Blogku Dibaca Dari Osaka Jepun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Blogku Dibaca Dari Osaka Jepun. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Ada bukti boleh dipercayai dan rasanya tak perlu nak kata tidak lagi. Serius aje bunyi ayat ni. Macam tahu cerita politik dah gaya skema ayat macam ni.

Tak ada apalah, bukan cerita politik hangat masa kini. Saya tak berapa pandai nak cerita bab politik dalam blog. Takut tak pasai-pasai blog ini jadi lain pula. Berbalik cerita suam-suam panas ni. Saje nak cerita orang duduk kat Jepun pun baca blog saya. Macam tak percaya boleh faham ker diorang baca blog  bahasa melayu skema saya ni.

Blogku Dibaca Dari Osaka Jepun
Blogku Dibaca Dari Osaka Jepun
Dari print skrin yang saya ambil tu. Pembaca ni datangnya dari Osaka Jepun. Arigato gozaimass haha.. Saya pun tak paham apa bahasa tu. Terima kasih agaknya. Sebelum ni pun ada juga saya kongsikan blog saya dibaca oleh orang Israel

Inilah hasil menulis blog dengan baik agaknya. Tak adalah hebat cuma suam-suam kuku aje. Menaip dengan tangan,menulis dari hati. Hebat juga penangan panduan penulisan ni. Sampai pakwe dan makwe Jepun pun baca blog saya.

Oklah, tak nak merapu meraban lagi. Sebenarnya menulis blog ni kena ada teknik juga. Boleh main tulis tapi kesannya tidak seberapa. Dalam penulisan sesebuah entri blog ada perkara yang perlu dijaga juga bagi menjamin entri tersebut diterima pembaca dan enjin carian. Jika blog anda ada potensi pembaca macam ni. Nak buat iklan penulisan review jadi lagi mudah.

Nak bagi entri disukai pembaca cara mudahnya menulis dari hati. Ada teknik dan taktik dia juga. Saya sendiri masih belajar dan mungkin akan terus belajar benda ni. Nak bagi orang suka baca penulisan kita bukan mudah. Biasanya akan ada yang suka dan boleh jadi ada yang tak suka. Apa yang penting belajar menulis blog sehingga disukai ramai memang memerlukan usaha yag berterusan. Jika rajin nak asah bakat penulisan. Bergurulah dengan pakarnya. Saya suka panduan yang diberikan. Menjadi penulis suka-suka sehingga jadi penulis yang boleh buat duit. Nak belajar, jangan segan belajar dengan Pakar Rahsia Menulis disini.

Nak bagi enjin carian suka dengan blog anda memang memerlukan usaha yang lagi banyak. Yang ni biasanya kena belajar teknik  SEO. Walaupun sesebuah blog tu biasa-biasa aje. Tapi jika tuan punya blog pandai dengan ilmu SEO memang senang nak dapat trafik masuk mencurah ke blog. Ilmu SEO ini nak tahu kena rajin belajar. Jika tak belajar, walau blog kita sehebat dan secantik mana pun susah nak dapat trafik. Inilah sebabnya kenapa SEO penting dalam blog.

Tapi jika anda seorang artis retis gitu tak ada masalah sangat nak dapat trafik yang banyak masuk dalam blog. Sebabnya ramai yang kenal anda kerana anda artis. Tapi jika anda orang biasa, nasihat saya jika nak dapat trafik bayak masuk dalam blog. Belajarlah teknik SEO dan apa-apa ilmu yang berkaitan SEO ni. Cara mudah nak belajar, anda boleh rujuk Panduan SEO ini.

Baiklah, ada benda nak kena siapkan. Jumpa lagi, pakat belajar yea. Selamat berusaha kawan-kawan.

16 Comments

  1. Alhamdulillah, tahniah yer dan semoga terus berjaya...

    ReplyDelete
  2. SEO dan trafik memang perkara penting jika ingin berjaya dlm dunia blogging. Sis pun masih belajar lagi bab2 SEO ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Belajar sampai berjaya. Boleh rujuk paduan seo di atas juga.

      Delete
  3. Kakak ras kawan yg membaca ni samada dia guna google translate atau mungkin saudara malaysia kita yg belajar di sana.

    ReplyDelete
  4. ye btul kata kak kita tu...students kut nak cari income lebih...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    singgah ptg
    hari ini bz sangat x sempat nak BW

    ReplyDelete
  6. Wow..jauh tu..tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh beribu batu. Dia nak datang sini gamaknya. Cari info.

      Delete
  7. Assalam, moga sihat ye pmdr...salam ziarah awal pagi tinjau apa critenya yg nak dikongsi:-)

    ReplyDelete
  8. Hebat... Reader profile sudah mencapai taraf global...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog biasa-biasa sahaje. Banyak kena belajar lagi.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.