Tiada Lagi Masa Lenggang Kangkung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tiada Lagi Masa Lenggang Kangkung. Masa lenggang kangkung. Masa apa tu?

Masih bermain lagi di kepala. Waktu belajar kat universiti dulu. Biasalah budak universiti, pergi kelas jalan bawa buku sebiji dua aje. Buku nota untuk buat catatan apa-apa ilmu dan maklumat yang akan pensyarah nak sampaikan. Itu aje.

Tiada Lagi Masa Lenggang Kangkung
Tiada Lagi Masa Lenggang Kangkung- sumber gambar
Selebihnya bawa badan dan benda-benda yang tak sepatutnya bawa. Kebanyakan pelajar macam tu, tapi ada juga yang jenis bawa buku banyak-banyak. Agaknya di nak jumpa pensyarah kot. Nak tunjukan sumber rujukan yang pensyarah minta atau ada benda yang nak ditanyakan kepada pensyarah berkenaan perkara yang tidak difahaminya.

Macam tu lah gayanya belajar di univeriti. Kata senior masa tu, bila jumpa selepas mereka dah mula bekerja atau mereka datang untuk majlis konvo mereka.

" Apa yang korang belajar tu sikit aje akan guna nanti bila korong keluar bekerja, selebihnya akan habis macam tu sahaja. Hanya ilmu dan akhirnya, ilmu tersebut akan hilang macam tu sahaja"

Betul ker? Entahlah, mungkin betul mungkin juga tak betul. Waktu tu, itu aje yang masih saya ingat lagi.

Bila dah habis belajar, dah bekerja.

Rupanya 80 peratus kata-kata mereka dulu betul.
Benda-benda yang belajar di universiti dulu tak guna sangat pun. Universiti hanyalah pusat ilmu dan pembelajaran sahaja.
Habis belajar, hampir 70-85 peratus ilmu yang kita belajar dulu tak digunakan pun. Terlapuk dengan sendirinya. Dan mungkin ilmu-ilmu tersebut juga hilang sama seperti hilangnya buku-buku dan nota-nota yang kita simpan dan jadikannya sebagai rujukan suatu masa dahulu.

Tamat Belajar Cari Kerja
Bila dah habis belajar cari kerja ikut kelulusan yang ada. Jika belajar kejuruteraan, mula buat resume dan cari kerja ke arah bidang tersebut juga. Bila ambik komputer, macam tu juga. Cari kerja dan buat resume ke arah komputer dan IT lah kan.

Namun ada juga kawan-kawan. Yang belajar kejuruteraan, tapi dia cari kerja ke arah bidang lain. Minta nak jadi kerani, ada yang minta nak jadi orang sumber manusia dan macam-macam lagi. Kira mudah cakap, lari dari bidang yang dipelajari semasa di universiti dulu.

Jika di universiti belajar dalam bidang A tamat belajar dan kerja dalam bidang A juga. Ada yang belajar bidang B bila kerja dia pusing 180 darjah buat kerja dalam bidang Y pula. Itulah suasana kerja dan belajar di negara kita agaknya dan tak mustahil benda ni pun banyak berlaku di negara lain juga. Betul tak?

Kenapa Jadi Perubahan Kerja Begitu?
1-Ada yang bagi alasan bidang yang dia ambil susah nak dapat kerja, persaingan banyak. Ramai dah yang gred dalam bidang tersebut tak dapat kerja. Jadi nak tak nak, kena cari kerja dalam bidang lain pula.

2-Ada juga yang kata dia tak minat pun belajar benda tu. Dah dapat tawaran. Nak tak nak terima dan belajar sampai tamat pengajian. Daripada tak masuk universiti ke kolej mana-mana. Ada baiknya belajar sampai habis.

3-Ada juga yang kata, dia tak nak belajar benda tu. Tapi dah keluarga desak ambil benda tu. Dia pun buat dan belajar sampai tamat belajar. Keluarga dia semua doktor, nak tak nak kena belajar juga bidang kedoktoran walaupun dia yang jenis tak berapa suka dengan darah dan ubat ini.

