Apa Nak Buat Bila 12 Tol Di Lebuh Raya Naik?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa Nak Buat Bila 12 Tol Di Lebuh Raya Naik? Sekarang riuh rendah sekejap, pengguna jalan raya terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang dengan kenaikan tol di 12 lebuhraya yang naik dengan agak tinggi. Semua kenaikan bermula pada 15 hb Oktober 2015 lepas.

Apa Nak Buat Bila 12 Tol Di Lebuh Raya Naik
Apa Nak Buat Bila 12 Tol Di Lebuh Raya Naik?
Berikut senarai kenaikan kesemua 12 lebuhraya yang saya maksudkan:-

Kuala Lumpur Karak (KLK)
Plaza Tol Gombak akan naik kepada RM6 dari RM5
Plaza Tol Bentong jadi RM3.50 dari RM3 sekarang.
Maju Expressway (MEX)
Plaza Tol Salak Selatan naik ke RM2 dari RM1
Plaza Tol Putrajaya naik ke RM3.50 dari RM2.5
Kajang-Silk naik ke RM1.80 dari RM1
DUKE naik ke RM2.50 dari RM2
SMART Tunnel naik ke RM3 dari RM2
Akleh (Ampang-KL Elevated Highway) naik ke RM2.50 dari RM1.50
NPE naik jadi RM2.30 dari RM1.60
LATAR (KL- Kuala Selangor) naik ke RM2.50 dari RM2
Besraya (Sg Besi Highway) naik kepada RM2.00 dari RM1.30
Guthrie Corridor naik jadi RM1.90 dari RM1.40
LKSA (Kemuning - Shah Alam
Plaza Seri Muda naik jadi RM1.70 dari RM1.20
Plaza Alam Impian naik jadi RM0.90 dari RM0.60
LEKAS naik juga:
Tol Semenyih naik jadi RM1.30 dari RM1.10
Tol Kajang Selatan naik ke RM1.30 dari RM1.10
Tol Pajam naik jadi RM3.40 dari RM2.30
Tol Mantin naik jadi RM4.80 dari RM4
Tol Setul naik ke RM6 dari RM4.90

Macam mana dengan anda? ada tak antara lebuhraya di atas yang anda guna. Jika ada anda dah kena kira balik bajet perbelanjaan harian dan bulanan yang perlu ditambah dengan kenaikan harga tol yang terbaru ini.

Saya tak nak cerita lebih-lebih, cuma diri saya sendiri ada terkesan juga dengan kenaikan harga tol yang baru ini. Dah kerja di Lembah Klang, pusing sana pusing sini masuk juga tol-tol tersebut.

Jika naik moto ok sikit, tapi walaupun naik moto, ada ketikanya guna juga kenderaan tayar empat nak lalu lalang kawasan sana. Apa nak buat, terpaksa terima dengan hati yang terbuka.

Lepas satu-satu benda yang naik harga. Bila tol naik adakah barang-barang lain akan naik juga. Harapnya tak naik, cuma kita boleh sama-sama tunggu dan lihat di kemudian hari.

Apa Nak Buat Bila Tol Naik Harga?

Apa yang nak buat yea? Nak pergi buat bantahan depan tol. Macam buang masa dan tenaga aje. Nanti tak pasai-pasai tak tidur rumah malam tu. Kena faham-faham lah, negara kita ada undang-undang. Kena patuhi arahan yang dikeluarkan.

Cadangan saya bila berlaku macam ni. Bagi anda yang rasa boleh ubah, boleh naik moto atau kenderaan awam jika nak ke tempat kerja. Insyallah dah tak perlu bayar tol.

Jika terpaksa guna juga pandai-pandailah berjimat cermat dan uruskan balik bajet kewangan anda. Ada masa, boleh buat kerja-kerja part time sabtu ahad ker bagi menambahkan balik duit poket anda. Tak pun buat kerja sampingan selepas waktu pejabat apa-apa yang boleh.

Bagi anda yang rasa rajin nak memasak, boleh buat bisnes cupcake dari rumah. Jika sedap boleh dipasarkan jualan cupcake tersebut di tempat anda bekerja.

Dah bila tol naik ni jangan pula memandu ikut suka hati aje. Ikutlah perturan jalan raya dengan sebaiknya. Jika anda langgar peraturan jalan raya, ditakuti nanti tak pasai-pasai kena saman pula. Kena selalu ingat cara-cara anda memandu masa nak ambil lesen dulu. Insyallah baca doa masa memandu, perjalanan anda akan selamat.

Bagi anda yang nak tambah pendapatan, saya cadangkan anda sertai Portal Kerja Online Jobdirumah. Banyak peluang kerja online yang anda boleh buat insyallah dan ianya dapat menjana pendapatan sampingan kepada diri anda. Berminat! boleh dapatkan maklumatnya di sini--> Portal Jobdirumah. (klik sini)

Oklah, nanti ada masa saya kongsikan lagi peluang dan cara-cara nak tambahkan pendapatan seharian kita semua. Apa yang saya kongsikan di atas anda boleh cuba. Insyallah dapatlah menampung sedikit sebanyak kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni.

Usaha tangga kejayaan!

9 Comments

  1. Apa nak buat lgi...
    Kena byr dgn ikhlas..klu tk ikhlas hidup tk berkat,jenuh mncari kt sana esok..

    Ujian hidup..redha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian dari Allah untuk kita semua. Setiap kita dan mereka diuji Allah.

      Delete
  2. Memang kena tambah pendapatan untuk atasi kenaikan kos untuk pengangkuta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena tambah pendapatan untuk menampung kenaikan harga macam ni.

      Delete
  3. Rakyat kena kerja lebih keras
    Buat itu-ini sampai ada yang kelihatan tak ada masa rehat demi menampung keperluan
    Sedihlah juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea akak. Rakyat tersepit. Nak tak nak kena teruskan juga kehidupan.

      Delete
  4. Nak menjual kek tu yg tak berapa nak confident tu hihi......Masalahnya takut tekak sendiri jer rasa sedap hihi.....

    Nak buat mana dah nak naik, dah mmg kita duk dlm Malaysia, hadap jerlah....hadam jerlah.....

    ReplyDelete
  5. dok kt KL ni mmg kena bertabah..bkn takat tol je... haiiiiiii

    ReplyDelete
  6. Tok Menteri kata... Jangan guna jalan yang ada tol... highway tu untuk orang yang mampu bayar jer... Yang mampu tu... pandai-pandai cari jalan lain yang tak ada tol... itu tok menteri yang bagi tau...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.