Dapat Cek Kedua Dari Nuffnang Berserta Tips

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dapat Cek Kedua Dari Nuffnang Berserta Tips. Alhamdulillah dapat cek kedua dari nuffnang. Hasil dari berblog dengan encik nuffnang akhirnya dapat lagi cek kedua. Kali ini dapat RM122.07 sahaja. Tak sampai empat angka, tapi pada saya oklah. Dari tak dapat, alhamdulillah saya dapat. Kumpul punya kumpul dapat juga tiga angka. Memang saya target macam tu. Rasa banyak sikit dari nak ambil cepat-cepat bila dah sampai target. Berhasil juga nuffnang menjadi sebagai sumber pendapatan sampingan saya.
Dapat Cek Kedua Dari Nuffnang Berserta Tips
Biasanya kalau nak cash out nuffnang dalam akaun kita kena ada RM50 baru boleh cash out. Tapi saya gatai tangan sikit. Tak nak cash out awal-awal. Nak bagi sampai tiga angka dulu baru bersemangat nak cash out. Hari tu harapnya dapat sebelum raya haji. Tunggu-tunggu tak dapat. Ini baru dapat email dari nuffnang yang cek tersebut baru hantar kat saya. Ok lah, esok lusa sampai insyallah.

Setelah dua kali dapat cash out dengan nuffnang ini, saya nampak cara mudah nak dapat tiga angka dalam akaun nuffnang dengan cepat adalah melalui iklan CPUV Earning nuffnang. CPUV Earning biasanya berjalan aje sampai satu-satu masa. Bila masa dah tamat, iklan CPUV earning tersebut terhenti. Itu semua pihak nuffnang yang buat dalam sistem mereka.

Jika anda rasa nak cash out cepat nuffnang. Kena selalu-selalulah dapat CPUV earning nuffnang. Insyallah peluang nak cash out akan jadi mudah. Jika nak harapkan iklan-iklan yang dapat hasil dari klik orang ke iklan blog kita amatlah kecil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan iklan-iklan CPUV earning sebanyak mungkin.

Mesti ada yang kata susah nak dapat CPUV earning tersebut. Jika tak kena cara nampak macam susah. Tapi jika kena cara jadi mudah. Apa yang penting anda kena selalu update blog dan dapatkan trafik yang baik masuk ke blog anda. 

Maksud trafik yang baik tersebut adalah, blog anda kena kekalkan keadaan trafiknya. Paling kurang kira-kira minimum trafik yang selamat bagi sesebuah blog nak dapat CPUV earning secara berterusan sebanyak 400-500 unique view setiap hari.

Banyak ker 400-500 unique view tersebut. Mula-mula memang rasa macam banyak. Tapi jika anda rajin update blog, rajin komen-komen blog orang lain. Insyallah mudah aje nak dapat minimum trafik macam ni. Saya dulu pun macam anda juga. Biasalah baru-baru berblog. Nak dapat 10-50 unique view setiap hari pun sakit. Tapi bila dah lama insyallah nak dapat 1000 unique view setiap hari tak jadi masalah.

Bagi anda yang baru atau pun yang dah lama denga nuffnang tapi masih memperolehi trafik blog yang masih rendah. Saya nak kongsikan cara berkesan nak dapat trafik yang mudah masuk ke blog anda setiap hari. Cara ini ternyata terbukti apabila ramai otai-otai blogger menggunakan kaedah Trafik Percuma ini. Cara ini boleh menjimatkan masa dan tenaga anda dalam mencapai tahap minimum 400-500 unique view tersebut.

 Sememangnya rahsia trafik percuma ini akan dapat membantu anda mendapat trafik yang diidamkan. Saya cadangkan anda dapatkan kaedah rahsia Trafik Percuma (klik sini). Insyallah teknik ajaib ini akan membantu anda mendapatkan trafik yang mencurah-curah masuk ke blog anda. Dapatkan sekarang dan nikmati hasilnya.

Memang seronok dapat duit hasil dari kerja sambilan macam ni.

11 Comments

  1. hmm saya dah terkeluar dari glitter sejak google tukar ke dot my..terus out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasnya jika tak ada masalah. Nanti idzwa dapat balik status tu. Cuba bung iklan-iklan lain dulu. Takut-takut nuffnang merajuk.

      Delete
  2. Alhamdulillah, semoga terus dimurahkan rezeki yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Doa saya buat Farah pun dapat juga.

      Delete
  3. Bestnya..lpslh duit dapur seminggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Boleh guna buat bayar PTPTN.

      Delete
  4. Alhamdulillah,...kak nurul lama dah x update blog,huhuhu..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh update balik akak. Insyallah dapat hasil baru seronok dengan blog.

      Delete
  5. ok. sy nk kepsi seketui boleh? ;- hahaha

    ReplyDelete
  6. Huyooo.... berapa lama menabung tu... Teman dah tak dapat status glitter... tapi masih dapat banyak lagi CPUV terbaru...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.