Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah. Bila tiba cuti sekolah antara perkara yang seronok dibuat selain balik kampung adalah pergi bercuti. Betul tak? Anak-anak jika cuti sekolah panjang macam ni mesti nak ajak mak ayah bercuti atau pun balik kampung.

Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah
Tawaran Separuh Harga Agoda Masa Cuti Sekolah

Walaupun kadang-kadang dikampung dah tak ada datuk dan nenek mereka. Tapi dapat merasa angin dan suasana kampung memang seronok. Saje nak lari dari kesibukan kota dan suasana terperap di rumah sambil tengok tv, main game tak pun baca novel. Jika yang lelaki cuti sekolah main futsal dan main macam-macam lagi dengan kawan-kawan mereka. Macam nilah gayanya anak-anak bila cuti sekolah.

Ada juga dikalangan ibu bapa yang hantar anak pergi kem motivasi pihak sekolah atau jawatankuasa surau mahupun taman yang anjurkan. Tak pun pergi lawatan sambil belajar dan macam-macam aktiviti lagi. Biasanya program macam ni tak lama. Paling lama pun satu minggu atau dua minggu sahaja, selebihnya anak-anak akan buat aktiviti biasa makan, tidur, tengok tv, main dan perkara-perkara yang sama waktu dengnnya.

Jika ibu ayah cikgu atau suri rumah insyallah mudah nak pantau anak-anak sebab ibu bapa cuti sama. Tapi jika tak, anak-anak akan buat aktiviti sendiri nak habiskan masa satu hari dan seterusnya sampai habis cuti sekolah.

Bawalah Anak-Anak Anda Bercuti
Kadang-kadang kasihan juga bila lihat anak-anak yang ibu bapa sibuk dengan urusan kerja. Siang malam pagi petang dengan kerja. Kadang-kadang sampai tak ada masa nak tengok anak.

Ada baiknya sebagai ibu bapa buat perancangan yang baik untuk cuti sekolah anak-anak kali ni.

Antara perkara yang menarik bagi mengisi masa lapang anak-anak anda semasa cuti sekolah ini dengan membawa anak-anak pergi melancong. Lapangkan sedikit masa anda dengan menghabiskan saki baki cuti tahun anda dengan membawa anak-anak melancong ke tempat-tempat yang menarik di negara kita. Banyak tempat menarik boleh dilawati seperti ke pulau atau ke pantai-pantai.

Mesti semua anak-anak akan bergembira dengan cadangan melancong macam ni. Tanyalah mereka tempat-tempat yang ingin mereka lawati dan rancang sebaiknya percutian anda sekeluarga.

Tawaran Baik Agoda Separuh Harga
Sempena musim cuti sekolah pada tahun ini. Laman web tempahan hotel online Agoda ada membuat tawaran potongan harga yang terhebat. Mereka nak bagi tawaran separuh harga sempena cuti sekolah 2015 bagi anda yang membuat tempahan hotel di laman  web mereka.

Saya sendiri pernah membuat tempahan hotel di Agoda ke Cherating Pahang. Boleh baca review saya ini " Review Suria Cherating Beach Resort " Perkhidmatannya memang terbaik. Sesuai untuk mereka-mereka yang nak buat percutian bajet pada musim cuti kali ni.

Suria Cherating Beach Resort yang pergi hari tu..
Bila tawaran macam ni mestilah jadi macam 'goreng pisang panas' tempahan hotel kat Agoda kali ni. Bagi anda yang rasa-rasa nak cari  hotel murah dan bajet untuk percutian anda mahupun keluarga. Saya galakan anda membuat tempahan sekarang.

Semua ini hanya untuk mereka-merek yang cepat ambil peluang. Bagi yang lambat nampaknya gigit jari ajelah.

Jika anda rasa nak pergi mana-mana sempena cuti sekolah ini. Cari dan tempahlah hotel anda dengan tawaran separuh harga Agoda ini. Insyallah anda akan berpuas hati.

Tawaran masih dibuka. Buatlah tempahan sekarang. Tawaran Separuh Harga Agoda Cuti Sekolah (klik sini)

Anda boleh masukkan destinasi dan tarikh yang anda inginkan. Agoda akan bagi cadangan senarai hotel untuk anda. Boleh buat tempahan disini--->> Tawaran Separuh Harga Agoda Cuti Sekolah (klik sini)

Selamat bercuti-cuti Malaysia. Sekali sekala raikan keluarga tercinta dengan bercuti-cuti memang terbaik.

19 Comments

  1. Saya tak pernah guna Agoda, atau Booking.com...
    Nak cuba nasib la...mana lah tau ada bilik yg kosong lagi sempena tawaran tu kan....hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba doc. Banyak tawaran yang menarik cuti sekolah ni.

      Delete
  2. memang biasa guna agoda. banyak boleh jimat. cuma nak cari masa untuk bercuti tu je yang mencabar sikit. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya suka guna agoda. Bagus lah akak nak bawa keluarga bercuti sambil-sambil rehatkan minda.

      Delete
  3. apa strategi agoda nih.. memang terbaik buleh diskaun banding walk-in gitu jer terus ke hotel...jauh beza harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Baik tempah siap-siap sebelum pergi. Tak ada nanti tercari-cari hotel bila sampai tempat nak bercuti. Boleh cuba sal.

      Delete
  4. Knor main terjah jer...ada juga guna sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agoda ni pada saya bagus. Dia banyak bagi pekej hotel yang sesuai dengan percutian bajet. Boleh cuba jika nak bercuti kemana-mana sekarang. Tengah tawaran harga baik sekarang ni.

      Delete
  5. Kakak ni bab booking biasa serah pada anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak boleh pilih mana yang berkenankan kakak.

      Delete
  6. saya belum pernah lagi guna agoda, selalunya guna booking.com je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna agoda best. Banyak tawaran harga yang dibuat.

      Delete
  7. best juga ni ada half price

    ReplyDelete
  8. sy selalu guna booking.com sbb suka bila part pay later tu hahahaha

    ReplyDelete
  9. Memang tengah mencari ni PM.....tp hotel semua penuh. Tulah suka sangat last minit booking... Bagus jugak ada info ni.

    ReplyDelete
  10. Memang tengah mencari ni PM.....tp hotel semua penuh. Tulah suka sangat last minit booking... Bagus jugak ada info ni.

    ReplyDelete
  11. Kalo ke Indonesia.. Liburannya di Lambang Bandung Aja.. dan tawaran menarik untuk penginapannya menginap di Villa Aja.. Harganya tidak mahal... Nama Villa nya Villa Istana Bunga.
    Silahkan Klik Website Kami Untuk informasi Lebih detail.
    Salam Hangat dan Jabat Erat Selalu
    Villa Istana Bunga

    ReplyDelete
  12. Kalo ke Indonesia.. Liburannya di Lambang Bandung Aja.. dan tawaran menarik untuk penginapannya menginap di Villa Aja.. Harganya tidak mahal... Nama Villa nya Villa Istana Bunga.
    Silahkan Klik Website Kami Untuk informasi Lebih detail.
    Salam Hangat dan Jabat Erat Selalu
    Villa Istana Bunga

    ReplyDelete
  13. Pernah juga booking hotel guna Agoda... Dapat rate murah dari biasa...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.