Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini saya nak berkongsi tips macam mana nak Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari. Insyallah jika kita dapat amalkan perkara ini. Besar manfaatnya pada diri kita. Kerana Al-Quran terdapat ribuan kelebihan jika kita mengamalkan dan membacanya.
Tuntutan Al-Quran kepada orang Islam,kita kena khatam Al-Quran SEKURANG-KURANGNYA dua kali(2x) dalam masa setahun. JOM AMALKAN tips ini. Semoga Al-Quran menjadi PEMBELA kepada kita di kehidupan Akhirat Insyallah. Minta di jauhkan Al-Quran menjadi PENDAKWA kepada kita.
Di sini dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam Bulan Ramadhan yang bakal muncul tidak lama lagi. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.
Berikut caranya :
1. Dalam Al-Quran Mus-haf Uthmani, setiap juzuk Al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.
2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.
3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu
Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan.
[+] Panduan Memperbaiki Kualiti Solat (klik sini)
Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan Al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci Al-Quran Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut. Doa supaya saya juga dapat mengamalkannya. AMIN
Keistimewaan Pembaca & Penghafaz Al-Qur'an
Hari ini saya nak berkongsi tips macam mana nak Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari. Insyallah jika kita dapat amalkan perkara ini. Besar manfaatnya pada diri kita. Kerana Al-Quran terdapat ribuan kelebihan jika kita mengamalkan dan membacanya.
Tuntutan Al-Quran kepada orang Islam,kita kena khatam Al-Quran SEKURANG-KURANGNYA dua kali(2x) dalam masa setahun. JOM AMALKAN tips ini. Semoga Al-Quran menjadi PEMBELA kepada kita di kehidupan Akhirat Insyallah. Minta di jauhkan Al-Quran menjadi PENDAKWA kepada kita.
30 Hari Khatam Al-Quran |
Berikut caranya :
1. Dalam Al-Quran Mus-haf Uthmani, setiap juzuk Al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.
2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.
3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu
Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan.
[+] Panduan Memperbaiki Kualiti Solat (klik sini)
Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan Al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci Al-Quran Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut. Doa supaya saya juga dapat mengamalkannya. AMIN
Keistimewaan Pembaca & Penghafaz Al-Qur'an
28 Comments
sgt menarik tq infonya :)
ReplyDeleteSama-sama. Semoga dapat dicuba untuk Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari.
Deleteperkongsiaan yang bermanfaat...
ReplyDeleteKalau yg perempuan kalau nak khatam cepat (sebab kita kan ada hiad) di bulan ramadhan ini baca aje selepas solat maghrib sehingga isyak pasti boleh lebih satu juzuk dan sambung lagi selepas sahur sehingga subuh. Kakak pasti sebelum 10 hari akhir ramadhan dah boleh khatam. Tak percaya cubalah...
ReplyDeleteInsyallah nanti boleh cuba petua kakzakie.
Deletesangat menarik
ReplyDeleteTerima kasih. Boleh cuba nanti akak.
Deletethnks...sgt berguna maknanya dalam sehari saya kena habiskan 4 helai atau 4 mukasurat? 4 mukasurat kan...
ReplyDelete4 muka surat tu untuk satu solat.Sebelum solat baca 2 dan selepas solat baca 2 muka surat. Dalam sehari kena habiskan satu juzuk.Dalam satu juzuk ada 20 muka surat. Dapat baca satu juzuk satu hari.dapat sempurnakan 30 juzuk dalam 30 hari insyallah dapat khatam 1 Al_Quran 30 juzuk dalam sebulan. Boleh rujuk langkah 1-3 di atas.
Deleteyang penting kena ISTIQAMAH...betul tak?
ReplyDeletebetul tu akak. Semoga kita dapat Istiqamah.
DeletePerkongsian yang sangat berguna. boleh di amalkan ni kak, terima kasih...
ReplyDeleteSama-sama. semoga dapat baca Al-quran selalu. :-)
Deletebagus ni
ReplyDeleteSemoga dapat beramal dengan cara mudah nak khatam Al Quran ini. Dapat khatam Al Quran pada bulan Ramadhan lagi bagus.
DeleteInfo yg menarik...
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga dapat khatam Al-Quran dalam masa 30 hari.
Deleteselamat beramal..:)
ReplyDeleteterima kasih ye sebab berkongsi. ini memang dapat memudahkan..
ReplyDeleteAssalamualaikum..salam ziarah!;)
ReplyDeleteTq sharing... sangat bermanfaat..moga dpt dipraktikkan..:)
ReplyDeleteamin3x.. thanks PM, cikda pun setuju dgn baca Al-Quran dengan makna sekali. cikda sambil2 tidurkan aisyah skang ni dok baca terjemahan. Laju dan kita faham. Mudah2an kita semua dapat manfaat.
ReplyDeletea'alah betol.. secara tak langsung kita dapat khatam quran.. tq share ni
ReplyDeleteTerima kasih kongsikan disini... Insyaallah, boleh cuba dan usahakan...
ReplyDeletegd sharing ni dear ...
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Terima kasih banyak-banyak. Saya tak pernah terfikir idea macam tu. Dapatlah khatam Al Quran dengan jiwa yang tenang :)
ReplyDeletebetul tu.. ringan sket rase kalo bc byk kali :)
ReplyDeletecam saya, pulun pas solat maghrib sbb rasa tu je masa free, smentara tggu isyak.. kering gak la tekak.. hehe
akk skit lagi tak hbis..bila la nk smbung..rindunya.. :')
ReplyDelete*akk buat tabungan disini..maaf lama tak singgah..
Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.