Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android

2014-03-12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android. Ramai antara kita yang ada gadget android. Sejak Samsung, Htc, 9 technology dan macam-macam lagi mula memperkenalkan telefon pintar android dengan harga mampu milik.

Gadget android begitu sekali mendapat sambutan. Trend mempunyai telefon pintar android sudah menjadi kebiasaan. Siapa sahaja ada telefon atau peralatan android. Kesan dari persaingan ini dapat kita lihat sehinggakan pesaing-pesaing mereka terpaksa memperkenalkan aplikasi persis seperti android juga.

Aplikasi waktu Solat terbaik untuk Android
Aplikasi waktu Solat terbaik Android

Hari ini saya nak berkongsi satu aplikasi android iaitu Aplikasi Waktu Solat. Pada saya Aplikasi waktu solat android ini adalah yang terbaik setakat ini yang pernah saya cuba. Sebelum ini ada juga guna aplikasi waktu solat lain. Tetapi oleh kerana telefon pun jadi macam lembab. Saya beralih kepada aplikasi waktu solat android ini.

Waktu solatnya mengambil terus daripada  Portal e-Solat JAKIM. Jadi ketepatan waktunya insyallah boleh dipercayai. Namun kena berjaga-jaga juga, kadang-kadang pihak mereka terlambat nak update data tersebut yang menyebebakan ada ketikanya waktu solat tidak dapat dilihat.

Ciri-ciri Istimewa Aplikasi Waktu Solat Android.
  • Terdapat waktu solat setiap Zon dalam negeri-negeri di Malaysia daripada JAKIM e-Solat www.e-solat.gov.my.
  • Boleh update terus daripada internet.
  • Grafik yang menarik dan tidak melembabkan gadget android anda.
  • Terdapat kompas untuk menunjukkan arah kiblat.
  • Terdapat peringatan waktu solat seperti 10,20,30 minit ke waktu solat seterusnya.
  • Boleh lihat berapa masa yang tinggal untuk masuk waktu solat 5 waktu termasuklah waktu solat duha,imsak dan syuruk.
  • Boleh set nada dering waktu solat sebagai peringatan
  • Terdapat juga aplikasi untuk mengetahui masjid dan surau yang terdekat dengan anda.( Dihubungkan dengan Google Map)
Macam Mana Nak Dapatkan Aplikasi Waktu Solat Android.
Caranya mudah sahaja. Masuk ke dalam Google Play gadget telefon anda dan search Waktu Solat. Gambarnya seperti yang di bawah. Berwarna hijau ada gambar bulan sabit dan bintang.

Aplikasi Waktu Solat Android
Aplikasi Waktu Solat Android - Google Play
Jika anda nak muat turun daripada komputer anda, anda boleh pergi ke laman web ini  waktu solat dan muat turun aplikasi tersebut dan masukkan ke dalam gadget android anda. Bagi mengetahui lebih lanjut lagi tentang aplikasi waktu solat ini.anda boleh rujuk maklumat di bawah.
Banyak lagi aplikasi waktu solat, Anda boleh pilih dan cuba sendiri juga mengikut kesesuain gadget android anda. Semoga dengan perkongsian ini, anda dan saya dapat menjaga solat walau di mana kita berada. Jika kita pelihara dan jaga solat dengan baik. Allah S.W.T akan menjadi penjaga terbaik untuk kita. Solat 5 waktu terbaik bagi lelaki adalah dengan berjemaah di masjid atau di surau manakala wanita bersolat awal waktu di rumah. Baiki dan belajarlah solat menjadi lebih baik. Hanya solat yang sempurna akan diterima Oleh Allah SWT. Dapatkan tips dan panduan untuk solat yang lebih baik.
Anda boleh rujuk panduan tersebut di sini ---> Rahsia Solat.
Wallahualam.

Share

24 comments:

  1. Replies
    1. boleh cuba jika nak Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android.

      Delete
  2. tq atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  3. di Ms Apple pun Farah download, senang nak monitor, bila masuk waktu jer dia bang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jika macam tu.. Boleh jaga solat.

      Delete
  4. Perkongsian yg bermanfaat. tq sharing PMDM

    ReplyDelete
  5. Tq atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh cuba Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android ini Akak.

      Delete
  6. banyak ciri-ciri istimewa aplikasi ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puteri. Boleh cuba Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android.

      Delete
  7. TQ share benda ni. Nak kena install lah lepas ni kat android ku...Cheers mate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba install Aplikasi Waktu Solat Terbaik Android ini Akak Cyza.

      Delete
  8. Replies
    1. sama-sama boleh guna aplikasi solat terbaik ini.

      Delete
  9. bsg.tq for sharing ;-)

    ReplyDelete
  10. mesti install waktu solat app macam ni atau yang lain-lain app pada smartphone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Denaihati. Senang nak rujuk waktu solat.

      Delete
  11. Install jugak. Senang nak tau masuk waktu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena install boleh buat rujukan waktu solat.

      Delete
  12. Kakak memang pasang dlm hp kakak dari mula beli lagi. Anak kakak tolong settingkan. Siap masukkan suara azan dari Masjdilharam. Kakak suka alunan azan di sana. Mendayu dia buat kakak ingat ketika di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada azan Masjidilharam lagi seronok kakak.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan