...semoga terus berjaya...seronok dengarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bunda. Boleh tambah pendapatan jika sertai jobdirumah. Nanti Bunda boleh dapat juga hasilnya.

      Delete
  6. betol tu.. kerja dirumah sndiri lg senang.. tk payah susah2 kan..best je dengar..
    tahniah juga..smoga sntiasa sukses..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak Mama saly. Memang best bekerja dirumah jika kita ikut panduan yang betul. Boleh cuba juga akak.

      Delete
  7. belum buat lagi tapi ia pasti mendatangkan lumayan yang besar

    ReplyDelete
  8. Anonymous24.2.14

    kalau boleh sapa yang x nak kan ! in shaa allah stu hari nanti !

    ReplyDelete
  9. oo..ada persatuan berdaftar lagi..bagus nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Akak. Boleh cuba untuk tambahkan pendapatan kita.

      Delete
  10. akk masih tercari2 nak buat job apa lpas ikut suami nti..huk3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat kerja dalam jobdirumah akak. Macam-macam kerja ada.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.