Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah. Hari ini merupakan hari yang pertama umat Islam di seluruh dunia berpuasa sebulan bagi tahun 1435 hijrah bersamaan tahun 2014. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah saya ucapkan buat semua umat Islam. Alhamdulillah Allah S.W.T bagi lagi peluang kepada kita semua untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkat ini.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah
Peluang yang sebaik ini sepatutkan kita manfaatkan dengan sebaiknya. Bulan Ramadhan merupakan bulan BONUS kepada umat Islam. Ini kerana setiap amalan kita akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T berbanding pada bulan-bulan lain. Satu amalan sunat yang dibuat pada bulan ini ganjaran pahalanya sama seperti kita menunaikan satu amalan fardu pada bulan-bulan lain. Manakala ganjaran pahala untuk satu amalan fardu sama seperti kita mengerjakan 70 amalan fardu pada bulan-bulan lain. Banyak kelebihan bulan Ramadhan sebenarnya.

Bulan Ramadhan dimulai dengan rahmat, pertengahannya keampunan dan berakhir dengan kelepasan dari pada api neraka. Sungguh banyak rahmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita semua yang berpuasa pada bulan ini. Cara syukur yang terbaik adalah dengan mengerjakan setiap perintah Allah S.W.T dan Sunnah Rasullah S.A.W dengan sebaik mungkin agar setiap apa yang kita buat sepanjang bulan Ramadhan ini di berkati Allah S.W.T.

Perbanyakkan bersedekah pada bulan yang berkat ini. Masa bulan Ramadhan ini juga merupakan peluang untuk kita memperbaiki amalan kita. Jika sebelum ini liat nak baca Quran. Pada bulan ini kita mula baca Quran semula. Jika sebeum ini liat nak solat berjemaah di surau atau masjid bagi yang lelaki, pada bulan ini kita cuba solat lima waktu di masjid manakala bagi wanita cuba usahakan bersolat di awal-awal waktu.

Masa yang Allah S.W.T bagi setiap orang daripada kita semuanya 24jam. Kita kena pandai bagi masa agar Ramadhan yang datang tidak berlalu begitu sahaja. Gunakan sebaik mungkin peluang berada di bulan Ramadhan pada tahun ini dengan sebaiknya. Tingkatkan amalan kita. Cuba usahakan juga dapat khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali untuk bulan Ramadhan ini. Jika lebih lagi bagus.

Baiklah, pada hari pertama Ramadhan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pengujung blog Pokok Manggis Depan Rumah. Bagi yang kenal mahupun yang hanya kenal di alam maya sahaja. Semoga Ramadhan tahun ini memberi ribuan rahmat kepada kita semua. Selamat berpuasa kawan-kawan.

6 Comments

  1. Assalamualaikum...
    Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama bermaafan di bulan ramadhan yang berkat ini. Selamat menjalani ibadat puasa juga BM.

      Delete
  2. Selamat berpuasa juga buat En.Shaiful.

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan juga. ^_^

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...

    mselim3 pun sama, minta maaf andai ada terkasar bahasa sepanjang berblog dengan pokok2u. orait. mselim3 adalah manusia biasa yang banyak kurang dan khilafnya... selamat menyambut ramadan al-mubarak.. ahlan sahlan ya ramadan.

    mselim3

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.