Rezeki Dapat Tugasan Advertorial Blog Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rezeki Dapat Tugasan Advertorial Blog Lagi. Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT. Bulan Disember ni dapat lagi tawaran untuk penulisan review dari seorang usahawan. Saya terima dengan tangan terbuka. Usahawan tersebut nak minta saya menulis tentang perniagaan beliau dan nak bayar hasil penulisan saya. Rugi nak tolakkan.

Rezeki Dapat Tugasan Advertorial Blog Lagi
Rezeki Dapat Tugasan Advertorial Blog Lagi
Saya kira menulis review tentang produk beliau dalam blog saya. Mana-mana pelanggan yang berminat dengan produk dan perkhidmatan tersebut bolehlah nanti memilikinya dengan mendapatkan produk tersebut. Saya(blogger) menulis dapat upah, sementara usahawan tadi mendapat pulangan apabila ramai yang membeli produk tersebut hasil dari pelanggan yang baca penulisan yang saya buat. Kiranya macam konsep " win win situation " dalam bahasa kita situasi yang sama menang. Kira mudah cerita sama-sama dapat untung.

Alhamdulillah sejak saya daftarkan blog saya dalam Advertorial.my ni. Hasil penulisan review produk ada aje yang datang. Saya pun tak adalah meletak bayaran yang mahal-mahal macam blogger-blogger otai. Cukup sekadar bantu membantu sesama kita. Bayaran yang saya kenakan tak adalah sampai mereka tak mampu bayar. Cukup sekadar balik modal hasil usaha saya menaikkan nama blog ini.

Kepada anda para blogger yang rasa nak menjana pendapatan sampingan dengan menulis review macam saya buat ni. Anda boleh mendaftarkan blog anda dengan Advertorial.my. Ianya sebuah website yang akan membantu para blogger Malaysia mendapatakan peluang untuk membuat penulisan review dengan mudah.

Advertorial.my akan mencari para pengiklan dan usahawan diluar sana yang ingin mendapatkan khidmat blogger untuk menulis review produk mereka. Blogger yang dapat jemputan dari pada pengiklan ini nanti akan dibayar mengikut persetujuan antara blogger dan pihak pengiklan. Hasil bayaran yang anda(blogger) dapat nanti. Pihak Advertorial.my tidak akan ambil walau satu sen pun. Hasil pendapatan blogger tadi akan menjadi milik blogger tersebut sepenuhnya. Memang ini adalah peluang keemasan untuk blogger lama mahupun blogger baru.

Jika anda(blogger) berminat dengan kerja-kerja penulisan review ini. Saya sarankan anda menyertai Advertorial.my. ini. Sedikit yuran pendaftaran sekali seumur hidup dikenakan bagi kegunaan pihak Advertorial.my menguruskan server dan mencari para pengiklan dan juga bagi tujuan penyelenggaraan sistem dan website mereka.

Pada saya bayaran tersebut akan dapat balik setelah anda mendapat tugasan pertama nanti. Pihak pengiklan akan membayar upah kepada anda setelah penulisan review dipersetujui. Bila dapat tugasan ke dua dan ke atas. Masa tu dah dapat untung dah. Pelaburan pertama menghasilkan pendapatan yang berterusan. Memang berbaloi buat duit dengan Advertorial.my ni.

Bagi anda yang belum daftar dan berminat nak dapat hasil dari penulisan review bersama Advertorial.my. Anda boleh daftar dengan kasih sayang disini-->> Pendaftaran Advertorial.my

Lepas ni dapat kerja review. Jangan lupa belanja saya juga!. Buat kerja di rumah pun boleh dengan cara ni.

Selamat maju jaya kawan-kawan dengan Advertorial.my.

26 Comments

  1. Syukur alhamdulillah... rezeki tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakak. Ramai blogger yang dah berjaya dengan program ni.

      Delete
  2. Assalammulaikum..

    tahniah yer dapat adventorial .. moga blog nie sukses selalu k...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mselim. Boleh cuba juga. Blog tuan pun ok juga.

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih. Boleh cuba juga. Insyallah boleh tambah pendapatan.

      Delete
  4. Saya memang syorkan Advertorial.my ni. Terbukti berkesan. Kita jer kena teruskan kerja seperti biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai blogger dah dapat hasil dari program ni. Jom sertainya ramai-ramai.

      Delete
  5. Tahniah! Belum try yg lain, masih setia pd Nuffnang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama. Yang ni kita buat review produk tuan. Tak 'merosakkan' nuffnang. Boleh sertainya. Daftar sekali aje. Lepas tu nanti akan ada pengiklan yang hubungi kita. Memang masyuk buat benda ni.

      Delete
  6. rezeki tu..alhamdulillah..nnt akk nk try skodeng jgk la,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba. Ramai pengiklan tengah cari blogger sekarang ni.

      Delete
  7. ooh..ada program gini rupanya. Jap nak g tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dan daftar sekali. Memang berbaloi akak.

      Delete
  8. fuh... masyuk... alhamdulillah, syukurlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Along. Masyuk buat kerja advertoril ni. Boleh join ramai-ramai.

      Delete
  9. Alhamdulillah... tahniah...

    ReplyDelete
  10. Tahniah bro..sememang bro pakar menulis dengan teknik SEO yang berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya pun masih belajar juga. Boleh cuba juga tuan.

      Delete
  11. Em teringin jugak suatu hari nak tulis review advertorial...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolah cuba juga tuan. Daftar dan nanti dapat peluang menulis review. Ramai blogger yang dah berjaya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.