Jemputan Rumah Terbuka Raya dan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jemputan Rumah Terbuka Raya dan Kenduri Kahwin.Minggu ni adalah minggu-minggu terakhir bulan syawal. Sepanjang bulan syawal tahun ni banyak pula dapat jemputan rumah terbuka raya dari saudara mara dan kawan-kawan. Jemputan kenduri kahwin dari saudara dan kawan-kawan yang baru nak mendirikan rumah tangga tidak ketinggalan. Sama meriah rumah terbuka dan kenduri kahwin pada tahun ni. Boleh dikatakan setiap hari minggu ada aje jemputan.

Jemputan Rumah Terbuka Raya dan Kenduri Kahwin
Jemputan Rumah Terbuka Raya dan Kenduri Kahwin - sumber gambar
Nak tak nak kena hadir mana-mana yang sempat dan sesuai dengan keadaan masa dan acaranya. Mana yang tak sempat saya doakan dari jauh aje. Semoga majlis yang mereka buat dimudahkan urusan dan diberkati Allah SWT.

Seronok pergi rumah terbuka raya dan kenduri kahwin ni. Acara makan-makan tu dah jadi acara no satu dah. Ada macam-macam hidangan bila pergi rumah terbuka raya. Kuih raya dari yang biasa makan dan ada juga yang tak biasa makan semua ada. Rendang, ketupat, satay, cupcake dan macam-macam lagi hidangan yang tuan rumah sajikan. Pendek kata pergi sana jangan makan apa-apa dulu kat rumah. Sampai sana boleh makan dengan gembira dan riang gitu..hohohoho.

Bagi kenduri kahwin pula biasalah, ada yang hidangkan nasi beryani,nasi minyak dan macam-macam jenis nasi lagi. Kuih raya pun tidak ketinggalan. Ada lagi biskut raya, sebab kenduri kahwin dalam musim raya. Jadi kuih raya masih ada di atas meje tempat tetamu datang menjamu selera. Bila pergi kenduri kahwin aiskrim banyak tempat yang ada. Dah jadi trend sekarang dah, jika tak ada aiskrim mesti ada cendol. Jika tak ada dua-dua ni mesti tuan rumah sediakan air balang yang bermacam-macam jenis ada. Sedap menjamu perut bila dapat pekena benda ni.

[+]Bisnes Aiskrim Part Time (klik sini)
[+]Bisnes Air Balang Mudah (klik sini)
[+]Bisnes Burger  Mudah (klik sini)

Walaupun acara makan-makan ni jadi acara no satu. Tapi rasanya tujuan utama setiap kita yang pergi rumah terbuka dan kenduri kahwin ni satu aje. Nak eratkan hubungan silaturahim. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang terjalin utuh tersebut dapat dieratkan lagi bila dapat hadir ke jemputan sebegini. Bila pergi sana dapat juga kenal-kenal saudara yang jauh-jauh. Nak jumpa dah jarang sangat. Jadi bila pergi ke jemputan macam ni insayallah boleh jumpa dan berkenalan. Menghubungkan silaturahim ni boleh murah rezeki tau. Jika rasa rezeki kita sempit, selalu-selalulah hubungkan jalinan silaturahim. Insyallah urusan rezeki kita akan dipermudahkan Allah SWT.


Kepada saudara mara dan sahabat handai yang menjemput saya hadir ke kenduri kahwin dan rumah terbuka hari tu saya ucapkan terima kasih. Semoga ukwah yang terjalin antara kita akan berterusan. Semoga Allah merahmati kita semua.
p/s:Esok hari terakhir syawal! Tahniah bagi yang habis puasa 6 syawal.

16 Comments

  1. Betul tu PM selain seronok makan macam macam dapat jugak mendekatkan yg jauh, menjalinkan ukhwah sesama kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Ukhwah yang terjalin itu lebih penting. Makan ni sambil-sambil aje. Seronok bila pergi rumah terbuka jumpa kawan dan saudara yang dah lama tak jumpa. Macam-macam cerita.

      Delete
  2. raya merapatkan silaturrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silaturrahim boleh kekal sampai ke syurga.

      Delete
    2. insyAllah tuan

      Delete
    3. Semoga beroleh kebaikan dengan jalinan silaturahim yang utuh tersebut.

      Delete
  3. kalau bt sekaligus dua majis tu mmg double meriah... meriah ngn makanan n tetamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga yang ambil peluang raya ni buat kenduri kahwin. Senang nak berkumpul dan berjumpa. Memang meriah jadinya bila buat sekali.

      Delete
  4. Selain meriah kalau majlis diraikan di bulan syawal, ramai yg dpt berkunjung.
    Sebab itu ramai yg menjadikan syawal utk menikah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Bulan yang ramai kawan-kawan kita kahwin selepas cuti sekolah.

      Delete
  5. time open house ni lah baru nak jumpa kawan espeically housewife macam saya ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jumpa kawan-kawan lama. Macam-macam cerita yang keluar walaupun sekejap aje berjumpa.

      Delete
  6. sambutan raya dan kenduri kawen memang lah majlis yg selalu di nantikan olih kita..selain dpt berjumpa sanak saudara rakan taulan yg lama tak jumpa..dpt juga kita bergaya sekali sekala..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergaya itu yang penting. Boleh ambil peluang nak bergaya sekali sekala bila ada majlis kahwin. Mesti meriah akak kan.

      Delete
  7. time2 raya or kenduri makan tu yg plg best ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan salah satu yang best. Jumpa geng lama lagi best sambil makan-makan tu.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.