Jawapan Ketua Pengarah Kesihatan Berkenaan Mesej Viral Virus Corona Pada Buah Kurma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jawapan Ketua Pengarah Kesihatan Berkenaan Mesej Viral Virus Corona Pada Buah Kurma. Ada siapa tak dapat mesej berkenanaan buah kurma yang kena virus Corona. Jika tak dapat boleh baca screenshot di bawah ini. Satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris. Boleh baca mesej berkenaan di bawah.

Mesej Viral Virus Corona Pada Buah Kurma
Mesej Viral Virus Corona Pada Buah Kurma-BM
Ini pula salinan mesej tersebut:-
" Saudara & saudari, tolong ambik maklum bahawa Doktor di negara Timur Tengah di Kementerian Kesihatan Saudi telah mengeluarkan amaran untuk semua
Sebelum anda makan kurma sila basuh kurma dengan sempurna kerana terdapat banyak kelawar tinggal di pokok kurma? musim kali ini dan kelawar ini membawa virus corona.

Ambil perhatian.
Terima kasih "

Mesej Viral Virus Corona Pada Buah Kurma
Mesej Viral Virus Corona Pada Buah Kurma-BI
Bagi anda yang dah dapat pada aplikasi WhatsApp. Rasanya bila dapat WhatsApp ini akan rasa risau jugakan. Yea lah, puasa dah dekat. Boleh dikatakan sekarang umat Islam dah mula beli kurma untuk dijadikan juadah berbuka dan bersahur pada bulan Ramadhan nanti.

Ada juga yang belum sampai bulan puasa, dah mula berpuasa sunat. Jadi bekalan buah kurma ini dah sedia ada di rumah masing-masing sekarang ini.

Bila dapat mesej kat WhatsApp macam kat atas. Risau jugakan, selamat atau tak buah kurma yang ada di rumah dan di kedai-kedai sekarang. Jadi ini adalah jawapan dari Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan mesej viral Virus Corona pada buah kurma.

Boleh baca di bawah ini :-
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada isu jangkitan coronavirus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma dari negara Timur Tengah yang tular di dalam media sosial.

KKM telah membuat semakan mengenai perkara ini dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) untuk mendapatkan maklumat samada terdapat sebarang amaran atau makluman yang telah dikeluarkan oleh Negara Timur Tengah atau negara lain.

Pihak WHO memaklumkan buat masa ini tiada amaran berkaitannya yang dikeluarkan oleh pihak WHO mahupun Kementerian Kesihatan negara yang dinyatakan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai berita-berita yang tidak tepat yang boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan panik di kalangan masyarakat.

Perkongsian mesej tular yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat dan menggugat kesejahteraan umum.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
20 Mei 2017 - [Sumber]

Mesej Viral Virus Corona Pada Buah Kurma Palsu
Alhamdulillah. Jadi dah terang lagi bersuluh, bila baca sendiri jawapan dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan virus Corona ini.

Mudah cerita, buah kurma yang ada dirumah kita dan di kedai-kedai adalah SELAMAT untuk dimakan. Semoga dengan penjelasan ini. Tak ada lagi rasa tak selamat nak makan buah kurma. Buah kurma tersebut selamat untuk dimakan.

Bagi yang dah beli buah kurma, anda boleh makan dengan senang hati. Bagi yang rasa teragak-agak nak beli buah kurma. Insyallah anda boleh beli buah kurma untuk bekalan juadah bersahur dan berbuka puasa nanti. Kurma-kurma yang ada dipasaran sekarang selamat dan terjamin tahap kebersihanya. Wallahulam.

Jika entri ini bermanfaat. Kongsikan juga "Jawapan Ketua Pengarah Kesihatan Berkenaan Mesej Viral Virus Corona Pada Buah Kurma" ini dengan rakan media sosial anda. Terima kasih.

4 Comments

  1. Alhamdulillah.
    Terlerai kekusutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul tu. Jika tak risau juga. Dah nak puasa. Kurma ini dah macam benda wajib ada di rumah bila datang bulan Ramadhan.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah masih selamat untuk dimakan.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.