Review Suria Cherating Beach Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Review Suria Cherating Beach Resort. Pernah dengar tak tentang tempat ni. Suria Cherating Beach Resort ini terletak di Cherating Negeri Pahang Darul Makmur. Sebenarnya atas urusan kerja saya dan juga pergi jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Kira dua-dua dapat buat. Kerja dan sambil tu bercuti-cuti juga.

Suria Cherating Beach Resort
Suria Cherating Beach Resort yang mendamaikan.
Seronok pergi Suria Cherating Beach Resort ni. Rasa kedamaiannya dan tenang macam tu, jauh dari hiruk pikuk kota. Kawasan pantainya yang cantik, siapa tak suka kan. Tempatnya bersih dan mendamaikan. Antara tempat menarik yang boleh dilawati apabila tiba di Cherating Pahang.

Dari sini jika nak ke Terengganu dah tak jauh. Nak pergi cari keropok keping, keropok lekor, satar ikan dan macam-macam hasil laut dah tak jauh. Dari sini juga boleh ke tempat pemeliharaan penyu sambil jalan-jalan tengok penyu jika berkesempatan dengan sedikit bayaran. Memang seronok jika nak jadikan salah satu tempat percutian keluarga atau nak berbulan madu.hehehe.

Suria Cherating Beach Resort
Penyu pun ada
Jika nak pergi ke Suria Cherating Beach Resort tak adalah susah. Jika dari Kuala Lumpur guna Highway LPT dan keluar ikut Simpang Jabor. Simpang masuk hotel ini selepas hentian rehat Cherating simpang belah kanan sebelum sampai ke pintu masuk Kemaman. Tempat parkingnya luas. Boleh aje jika nak datang banyak kereta. Ramai juga yang jadikan Suria Cherating Beach Resort sebagai tempat untuk family day jabatan, kursus dan macam-macam lagi. Kemudahan dewan dan ruang makan memang menarik dan sesuai untuk aktiviti tersebut.

Datang sini jika dapat duduk bilik Deluxe Sea Front memang best. Bukan setakat biliknya luas dan selesa malah mengadap pantai gitu. Sebelum laut ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi dari bilik kita boleh lihat pemandangan yang indah. Bila waktu malam boleh dengar ombak berderu. Memang seronok.

Suria Cherating Beach Resort
Dari bilik boleh tengok pantai
Kolam renang kat sini cantik dan luas untuk anak-anak mandi manda. Bagi ibu bapa yang nak join sekali pun ada disediakan kolam bersebelahan kolam kanak-kanak. Boleh sewa pelampung, jika tak nak sewa, beli siap-siap kat kedai diluar Suria Cherating Beach Resort. Tuala mandi disediakan secara percuma. Minta aje, mereka akan bagi.

Suria Cherating Beach Resort
Kolam mandi
Kemudahan shower juga disediakan bagi yang nak bilas mandi dengan air paip selepas mandi kolam mahupun laut. Jika nak rasa air masin pantai pula, jalan kaki sikit dah sampai pantai. Pantainya agak sunyi sebab bukan pantai terbuka. Maksudnya jika kita bermalam di Suria Cherating Beach Resort, kita boleh mandi di pantai situ aje. Kalau rajin boleh menapak sejauh mungkin sebab pantainya terbuka.Jika nak mandi laut tengok ombak juga. Keselamatan bergantung kepada diri sendiri. Bagi yang minat memancing jangan lupa bawa joran.

Suria Cherating Beach Resort
Rehat sekejap ambil angin pantai
Suria Cherating Beach Resort
Rehat tepi pantai Suria Cherating Beach Resort
Kemudahan tempat makan juga disediakan. cantik dan selesa. Saya makan sikit-sikit aje sini. Kami banyak makan diluar jalan-jalan cari makan. Datang kawasan berdekatan laut, cari kedai-kedai makanan laut lagi sedap dan pelbagai.

Tempat makan yang selesa
Kemudahan Dalam Bilik Hotel Suria Cherating Beach Resort

Di bilik hotel Suria Cherating Beach Resort banyak kemudahan disediakan antaranya biliknya berhawa dingin, TV, Astro, Coffee/Tea maker, Ironing board, tandas dan tab mandi, Keselamatan, IDD telephone, Wireless internet pun laju, meja tulis dan kerusi, Hair dryer, safety box dan macam-macam lagi. Biliknya pun selesa yang amat.

Suria Cherating Beach Resort
Bilik Suria Cherating Beach Resort
Jika anda nak datang bercuti di cherating ni, saya cadangkan anda boleh rehatkan diri di sini kena angin pantai. Lagi senang nak tempah hotel cara bajet ni guna website Agoda yang menyediakan kemudahan tempahan online bajet. Dari sini boleh jimatkan masa dan wang anda. Untuk tempahan anda boleh buat disini--> Booking Online Hotel Suria Cherating Beach Resort

Selamat bercuti kawan-kawan.

14 Comments

  1. Amboi.....sambil menyelam minum air nampak hihi....

    Subhanallah, cantiknyaaa
    Lama dah saya tak berjalan jalan hala Terengganu ni PM....Memang ada dlm perancangan tp entah bila le. Dengan emak ayah mertua dan mak sendiri yang uzur, rasa bersalah pulak nak berjalan jauh!

    Sebenarnya saya mengidam nak makan sata, seafood celup tepung, kopok leko tepi pantai....boleh gitu? Hihi..... tp serious saya mmg rindu nak makan tu semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. jaga mereka lagi utama.
      Insyallah nanti ada rezeki dan kelapangan sampai juga kesana. Seronok jalan-jalan rehatkan diri di sana.

      Delete
  2. Menarik... terima kasih atas review nie... Ada masa nanti boleh check in disini pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Yea nanti boleh pergi, insyallah puas hati. tempatnya cantik sesuai untuk merehatkan diri.

      Delete
  3. Waaahh... menggamit keinginan kakak untuk menikmati sama apa yg digambarkan.
    Kakak tak pernah sampai sana lagi tau.
    Harap satu hari kakak dan keluarga boleh jejak sana.
    Nampak mendamaikan sungguh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Kak. Jika nak bawa anak-anak masa cuti sekolah paling sesuai. Boleh tempah awal dan berjimat dari jalan-jalan ke luar negara. Mesti anak-anak suka pergi tempat macam ni.

      Delete
  4. cozy dan nyaman ., x silang kaki ke mak pokok tuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyaman menjadi keutamaan. Sedap sekali sekala merasa suasana pantai yang mendamaikan.

      Delete
  5. ni yg r s nk g cherating skrg jg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..boleh pergi tempat ni jika nak merasa suasana santai berehat ditepi pantai. Nak cari makanan laut pun menarik kat sini. Jom pergi cherating.

      Delete
  6. aduhh teruja nya kaknoor nk pergi jugak ni cantik sngtt cherating ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi kaknoor. Rehat-rehatkan diri seronok sikit. Tempatnya memang cantik untuk keluarga santai-santai.

      Delete
  7. Assalam. Suria bes.. pagi2 bangun jalan susur pantai pernah terjumpa penyu bertelur. Syukur Allah bagi peluang tengok free. Yg best lg di Cherating gerai sata pakcik Satar.. sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok bercuti dan bermalam di uria Cherating Beach Resort ni. Ada rezeki saya pun nak singgah lagi sini.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.