Kerja Swasta ker Kerja Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kerja Swasta ker Kerja Kerajaan. Mula-mula saya nak tanya, kerja kat mana lagi seronok. Mesti ada yang kata kerja kerajaan best macam-macam elaun dapat. Tiap-tiap tahun dapat bonus sekarang ni. Paling kurang pun RM500. Bagi yang kerja swasta pula kata kerja swasta lagi best kerja dapat bonus lagi banyak jika syarikat besar dapat bonus 6-12 bulan gaji, dapat elaun kereta, minyak,tol,  hotel dan perjalanan jika ada kerja luar, ada elaun makan lagi. Insurance dan macam-macam lagi. Masuk hospital syarikat tanggung. Isteri bersalin ditanggung dan jika lagi bagus dapat buat pinjaman perumahan syarikat bantu dan uruskan sampai selesai. Pinjaman kereta dan pelbagai lagi kemudahan diberikan. Jika teringain nak dapat kereta syarikat bagi pun boleh. Cuba bayangkan jika anda bekerja di google atau facebook.

Panduan Kerja Swasta
Dilema Kerja Swasta dan Kerja Kerajaan
Banyak lagi jika nak senariakan keseronokan kerja dengan pihak swasta berbanding kerja dengan kerajaan. Jika alasan anda nak kerja dengan kerajaan boleh rileks anda sebenarnya silap. Ada aje kawan-kawan kita yang kerja dengan kerajaan kerjanya tak best. Balik lewat sampai awal pagi pun ada setiap hari. Gaji sikit, elaun ada tapi nak tampung perbelanjaan dengan duduk di bandar sedikit sakit juga bak kata orang.

Saya pernah jumpa pegawai kerajaan dah berkhidmat hampir 10tahun yang gajinya jika nak dibandingkan dengan gaji saya dan kawan-kawan yang baru 3-4 tahun bekerja dengan swasta dah lebih kami pula. Bukan nak kondem apa-apa. Cuma itulah hakikatnya perbandingan gaji antara kerja dengan swasta nak dibandingkan bekerja dengan sektor kerajaan. Memang gah bunyinya pegawai tapi bebanan kerja dan hasil yang diperolehi nak dibandingkan dengan bekerja dengan swasta memang amat ketara.

Ramai juga antara kawan-kawan kita yang bekerja dengan kerajaan memiliki ijazah dan tak kurang juga yang ada master tetapi hanya bekerja sebagai staff biasa. Jika bekerja dengan swasta pandai cari peluang senang-senang aje nak dapat 7K-8K. Tetapi mereka lebih suka berkeadaan begitu.

Hari ini pun kita boleh lihat sendiri had umur persaraan bagi sektor kerajaan telah di naikkan. Kesan daripada ini kita boleh lihat, makin susah nak masuk kerja dengan kerajaan. Sebab orang lama lambat berhenti.

Kenapa Ramai Kerja Swasta berbanding Kerajaan.
Jika ditanya pelajar-pelajar baru lepasan universti yang memiliki ijazah dan master dan sebagainya. Dimana mereka lebih suka bekerja. Mesti jawapan yang kita dapat nak kerja dengan sektor kerajaan.

Saya masih ingat, saya sendiri pun sama juga bila habis belajar dulu. Nak sangat kerja kerajaan. Hantar resume setiap kali ada iklan jawatan kosong kerajaan. Nak kena sahkan sijil dengan penghulu dah satu hal. Hantar borang kena ada gambar lagi. Pos lagi dan macam-macam lagi, kos dah situ. Jika ada panggilan temuduga pergi temuduga. Kekosongan jawatan satu aje. Calon yang datang temuduga beratus orang. Alik-alik yang dapat anak beranak staff situ juga, kebel besar kata orang. Jika macam tu baik tak payah panggil temuduga kan. Buat kasihan kat ratusan orang yang datang untuk temuduga tersebut aje. Ada yang kena ambik cuti balik kampung untuk temuduga. Jika isteri yang temuduga di kampung silap-silap suami pun kena ambik cuti juga balik hantar isteri di kampung. Tapi calon yang dah dapat dah ada dalam senarai. Yang datang temuduga tu buat syarat aje. Nak menunjukkan mereka buat kerja.

