Rahsia Solat-Kisah Dua Hari Bersolat Terawih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rahsia Solat-Kisah Dua Hari Bersolat Terawih. Dua hari sudah kita bersolat terawih. Suka saya tengok perubahan dan suasana surau taman saya pada bulan puasa ini. Bulan Ramadhan Bulan Ibadat. Alhamdulillah surau yang ada 13 saf penuh dan ada sebahagian kecil lagi ahli jemaah yang terpaksa bersolat diberanda sajak dua hari mula solat terawih ini. Ramai rupanya penduduk Islam dalam taman saya menetap ini. Ingatkan kurang orang Islam disini. Alhamdulillah ramai rupanya.

Solat Ikut Suasana Semasa
Kadang-kadang ada terfikir juga. Kenapa bulan Ramadhan ramai orang datang bersolat disurau tetapi lain pula jadinya di luar bulan Ramadhan. Maghrib dan Isyak nak dapat 3 saf pun susah pada bulan lain. Campur dengan anak-anak kecil yang datang mengaji Al-Quran alhamdulillah dapatlah 3-4 saf. Jika tak kadang-kadang nak dapat satu saf penuh pun ada ketikanya susah juga.


Betullah kata ustaz-ustaz, kita hari ini solat mengikut suasana. Bila bulan Ramadhan ramai yang datang sebab nak buat solat sunat terawih, tetapi pada bulan selain Ramadhan susah nak datang surau, nak solat lima waktu yang wajib pun tak dapat. Nabi S.A.W pun bersolat lima waktu secara berjemaah di masjid. Banyak bezanya orang Islam hari ini dengan orang Islam zaman kegemilangan Islam dulu. Kata ustaz lagi, sebab itu Allah S.W.T hari ini tak tolong orang Islam. Sebabnya orang Islam dah tak amalkan cara hidup Nabi S.A.W di dalam kehidupan. Perintah solat diabaikan.

Tak perlu kita tengok amalan yang besar, tengok amalan solat yang wajib ini pun ramai yang tak buat. Masa bulan Ramadhan solat 5 waktu. Tetapi bila luar Ramadhan dah tak solat. Jika solat pun waktu zohor sahaja. Itu pun sebab malu dengan kawan-kawan yang bersolat. Ini kira ok lagi. Ada setengah tu tak malu, lima waktu solat "tuang" macam itu sahaja. Kata mereka tak sempat nak solat, banyak kerja nak dibuat dan macam-macam lagi alasan.

Jika macam inilah alasannya. Rasa "kuat" bolehlah jawap macam ini depan Allah S.W.T dan malaikat yang soal kita nanti. Tak tahulah macam mana jika mati dalam keadaan macam ini. Kadang-kadang sedih juga dengan orang Islam hari ini. Solat tiang agama di runtuhkan. Lepas tu kita salahkan orang lain. Kata orang lain yang jatuhkan Islam. Sebenarnya kita orang Islam yang tak bersolat inilah yang meruntuhkan agama kita sendiri.

Berubah dan Belajarlah Solat Pada Bulan Ramadhan ini.
Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi oleh Allah S.W.T yang Maha Pemurah untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Bulan ini merupakan bulan islah (penyucian) diri kita kepada Allah. Pada bulan inilah perintah Solat diturunkan. Solat merupakan kunci kepada Khazanah Allah S.W.T kepada umat Islam. Melalui solat Allah akan membantu dan menolong kita umat Islam. Selagi mana kita memelihara solat, selagi itulah Allah S.W.T akan memelihara kita. Sebaliknya jika kita lalai dan alpa dengan perintah Allah S.W.T maka Allah akan melepaskan tanggungjawapnya untuk memelihara kita.

Buatlah sesuatu untuk memperbaiki solat kita, belajar dan dalamilah ilmu tentang solat. Insyallah hidup kita akan diberkati Allah S.W.T.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Saya nak berkongsi sebuah ebook berserta video rakaman tentang Rahsia Solat. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat memperbaiki mutu ibadat solat kita semua dan kita semua akan di rahmati Allah S.W.T.


Ebook dan Video Rahsia Solat ini telah dihasilkan oleh Prof Madya Dr. Hasnan Kasan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan. Beliau merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mempunyai kelulusan Universiti Al-Azhar. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang solat selama beberapa tahun dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Mari Memahami & Menghayati Bacaan Solat". Yang mana buku tersebut turut dimuatkan di dalam ebook Rahsia Solat tersebut.

Jika berminat dan ingin memperbaiki tahap ibadat solat anda. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Saya sarankan anda memilikinya. Ebook dan rakaman ini adalah di dalam bentuk digital. Jadi, anda boleh download terus ke dalam komputer, tab atau handphone anda dan terus membaca dan menontonnya. Buatlah sedikit pelaburan bagi membaiki mutu amalan solat kita dan keluarga. Insyallah ianya akan lebih bermanfaat.

Jika berminat anda boleh lihat Panduan Rahsia Solat <<<--- disini.

"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."
- Al-Ankabut , Ayat 45

22 Comments

  1. salam ramadhan and great piece of sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga buat Farah. Terima kasih.

      Delete
  2. tq info yg bermanfaat..
    nti continue baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasiah akak. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua untuk baiki mutu solat kita.

      Delete
  3. Perkongsian yg bermanfaat PMDR..
    Salam Ramadan Al Mubarak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. Selamat berpuasa juga kepada akak sekeluarga..

      Delete
  4. Datang hari dapat ilmu tq , esok datang lagi selamt berbuka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama akak, Sama-sama berkogsiilmu untuk memantapkan lagi mutu solat kita kepada Allah S.W.T.

      Delete
  5. salam ramadhan cik kak pokok tuu.,

    ReplyDelete
  6. rindu suasana solat di kampung...walau diperantauan nie masjidnya lebih cantik dan berhawa dingin...tetap rindu surau kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung halaman sendiri memang tiada tandingan kan akak. Insyallah sebelum raya nanti sempat lagi bersolat di kampung sendiri sebelum habis puasa tahun ini.

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih akak. Salam Ramadhan buat akak sekeluarga juga.

      Delete
  8. Assalammualaikum..

    Insaallah sesama kita memperbaiki mutu solat kita bersama-sama.Moga ada keberkatanNya. "Sesungguhnya solat itu adalah tiang agama"

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mutu solat kita bertambah baik dari hari ke hari.

      Delete
  9. Selamat berpuasa dari kakak. Sungguh bagai dikata indahnya Ramadhan sehingga terawih kadang sesak sungguh. Moga mana yg biasa tertinggal solat jadikan ramadhan ini sebagai titik tolak utk berubah ke arah kebaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Harap-harap macam itulah akak. Ramadhan menjadi titik tolak perubahan dalam diri kita.

      Delete
  10. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga buat akak dan keluarga.

      Delete
  11. Semoga kita istiqomah dlm apa jua ibadah yg kita laksanakan..

    Salam Ramadhan dan selamat berpuasa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. Selamat berpuasa juga buat akak sekeluarga.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.