Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Menyambut Tahun Baru 1437 Hijrah. Alhamdulillah semalam ramai antara kita cuti dengan kehadiran tahun baru Islam 1437 Hijrah. Hari ini dah 2 Muharam bersamaan 15 Oktober 2015.
Ada yang kerja ker semalam? Mestilah ada. Kawan-kawan kita yang bekerja di sektor pengangkutan awam, keselamatan, industri perkilangan dan macam-macam lagi ada juga yang bekerja semalam. Itulah kan demi tugas dan mencari sumber rezeki yang halal ada antara kita yang bekerja semalam. Bagi yang dapat cuti rasanya semalam macam macam aktiviti boleh dibuat. Ada yang pergi menziarahi sanak saudara, pergi bekelah, pergi jalan-jalan dan tak terkecuali ada yang berehat-rehat sahaja di rumah mengemas rumah atau pun tidur rehatkan badan dan pastinya ada juga yang buat kerja dari rumah semalam.
Apa pun aktiviti yang dibuat semalam semuanya seronok kan. Baiklah berbalik kepada tahun baru 1437 Hijrah ini, mesti ada antara kita berazam macam-macam untuk tahun baru ini kan. Sebaiknya azamlah yang baik dan positif untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat, negara dan amnya untuk kebaikan seluruh umat Islam.
Saya mengharapkan agama Islam akan menjadi agama yang lebih dihormati pada masa-masa akan datang. Jika kita dapat lihat di dalam media massa hari ini. Macam-macam perkara yang berlaku kepada umat Islam. Banyak tempat kita lihat umat Islam kena 'tindas'.
Kenapa jadi macam ini?
Allah SWT nak uji umat Islam atau Allah SWT nak kenakan bala akibat kita semua alpa dengan tanggungjawap agama yang Allah SWT bagi kepada kita? Sebenarnya setiap daripada kita kena lihat diri kita sendiri.
Apakah tahap agama yang ada dalam diri kita dan kaum keluarga kita sekarang? Amalan fardu seperti solat dapatkah kita jaga dengan sebaiknya? Solat sebaiknya bagi lelaki solat secara berjemaah di surau atau masjid dan wanita bersolat di awal-awal waktu. Macam mana mutu solat kita? Jika kita jaga perintah Allah, Allah akan jaga kita.
Hari-hari dapatkah kita luangkan masa untuk baca Quran? Al-Quran adalah 'Qalam Allah' dan mukjizat Nabi SAW yang masih ada. Jika satu hari sebaiknya dapat baca Quran 1 juzuk. Kalau tak dapat, seberapa yang mampu. Adakah kita rasa gelisah jika satu hari tak dapat baca Quran? atau kita gelisah jika satu hari tak dapat baca apa yang ada dalam handphone kita? Mari kita bersama-sama berfikir sejenak. Minggu ini dah berapa helai halaman Quran yang kita baca.
Ini belum masuk ibadat-ibadat lain yang perlu kita buat, berzikir pada Allah SWT, berselawat kepada Nabi SAW, menutup aurat dengan sempurna, menjaga hak ibu bapa, suami isteri dan anak-anak, jiran tetangga, masyarat, negera dan seluruh umat amnya.
Jika nak diperhalusi semua ini memamg banyak. Tetapi cukuplah sedikit sebanyak saya coretkan di sini agar minda kita boleh terbuka dan jangan sampi kita alpa dengan keseronokkan dunia sahaja. Hari ini kita boleh lihat sendiri tahap agama umat ini dan dari situ mungkin kita akan sedar, kenapa semua ini berlaku kepada umat dan negara Islam. Kenapa bantuan Allah SWT tak datang kepada umat hari ini.
Tidak perlu nak salahkan orang lain, tuding jari orang ini salah, orang ini tak betul. Sebaiknya lihat diri dan perbaiki diri kita sendiri selagi masih diberi kesempatan oleh Allah SWT ruang untuk bernafas lagi.
[+] Dapatkan Rahsia Solat (klik sini)
Salam Maal Hijrah dan Selamat menyambut tahun baru 1437 hijrah.
Selamat Menyambut Tahun Baru 1437 Hijrah. Alhamdulillah semalam ramai antara kita cuti dengan kehadiran tahun baru Islam 1437 Hijrah. Hari ini dah 2 Muharam bersamaan 15 Oktober 2015.
![]() |
Selamat Menyambut Tahun Baru 1437 Hijrah |

11 Comments
Selamat menyambut tahun baru 1437H PMDR..
ReplyDeleteSemoga kita lebih baik dari tahun sebelumnya..
salam maal hijrah Cik M..
ReplyDeletesalam maal hijrah juga, rasanya belum terlewat lagi kan nak ucap?
ReplyDeleteJika solat dan al-quran dpt dinikmati dalam hidup dengan istiqomah biasanya yg lain-lain insya-allah mudah laluannya. Moga 1437H ini memberi segala kebaikan buat kita umat Islam seluruhnya... sama-sama kita berdoa
ReplyDeleteSalam maal hijrah dari SA dan keluarga...
ReplyDeletesalam maal hijrah..
ReplyDeleteSalam maal hijrah... moga tahun ini kita lebih istiqamah dlm menjalankan segala yg wajib
ReplyDeleteAs salam
ReplyDeleteMoga baik hari esokmlbih baik lgi..In shaa Allah
Salam Maal Hijrah....walau dah terlambat hihi
ReplyDeletekullu 'amin wa antum bi khair salam hijrah 1437
ReplyDeleteSelamat menyambut tahun baru 1437H juga...
ReplyDeleteSemoga kita lebih baik dari tahun sebelumnya
Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.