Tiada Lagi Masa Lenggang Kangkung
Macam-macam alasan, kerja, suasana kerja dan kerenah manusia yang boleh kita jumpa bila masuk alam pekerjaan. Ada yang macam tu, ada juga yang macam ni. Setiap daripada kita punya pilihan dan cara tersendiri.

Apa yang penting, kita suka dan selesa dengan kerja kita sekarang. Tambahan lagi dalam keadaan ekonomi tengah gawat ini. Lagi-lagi kena manfaatkan peluang yang ada.

Sekarang ini, apa-apa kerja pun boleh. Janji kerja tersebut halal dan menjanjikan sumber pendapatan yang berterusan buat diri kita dan keluarga.

Ramai juga tengok kawan-kawan yang buat dua tiga kerja sekarang ini. Ada yang buat bisnes aiskrim, buat bisnes burger, bisnes air balang dan macam-macam lagi.

[+ Panduan Bisnes Aiskrim - klik sini]
[+ Panduan Bisnes Burger - klik sini]
[+ Panduan Bisnes Air Balang Mudah - klik sini]

Tidak ketinggalan juga mereka-mereka yang boleh menjana pendapatan yang lebat dengan bisnes online. Apa yang penting, bila buat bisnes online ini dapatkan ilmu dari guru yang betul. Jangan main buat dan ikut aje. Nanti penat dapat hasil tak ada.

Bagi yang berminat nak menjana pendapatan secara online. Boleh belajar dari Panduan Kerja Di Rumah ini. Yang nak jual barang secara online pula, boleh belajar dari Sifu Facebook dan Sifu Instagram ini. Tak rugi belajar dengan mereka. Jika hasil yang diperolehi lumayan. Tak rugi buat pelaburan sekali. Dapat hasil sepanjang masa.

Dalam keadaan sekarang. Saya nampak hanya mereka yang rajin sahaja boleh maju kedepan. Tanpa ada sikap rajin dan kuat berusaha ini. Rasanya agak sukar untuk seseorang itu nak terus maju.

Buatlah usaha untuk kebaikan diri kita sendiri. Betulah kata pepatah, usaha itu tangga kejayaan. Siapa yang rajin, dia yang akan dapat.

Bagi yang berminat nak tambah pendapatan. Boleh rujuk panduan yang saya kongsikan di atas. Jom buat kerja!

Kongsikan juga entri "Tiada Lagi Masa Lenggang Kangkung" dengan rakan media sosial anda. Terima kasih.

18 Comments

  1. mana boleh lenggang kangkung kalau nak berjaya ya dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sekarang kena lebih rajin. Usaha tangga kejayaan. Kalau malas-malas peluang yang ada boleh melepas.

      Delete
    2. usaha hingga berjaya

      Delete
    3. Betul tu. Usaha sampai berjaya. Jangan duduk saja. Rugi zaman sekarang.

      Delete
  2. Betul tu..
    Kak Mirror setuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. Sekarang ni ada bagusnya cari duit lebih. Boleh guna masa perlukan.

      Delete
  3. skrg semua kene cepat... sapa lenggang2 kangkung tertinggal nnti kt belakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Zaman sekarang siapa rajin berusaha insyallah boleh dapat. Yang tak nak. susah sikit nak buat.

      Delete
  4. Hye. Lama tak singgah sini. Apa kabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat. Terima kasih singgah akak.

      Delete
  5. Anonymous20.4.17

    Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan... n3 penuh ilmu ni, tq berkongsi yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah akak. Mana yang baik boleh dijadikan panduan untuk kehidupan.

      Delete
  6. Hehehehehe.... nak berlenggang kangkung... zaman sekarang nie tak boleh dah nak berlenggang kangkung sangat... kerja pun nak cepat... kalau boleh buat lagi cepat... lagi bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Siapa lambat akan kena tinggal. Kena rajin belajar dan berusaha selalu.

      Delete
  7. senang cerita, orang rajin je yg berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Hanya mereka yang rajin berusaha sahaja yang ada peluang untuk berjaya. Jika malas, susah nak berjaya dan maju. Jadi ke rajin-rajin buat kerja.

      Delete
  8. nice sharing... bg motivasi kat akak yg lemah ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semua lemah kadang-kadang. Tapi lepas tu kena kuat balik akak.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.