[+] Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan (klik sini)

Selepas beberapa kes-kes macam ni lah membuatkan saya dah malas nak bekerja dan mencuba nasib nak kerja dengan sektor kerajaan. Bukan saya aje kata macam ni. Ratusan orang lagi yang akan kata perkara yang sama.

Berikut adalah antara rungutan graduan zaman sekarang bila dah habis belajar.
  • Susah nak dapat kerja yang sesuai
  • Dah puas cuba SPA tak lekat juga.
  • Puluhan resume dihantar tapi tak dipanggil.
  • Puluhan juga temuduga disertai tapi tak pernah disenarai pendek.
  • Tak tahu nak kerja apa dah.
Kalau dah puas cuba nak kerja dengan kerja kerajaan tak dapat, apa kata cuba kerjaya di bidang swasta pula? Mungkin ada rezeki anda di sana

Berikut adalah Kelebihan kerja swasta yang biasa diperolehi:-
  • Gaji yang lebih tinggi dan fleksibel. Anda sendiri boleh demand gaji!
  • Semestinya ada caruman KWSP dan Socso
  • Kebanyakan syarikat swasta menyediakan polisi takaful untuk pekerja mereka.
  • Kerja lebih disiplin. Gerak kerja anda akan disusun dan skil kerja anda bakal jadi luar biasa!
  • Bonus tahunan!
  • Faedah cuti tahunan.
Kenapa tidak jadikan kerjaya di bidang swasta satu pilihan? Adakah anda takut tak dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan anda? Anda takut majikan tak jaga kebajikan anda? Semua itu bakal terjawab dalam Ebook Kerjaya Swasta khas dari Tim Infokerjaya.

Tim Infokerjaya seperti yang kita semua maklum sejak tahun 2009 lagi telah membantu lebih 60 000 graduan lulus peperiksaan SPA menerusi ebook rujukan peperiksaannya. Maka kredibiliti Tim Infokerjaya tidak boleh disangkal lagi. Mereka tahu kedudukan graduan sekarang yang semakin kritikal, lalu mereka mengeluarkan sebuah panduan khas untuk para graduan ini membina cita-cita di bidang swasta pula.

Apa yang terkandung dalam ebook Rahsia Kerjaya Swasta?
  • Didedahkan secara tepat cara anda memilih kerja yang sesuai.
  • Anda juga akan diajar cara memilih majikan.
  • Tak tahu mana nak cari kerja kosong? Dalam panduan ini ada tunjukkan. Anda tak perlu runsing lagi.
  • Lubuk-lubuk rahsia cari kerja didedahkan!
  • Anda akan diajar cara menulis resume untuk kerja swasta.
  • Panduan untuk lulus temuduga kerja swasta.
  • Macam mana nak buat majikan suka pada anda.
  • Cara halus paksa majikan naikkan  gaji anda!
  • Dan banyak lagi….
Dapatkan Panduan Kerja Swasta dengan segera. Lagi cepat lagi bagus. Binalah peluang kerjaya anda hari ini. Jangan berharap sahaja untuk masa depan anda.
Kerja Swasta ker Kerja Kerajaan
Kerja Swasta ker Kerja Kerajaan
Dapatkan segera ebook Panduan Kerja Swasta anda disini-->>  Panduan Kerja Swasta (klik sini)

Selamat maju jaya.

16 Comments

  1. Itulah antara sebab kenapa kakak tinggalkan kerjaya sebagai guru dulu. Sekarang memanglah kakak kerja swasta. Tapi masa anak-anak kecik dulu pakai bibik kakak macam menyesal tinggalkan kerjaya guru sebab masalah nak jaga anak. Sekarang anak dah besar dah selesa pun dgn kerja sekarang.

    Cuma sekarang ni kerja swasta pertandingan dgn bangsa asing sgt tinggi. Tempat kakak ini ajelah bila kakak conduct interview rata-rata yg qualified memang bukan org kita. Sedih juga. Serba-salah walau tak guna 'cable' dan telus kita kena cari dan pilih yg betul-betul boleh buat kerja tak boleh nak kata apa dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki ada dimana-mana. Tak dapat kerja kerajaan kita pakat kerja swasta. Peluang kerja ada banyak dalam swasta. Kena cari yang sesuai jika tak dapat kerajaan.

