Malam Cinta Rasul Taiping Berselawat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Malam Cinta Rasul Taiping Berselawat. Alhamdulillah pada malam ini 9 Oktober 2015 Jumaat bertempat di Taiping Perak akan diadakan Malam Cinta Rasul Taiping Berselawat. Program Malam Cinta Rasul ini akan juga dapat di saksikan secara langsung di TV AlHirjah.

Satu berita baik untuk orang-orang Perak dan juga sekitarnya. Jika anda peminat setia Program Malam cinta Rasul ini, anda boleh ke sana pada malam ini.Di bawah ini saya kongsikan aturcaranya yang saya ambil dari facebook Malam Cinta Rasul TV AlHijarah.

Malam Cinta Rasul Taiping Berselawat
Jika kita lihat disitu acaranya bermula seawal jam 6 Petang dan berakhir jam 11.30 malam. Antara acara yang akan berlangsung adalah Qasidah daripada Kumpulan Ash-Sohabah, Al-barakah dan Sautul Firdaus. Setelah itu akan diadakan solat berjemaah maghrib dan Isyak. Setelah selesai solat akan bermulanya Program Malam Cita Rasul Taiping Berselawat bersama Habib Syeikh Abdul Qadir Assegaf dari Indonesia.

Beliau  bakal mengetuai bacaan selawat di dalam Program Malam Cita Rasul Taiping Berselawat tersebut. Jika sebelum ini orang-orang Perak hanya boleh melihat program ini di dalam TV AlHijrah sahaja. Malam ini mereka boleh melihat secara langsung di Taiping. Majlis ini akan berlangsung di Jalan Taming Sari, berhadapan dengan Wisma Majlis Perbandaran Taiping. Jika anda nak pergi sana. Boleh cari Wisma Majlis Perbandaran Taiping sebagai tempat tujuan anda.

Bagi anda yang akan berkunjung nanti dinasihatkan membawa alas duduk seperti tikar, sejadah dan pakaian yang sesuai dengan majlis tersebut. Bagi perempuan bawa bersama telekung untuk bersolat dan bagi lelaki boleh berjubah putih.

Majlis ini juga akan disertai oleh pelajar tahfiz dari seluruh negeri Perak. Ianya dianjurkan bersama oleh kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan, Pejabat Menteri Besar Perak dan Majlis Perbandaran Taiping.

Bersama-samalah kita memeriahkan Program Malam Cinta Rasul Taiping Berselawat. Moh la yop kita ke Taiping Malam ni..

Jika anda nak bermalam di sana. Boleh cari hotel yang murah dan bersesuainya di sana dengan membuat tempahan online menggunakan khidmat Agoda di Taiping (klik sini). Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda bagi memeriahkan program selawat pada malam ini.

p/s:Esok boleh berjalan-jalan tempat menarik di sekitar Taiping.

8 Comments

  1. Majlis dibuat di hujung minggu kakak rasa mesti ramai yg dpt pergi ni.

    ReplyDelete
  2. Baguih..baguih...utk lelaki di alu2kn..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Best.
    Ingatan kita pada Baginda, moga Baginda akan beri syafaat buat kita...Insya Allah

    ReplyDelete
  5. best nyer... kalau dkt mau sy join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba email kat TV AlHijarah. Mana tahu dapat buat dekat dengan rumah Rin masa-masa akan datang.

      Delete
  6. Bagus... Harap lepas nie, banyak lagi majlis macam nie...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.