CPUV Earning Nuffnang Minggu Pertama Jun 2015

Assalamualaium dan Salam Sejahtera.
CPUV Earning Nuffnang Minggu Pertama Jun 2015. Alhamdulillah rezeki dari buat duit dengan blog bersama nuffnang. Minggu pertama bulam Jun ni saya dapat tiga CPUV Earning Nuffnang. Terima kasih buat para pengiklan dan pihak Nuffnang yang masih sudi meletakkan iklan mereka dalam blog saya. Jasa mu dikenang.

CPUV Earning Nuffnang Minggu Pertama Jun 2015
Bagi anda yang dapat macam saya atau lebih lagi saya ucapkan tahniah dan syabas. Tapi bagi yang tak dapat, jangan mudah putus asa. Usaha lagi, belajar lagi insyallah boleh punya. Saya ada kongsikan tips nak dapat CPUV Earning Nuffnang dalam entri saya Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang . Cuba baca dan buat yea. Insyallah lepas ni anda pun akan dapat juga.

Seronok buat duit dengan blog. Kita tulis aje. Nanti akan dapat hasilnya. Yang penting jangan mudah putus asa dan rasa malas nak belajar. Ramai blogger-bloger hebat diluar sana mereka rajin belajar dan berusaha. Sebab tu mereka berada pada tahap sekarang ni.

Bagi anda yang rasa nak dapat pendapatan sampingan yang lumayan dengan blog ni juga. Anda boleh join AdvertorialMY  (klik sini) Saya ada join yang ni, dan alhamdulillah masih lagi dapat jemputan untuk menulis review dari mereka-mereka yang berminat nak beriklan dengan cara menulis review dalam blog saya ni.

Konsepnya mudah bagi yang belum tahu. Daftarkan blog anda dalam AdvertorialMY ni. Nanti akan ada pihak pengiklan yang akan menghubungi anda untuk membuat review produk mereka. Hasil dari penulisan review tersebut pihak AdvertorialMY tak ambil walau satu sen pun. Semua bayaran yang anda terima akan menjadi milik anda 100%.

Biasanya kalau blogger baru mereka bayar dalam harga RM150 ke bawah. Kalau blogger lama mereka boleh kenakan bayaran RM200 sehingga RM300 untuk satu-satu entri. Ini bergantung kepada bajet kos yang mereka peruntukan untuk penulisan entri review yang dibuat.

Jika dapat dalam lima tawaran kerja macam tu dah berbaloi sangat dalam masa sebulan. Bolehlah tampung-tampung perbelanjan yang diperlukan. Sekarang ni pun zaman GST. Lagi rasa macam perlu kerja part time macam ni. Dapat gaji hasil dari kerja di pejabat dan dapat juga hasil dari berblog boleh buat mmodal perbelanjaan bulanan atau pun untuk kerja-kerja amal yang lain.

Berminat nak dapat kerja dari rumah dengan menulis review blog. Daftarlah dengan penuh kasih sayang dengan AdvertorialMY disini--->> Pendaftaran AdvertorialMY

Burger yang sedap
Jom Layan Burger yang sedap..
Selamat menjana pendapatan sampingan dengan blog kawan-kawan.

2 Comments

  1. wah besnya.. tahniah yer

    ReplyDelete
  2. Salam singgah! Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Saya ni minat menulis blog aje, mencari pendapatan sampingan tu memang hampa betul. Selalu teringin juga nak buat tapi tak juga belajar-belajar :) Best juga bila kita menulis tetiba dapat hasil sampingan macam ni. Duit tu, siapa nak bagi ~_^

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.