      Delete
  2. Assalammualaikum...

    memang tak nafikan kerja swasta kita boleh demand... tapi tekanan kerja swasta lebih tinggi berbanding kerajaan. Nak masuk kerja kerajaan sekarang memang susah kan... pehh.. susah kalau takder cable... pape samada kerja swasta atau kerajaan , masing2 ada pro and kontra nyer... pape kita kena bijak memilih yer. Kan.

    mselim3

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tuan. Nak masuk kerja kerajaan kena ada cable ada kaitan juga. Ada cable baru habis belajar pun dapat masuk mudah-mudah aje. Tapi tak apa, yang tak dapat kerja kerajaan boleh cuba kerja swasta.

      Delete
  3. Dari dulu sampai sekarang mmg akak kerja dgn bdn swasta.. byk sgt persaingan, tekanan dan demand... kekdg terpaksa berkorban waktu bersama anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa yang jadi masalah nak kerja dengan kerajaan adalah kroni dan anak beranak. Saya lagi suka kerja swasta bila dah cuba nak masuk sektor kerajaan asyik benda tu aje yang jadi masalah. Terpulang kepada rezeki masing-masing. Cuma jika tak dapat kerajaan, sektor swasta ada banyak lagi peluang.

      Delete
  4. Entahllh lma mereput kt rmh ni....
    dua2 pun ok kut..
    yg pnting halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Yang penting halal. Cuba kerajaan. Tak dapat kerja dengan swasta. Ada yang lagi best kerja sendiri.

      Delete
  5. Akk dulu pun sebuk dok apply keje gomen tp xdapat. Last last keje swasta jugak. Keje gomen skrg pun dah byk keje. Dah lebih kurang cam keje swasta. Tp yg syok keje gomen ni dapat pencen. Tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kelebihan tersendiri mana-mana kerja. Tak dapat kerja kerajaan, boleh mohon kerja swasta. Kelebihan pun banyak juga kerja swasta.

      Delete
  6. Teman nie, kerja ngan swasta saja la nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kerja swasta Izni. Ok aje mana-mana kerja kan. Tak dapat minta kerajaan. Kerja swasta lagi mudah.

      Delete
  7. Anonymous6.11.15

    sekarang graduate ramai tu yang nak dapat kerja kerajaan agak sukar sikit.tapi kerja swasta pun ok boleh lompat2.tapi paling penting kerja kt mana2 pun ialah kena pandai manage

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Best kerja swasta boleh cepat naik gaji dan banyak kelebihan lagi. Jika minta kerajaan tak dapat. Cuba beralih kerja swasta lagi banyak peluang.

      Delete
  8. Pilihan terbaik, kerja kerajaan. Terjamin ibarat periuk tembaga atau periuk emas. Swasta ibarat periuk aluminium. Bila2 boleh bocor. Persaingan amat kuat kerana semakin ramai yang mencari pekerjaan. Majikan swasta semakin tidak peduli kebajikan pekerja kerana mereka mudah mendapat penganti. Ramai anak muda yang sanggup bekerja walau gaji seciput. Tangga gaji semakin tak menentu. Pada mereka, lebih baik ada kerja walau gaji seciput dari tiada kerja langsung. Sebagai tapak. Salahkah? Tidak. Tetapi setiap yang muda akan tua, Tiba masa, giliran mereka pula dialihkan bagi memberi ruang pada yang muda. Putara kehidupan swasta. Tiada ketenangan dalam kerja swasta walau berkhidmat puluhan tahun kecuali segelintir tua yg betul2 mahir dan berada dlm top level. Mampukah? Pihak Kerajaan pula, semakin tua semakin tenang. Takat dicuit sesikit, layan je. Cukup masa, ada wang pencen yang naik mengikut ekonomi semasa. Jika ingin masuk Swasta, terbaik cari syarikat besar yg high level cam petronas atau syarikat yg join venture dgn orang putih cam usa, autralia, jerman atau jepun. Tetapi nk join syarikat swasta yang power lerni pun perlu guna kabel. Jangan ingat kerajaan saja perlukan kabel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jika susah nak masuk kerajaan usaha masuk swasta. Banyak boleh belajar jika kerja dengan syarikat swasta. Lepas ada pengalaman. Boleh cuba tempat yang lebih baik dan bergaji baik lagi.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.