Dua Sunnah Rasulullah S.A.W Yang Berbeza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Ramadhan saya ucapakan kepada sahabat semua sahabat . Semoga sihat hendaknya disamping menjalani Ibadat Puasa yang sudah hampir seminggu kita bersamanya. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana masih di beri peluang kepada kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini lagi. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini membawa kita lebih dekat kepada Allah S.W.T yang Maha Mencipta dan Maha Memelihara kita semua. Selawat dan salam juga kepada insan yang Mulia junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda dan Sahabat Rasulullah S.A.W.

Hari ini saya nak berkongsi tentang dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza. Saya dapat ini semasa mendengar kuliah di awal Ramadhan semasa menunaikan ibadat Solat Terawih di surau. Sunnah tersebuat ialah tentang amalan khatam Al-Quran di bulan Ramadhan.
Khatam Al-Quran 30 Juzuk
Khatam Al-Quran 30 Juzuk

Pertama
Khatam Al-Quran 30 juzuk sebulan di Bulan Ramadhan

-Menurut Ustaz tersebut,untuk mendapatkan sunnah ini kita perlu khatam Al-Quran  30 juzuk di dalam Bulan Ramadhan. Macam mana nak khatam Al-Quran 30 juzuk ini kita boleh buat macam-macam cara asalkan kita baca sendiri dan sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Allah S.W.T bagi kita masa 24jam setiap orang. Kita kena bahagi-bahagi masa supaya ada masa kita di bulan yang mulia ini untuk kita sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Jika hari bekerja kita sebuk dengan kerja,kita boleh baca Al-Quran sebelum dan selepas balik dari kerja. Selepas solat subuh kita boleh baca beberapa helai lembaran Al-Quran. Begitu juga apabila balik dari kerja sebelum tiba waktu berbuka kita boleh manfaatkan masa yang ada dengan mambaca Al-Quran. Balik dari solat terawih sebelum tidur juga kita boleh baca Al-Quran. Semasa waktu rehat di tempat kerja juga kita boleh baca Al-Quran,sebab bulan puasa kita tak perlu nak makan tengahari dah. Jadi masa yang ada bagus jika kita manfaatkan dengan membaca Al-Quran. Boleh juga kita kurangkan masa baca akhbar dengan kita dan mengantikan dengan membaca Al-Quran.Insyallah jika kita manfaatkan masa lapang kita dengan membaca Al-Quran dan kurangkan masa menonton tv.Insyaallah dengan usaha dan doa kita Allah S.W.T akan bantu kita untuk sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Saya ada kongsi tips untuk khatam Al-Quran dalam masa 30 hari disini 

Kedua
Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih

- Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih, maknanya kita kena dengar imam terawih baca Al-Quran 30 juzuk sehingga khatam sepanjang bulan Ramadhan.Pastinya ada yang bertanya macam mana nak dapat ni? Jawapan yang mudah dapat saya bagitahu. Kita kena cari masjid @ surau yang imam terawihnya baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih. Alhamdulillah kita di Malaysia dah banyak masjid dan surau yang imam terawihnya diimamkan oleh para Hafiz Al-Quran. Masjid dan surau yang diimamkan oleh hafiz biasanya mereka akan baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih.kebanyakkan masjid yang baca 1 juzuk satu hari ini solat terawih mereka buat sebanyak 20 rakaat. Saya tak pernah jumpa masjid yang buat 1 juzuk tetapi buat 8 rakaat solat terawih. Sebenarnya solat terawih 20 rakaat juga Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Nak tahu dengan lebih terperinci kita boleh tanya ustaz-ustaz tentang solat terawih 20 rakaat ini.

Semoga Allah bagi taufik kepada kita semua untuk mengamalkan dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza ini. Dengan taufik dan hidayat
daripada Allah S.W.T sahaja kita akan dapat mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Selamat menjalani ibadat puasa yang penuh berkat ini. Wallahu'alam.


13 Comments

  1. kat SP, masjid/surau bnyak buat 8 dan sambung tazkirah. masing2 ada pendapat yang diutarakan. terpulang pada jemaah yang nak sambung di rumah. fasal baca quran tu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. orang perempuan yang Allah bagi "cuti" beberapa pun lazimnya boleh khatam, kalau lelaki tak boleh..tak tahulah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anim.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kena bagi-bagi masa untuk dapat fadilat ini.

      Delete
  2. assalamualaikum..

    selamat beribadah dan berpuasa ramadhan karim.

    ye betul..setuju kalau kita nak semua bolehkan..

    akak sibuk dgn tempahan..alhamdulillah tak lupa dgn pencipta..semoga istiqamah..penat jgn cakaplah.

    ReplyDelete
  3. 1. Nak katam al-quran sebenarnya tak susah sebab banyak masa boleh digunakan hanya terpulang diri sendiri. Kalau makan boleh usaha cari sampai dapat tak kan katam tak boleh cari cara.

    2. Kalau tempat kakak memang solat 20 rokaat melainkan kalau ada kematian macam hari Ahad lepas terpaksa solat 8 sebab menghormati jenazah yg perlu dikebumikan.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    salam ramadhan :)
    byk sunnah rasulullah yg kita blh amalkan.. insyaallah, manfaatkan bln mulia sebaik2nya. moga kite dpt keberkatan-Nya

    ReplyDelete
  5. Insyaallah harus rebut pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan ini

    ReplyDelete
  6. saya pun kalau boleh mahu buat yg terbaik semungkin yg boleh dari tahun2 yg lepas...
    semoga dpt keberkat dari allah dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  7. Kakpb berusaha sebaik mungkin utk khatam alquran dari tahun2 yg lepas, malangnya tak sempat juga hingga ke hujung ramadhan. Tapi takpe kan? sekurang2nya kita dah berusaha. Kdg masa tak mengizinkan, lebih lagi bila dah kehulu kehilir balik kampung dan pelbagai aktiviti sebelum raya. Apa yg lebih penting, alquran bukan dibuka ketika bulan puasa saja.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,

    salam ramadhan,,,selamat menjalani ibadah puasa, sama2lah kita muhasabah diri berubah menjadi yang lebih baik dari hari kehari...

    InsyaAlllah..

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadhan sis..
    TQ sharing ni..dapat tambahkan ilmu...

    ReplyDelete
  10. terima kasih ye sebab berkongsi. hehe. bila dah khatam al-quran tu terasa tenang je hati ni kan..

    ReplyDelete
  11. prkongsian yg baik..moga dpt khatam thn ni.huhu

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.