Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil. Yea jual aiskrim aje boleh jadi jutawan. Macam tak percaya pun ada. Sememangnya rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita banyak. Cuma bergantung kepada diri seseorang. Sama ada nak atau tidak. Sama ada rajin atau malas. Sama ada nak cuba atau tengok aje orang lain berjaya.

Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil, Jutawan aiskrim, Bisnes Aiskrim,
Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil
Jika kita tengok berniaga aiskrim ni macam lekeh aje. Berapa sen sangatlah yang boleh dapat dari bisnes aiskrim tu. Duduk aje. Orang datang bagi aiskrim dapat seringgit dua ringgit aje. Boleh jadi kaya ker macam tu. Nak jadi jutawan aiskrim lagi mustahilah kan.

Ini antara tanggapan masyarakat kita kepada mereka-mereka yang jual dan berniaga aiskrim tepi jalan. Buat bisnes aiskrim masa kenduri kahwin. Jual aiskrim keliling taman naik motor dan macam-macam lagi.

Kisah Kejayaan Jutawan Asikrim
Saya nak kongsikan beberapa contoh mereka yang telah berjaya dan meraih pendapatan yang lumayan dengan bisnes aiskrim ni. Mungkin mereka antara jutawan senyap di negara kita yang layak digelar jutawan aiskrim.

Kisah 1: Saudara Malik Mizan merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Berniaga sendiri aiskrim dan juga membuka perniagaan ala francis kepada sesiapa sahaja yang berminat. Berniaga di tempat tumpuan orang ramai dan memperolehi pendapatan sehingga RM100-RM300 sehari. Jika hari cuti boleh sampai ke RM400-RM500. Aiskrim yang dibuatnya mendapat pengiktirafan sijil Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Aiskrimnya juga banyak mendapat tempahan dari orang perseorangan dan syarikat yang ingin menghidangkan juadah aiskrim kepada tetamu mereka.sumber

Kisah 2: Saudara Rosdiadi Ramli. Sebelum berusaha  mandapat gelaran Jutawan Aiskrim ni beliau bekerja sebagai seorang Jurutera. Percaya dengan konsep 9/10 sember rezeki dengan berniaga. Beliau berjinak-jinak dengan perniagaan aiskrim. Bila dah rasa perniagaan tersebut membuahkan hasil. Beliau berhenti dari tugas seorang jurutera dan menjadi seorang peniaga aiskrim yang berjaya. Pernah juga berniaga kuih muih tetapi tidak berjaya. Perniagaan aiskrim dimulakan secara kecil-kecilan di dapur rumah dengan modal yang kecil daripada hasil jualan pasar ramadhan, pasar-pasar malam, di depan sekolah dan beberapa ekspo sekitar kawasannya.

Setelah lama berusaha mengharungi berbagai ujian akhirnya beliau bertekad membuka kilang pengeluaran sendiri. Dapur yang selama ini menjadi rakan karib ditinggalkan untuk membuka pengeluaran lebih besar lagi.Kini beliau mempunyai 8 agen seluruh Malaysia dan dijangka meningkat sehingga 20 agen lagi. Berjaya membuka 2 outlet SUPER PREMIUM aiskrim dan 1 kiosk aiskrim jenamanya. Kini pendapatan juga berubah daripada RM500 sewaktu awal berniaga dan sekarang ini mampu mencecah RM20,000 sebulan serta beberapa prospek perniagaan yang bernilai ratusan ribu.

Dua kisah yang saya kongsikan di atas merupakan antara puluhan kisah-kisah jutawan aiskrim di negara kita. Mungkin mereka tidak se'gah' seperti nama-nama besar aiskrim ternama yang kita lihat di hentian rehat atau di dalam peti aiskrim di kedai-kedai yang biasa kita beli. Tak ada juga iklan-iklan menarik seperti iklan produk aiskrim di kaca tv kita. Tetapi mereka juga antara mereka-mereka yang kedepan dalam bisnes aiskrim ini.

Cara Mudah Nak Belajar Buat Bisnes Aiskrim
Nak berjaya dengan bisnes aiskrim ni tak susah sebenarnya. Apa yang penting ada semangat untuk belajar dan berusaha. Anak kepada Dato' Rusly atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang menjadi penulis buku BestSeller "Jutawan Senyap" ada memberi perkongsian dan panduan lengkap macam mana nak memulakan dan berjaya dengan bisnes aiskrim ni. Nak jadi jutawan aiskrim adakah ianya mustahil akan terjawap dengan perkongsian beliau.

Di dalam Panduan Bisnes Aiskrim ini juga diajarkan langkah dari A hingga Z cara, nak buat asikrim, carta alir mana yang perlu di dahulu dan dikemudiankan di dalam bisnes aiskrim ni, jual aiskrim dengan menjana RM5K Sebulan, perkongsian promosi, resepi aiskrim sedap dan laku 'keras' serta macam-macam lagi. Bersama ini juga diberikan ebook bonus '5 Jenis Aiskrim! Mana Yang Paling Untung'.

Jika anda berminat nak tahu perkara ni. Boleh rujuk Panduan Bisnes Aiskrim  RM5K Sebulan atau klik benner dibawah.


Kini lebih mudah nak menjadi jutawan aiskrim. Selamat berjaya!

20 Comments

  1. rezeki dari Allah..asalkan kita mahu berusaha, inshaAllah akan ada rezeki untuk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh berjaya dengan jual aiskrim jika kena dengan caranya.

      Delete
  2. segalanya mungkin jnji kita berusaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak Nor. Jika rajin berusaha tak mustahil nak jadi jutawan aiskrim macam mereka juga.

      Delete
  3. kagum dengan semangat mereka. Janji Allah pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap lebih ramai orang kita yang berjaya dalam bisnes aiskrim. Tak ada rasa was-was nak beli aiskrim jika ramai orang kita yang jalankan bisnes aiskrim ni.

      Delete
    2. mudah2an mereka berjaya

      Delete
  4. rezeki allah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadi jutawan aiskrim. Rezeki buat mereka yang rajin berusaha.

      Delete
  5. Tak mustahil boleh menjadi jutawan dengan jualan aiskrim sebab ramai yang berjaya dalam bisnes ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nor. Ramai yang berjaya dengan bisnes aiskrim. Aiskrim tak kira siapa, semua minat nak merasa.

      Delete
  6. Berniaga apa-apa pun boleh jadi jutawan, yang penting halal =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halal tu tuntutan yang paling utama bila buat bisnes. Nak jadi jutawan aiskrim tak jadi masalah jika semuanya betulkan.

      Delete
  7. tak ada yang mustahil. kena rajin je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Jika rajin berusaha tak mustahil nak jadi jutawan aiskrim macam mereka ni juga.

      Delete
  8. Memang kagum dgn mereka yg cekal dan sudah berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakak. Tengok orang berjaya boleh membuatkan kita juga bersemangat untuk berjaya sama. Nak jadi jutawan aiskrim macam ni tak mustahil jika rajin belajar dan berusaha.

      Delete
  9. asha pun bru duk plan nak buat bisnes aiskrim...

    kak bla result segmen dua kerja apa kata blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba buat bisnes aiskrim Acu

      ps: Segmen tu insyallah saya akan umumkan minggu ini. Harap bersabar yea.

      Delete
  10. Sedapnya aiskrimmmm

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.