Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1436 Hijrah. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih bagi peluang kepada kita semua bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ini. Sekejap sahaja masa berlalu, diam tak diam dah puasa balik. Saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan 1436 hijrah buat anda sekeluarga walau dimana berada.
Macam Mana Persediaan Ramadhan Anda?
Saya harap semua sihat dan bersemangat untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Bulan puasa merupakan bulan BONUS untuk kita semua. Ini kerana setiap amalan baik yang dibuat akan digandakan lebih daripada pahala pada bulan-bulan biasa. Setiap amalan sunat digandakan pahalanya seperti mengerjakan ibadat wajib dan ibadat wajib yang dilaksanakan akan digandakan sehingga 70 kali ganda. Lumayan bukan?
Contoh mudahnya, kenapa ramai orang kita yang negerinya berdekatan dengan singapura berpusu-pusu setiap hari nak masuk bekerja disana. Walhal di negara kita juga ada kerja seperti itu. Namun nak juga mereka masuk dan bekerja disana. Ini kerana gandaan gaji dan pendapatan yang mereka dapat. Begitu juga dengan BONUS dibulan ramadhan. Kita hendaklah bersungguh-sungguh berusaha dengan gigih untuk mendapatkanya. Jangan nanti bila hari terakhir puasa baru nak buat amal dengan bersungguh-sungguh. Masa tu dah sibuk dengan persiapan raya pula. Jadi masa yang ada ni manfaatkan dengan sebaiknya.
Di dalam bulan ramadan, disamping kita mengerjakan ibadat puasa pada siang hari dan solat terawih pada malamnya, kita juga digalakan memperbanyakan membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, bersedekah, bersolat sunat dan bermacam-macam amalan Rasulullah SAW yang baik lagi. Solat lima waktu sebaiknya bagi lelaki dikerjakan di masjid dan surau dengan berjemaah. Manakala bagi wanita bersolat diawal-awal waktu di rumah.
Kurangkan masa dengan perkara-perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan pahala dan manfaat untuk kita dan orang lain. Jika boleh, cuba kurangkan masa bergosip dan mengumpat, berkata buruk dan tidur dengan berlebihan. Semua ini akan mengurangkan pahala ibadat puasa kita.
Jika mampu pada bulan ini cuba khatam bacaan Al-Quran sebanyak 30juz. Jika tak mampu cuba berusaha kearah tersebut. Banyak habiskan masa kita semua dengan mengerjakan amal-amal kebaikan.
Semoga amalan ibadat puasa kita semua pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Walaupun sibuk macam mana urusan kerja pejabat mahupun kerja di rumah kita. Cuba luangkan masa yang ada untuk beribadat kepada Allah SWT.
Sekarang ni pun macam-macam dah perkara yang berlaku. Kita semua belum pasti lagi adakah ini ramadhan terakhir buat kita semua atau kita akan diberi peluang lagi oleh Allah SWT untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun-tahun akan datang.
Selamat menjalani ibadat puasa dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan. Mohon kemaafan dari anda semua. Saya berhajat doa kebaikkan dari anda semua dibulan yang mulia ini.
Selamat berpuasa.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1436 Hijrah. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih bagi peluang kepada kita semua bertemu dengan bulan ramadhan pada tahun ini. Sekejap sahaja masa berlalu, diam tak diam dah puasa balik. Saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan 1436 hijrah buat anda sekeluarga walau dimana berada.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1436 Hijrah |
Saya harap semua sihat dan bersemangat untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Bulan puasa merupakan bulan BONUS untuk kita semua. Ini kerana setiap amalan baik yang dibuat akan digandakan lebih daripada pahala pada bulan-bulan biasa. Setiap amalan sunat digandakan pahalanya seperti mengerjakan ibadat wajib dan ibadat wajib yang dilaksanakan akan digandakan sehingga 70 kali ganda. Lumayan bukan?
Contoh mudahnya, kenapa ramai orang kita yang negerinya berdekatan dengan singapura berpusu-pusu setiap hari nak masuk bekerja disana. Walhal di negara kita juga ada kerja seperti itu. Namun nak juga mereka masuk dan bekerja disana. Ini kerana gandaan gaji dan pendapatan yang mereka dapat. Begitu juga dengan BONUS dibulan ramadhan. Kita hendaklah bersungguh-sungguh berusaha dengan gigih untuk mendapatkanya. Jangan nanti bila hari terakhir puasa baru nak buat amal dengan bersungguh-sungguh. Masa tu dah sibuk dengan persiapan raya pula. Jadi masa yang ada ni manfaatkan dengan sebaiknya.
Di dalam bulan ramadan, disamping kita mengerjakan ibadat puasa pada siang hari dan solat terawih pada malamnya, kita juga digalakan memperbanyakan membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, bersedekah, bersolat sunat dan bermacam-macam amalan Rasulullah SAW yang baik lagi. Solat lima waktu sebaiknya bagi lelaki dikerjakan di masjid dan surau dengan berjemaah. Manakala bagi wanita bersolat diawal-awal waktu di rumah.
Kurangkan masa dengan perkara-perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan pahala dan manfaat untuk kita dan orang lain. Jika boleh, cuba kurangkan masa bergosip dan mengumpat, berkata buruk dan tidur dengan berlebihan. Semua ini akan mengurangkan pahala ibadat puasa kita.
Jika mampu pada bulan ini cuba khatam bacaan Al-Quran sebanyak 30juz. Jika tak mampu cuba berusaha kearah tersebut. Banyak habiskan masa kita semua dengan mengerjakan amal-amal kebaikan.
Semoga amalan ibadat puasa kita semua pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Walaupun sibuk macam mana urusan kerja pejabat mahupun kerja di rumah kita. Cuba luangkan masa yang ada untuk beribadat kepada Allah SWT.
Sekarang ni pun macam-macam dah perkara yang berlaku. Kita semua belum pasti lagi adakah ini ramadhan terakhir buat kita semua atau kita akan diberi peluang lagi oleh Allah SWT untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun-tahun akan datang.
Selamat menjalani ibadat puasa dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan. Mohon kemaafan dari anda semua. Saya berhajat doa kebaikkan dari anda semua dibulan yang mulia ini.
Selamat berpuasa.
4 Comments
INSHAALLAH
ReplyDeleteSelamat berpuasa PMDR..
ReplyDeleteInsyaAllah akan diraih pesta Ibadah tersebut :)
Moga ramadhan tahun ini kita sama-sama meraih banyak 'bonus' sementara Allah bagi peluang
ReplyDeleteApa yg penting diberi kesihatan terbaik utk menjalankan ibadah
Selamat berpuasa dari kakak dan maaf dipohon atas segala salah silap
selamat menjalani ibadah puasa PMDR
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.