Kenapa SEO Penting Dalam Blog?

2014-03-03

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kenapa SEO Penting Dalam Blog? Beberapa hari sebelum ini. Ada yang bertanya saya. Kenapa SEO penting dalam blog. SEO dalam blog ini pada saya macam "punca jalan pelawat" kepada blog. Jika SEO baik, maka ramai yang akan datang ke blog kita. Namun jika SEO tak baik. Pengunjung yang datang ke blog kita juga berkurangan.

SEO Naikkan Trafik Blog, SEO,
SEO Naikkan Trafik Blog?

Kenapa SEO Penting Dalam Blog?
Satu contoh saya nak bagi disini. Katalah kita jual barang contohnya kain tudung, kerepek, buat iklan nuffnang dan lain-lain lagi dalam blog kita. Jadi kita pun mulalah buat blog atau website yang namanya berkaitan dengan barangan tersebut. Saya ambil contoh jual kain tudung. Bila dah buat kita masukkan cerita dan maklumat tentang harga, warna dan jenis-jenis kain tudung yang kita jual. Dah siap semua kita mula tunggu hasil jualan. Nak tunggu ada ker orang yang datang buat tempahan kain tudung yang kita jual dalam laman web tersebut. Tunggu punya tunggu tak ada juga yang datang tempah. Kita pun putus asa dan berhenti. Adakah perniagaan tersebut berjaya? anda boleh jawap sendiri.

Kenapa jadi macam ni?
Mudah jawap kita tak buat PROMOSI. Sebenarnya promosi pun ada banyak cara juga. Ada yang buat promosi secara berbayar dan ada yang buat dengan PERCUMA. Jika kita buat dengan cara berbayar. Mungkin kita akan dapati masa kita bayar untuk promosi tersebut kita akan dapat banyak jualan. Kerana ramai yang datang ke laman web kita. Tetapi selepas sahaja tamat tempoh promosi tersebut, orang yang buat promosi berbayar tadi dah berhenti dari promosi laman web kita. Jualan kita pun tamat juga. Jadi nak dapat lagi kena bayar lagi. Akhirnya kita tak ke mana. Tak ada untung dalam perniagaan barang kita jual tadi. Untung kita dah dapat kepada agen promosi kita tadi. Kita dapat PENAT sahaja.

Mana mana nak dapat pelawat yang berterusan?
Bagus persoalan ini. Pada saya jawapan paling mudah kita kena mahir dalam teknik SEO blog. SEO adalah Search Engine Optimization.  Dengan kita mahir tentang ilmu SEO ini maka mudah kita nak dapat bilangan pelawat yang berterusan. Bila ramai pelawat yang datang kita blog jualan kita. Maka insyallah akan lebih banyak jualan yang dapat kita hasilkan apabila trafik blog kita bertambah baik.

Bayangkan kita jual barang dan buat promosi sikit sahaja tetapi banyak dapat jualan. Tak mustahil semua boleh berlaku bila ramai yag datang berkunjung ke laman web jualan kita. Tak perlu lagi nak guna khidmat promosi berbayar dan sebagainya. Jualan baik sahaja setiap bulan. Masuk tahun baru kita boleh kembangkan lagi perniagaan tersebut dengan lebih bersistemetik lagi. Tak pun boleh buat bisnes lain pula dengan menggunakan cara yang sama. Semua itu kita akan dapat jika kita pandai dengan teknik SEO.

Adakah nak tahu SEO kita kena berguru?
Saya rasa tak perlu jika kita dah tahu SEO dan berjaya kita buat. Tetapi jika kita tak tahu dan hanya cuba-cuba, nasihat saya kena berguru. Dengan kita berguru ilmu yang kita perolehi akan berguna sepanjang hayat kita jika kita nak maju didalam dunia perniagaan online. Jika tidak kita akan "syok sendiri". Kita rasa betul tetapi sebenarnya tak betul apa yang kita buat. Saya nak berkongsi dengan anda semua. Tentang sebuah buku SEO. Iaitu ebook Panduan Asas SEO. Buku ini banyak membantu jika kita nak belajar tentang SEO.

Nasihat saya belajarlah ilmu SEO untuk pulangan yang lumayan didalam dunia perniagaan online. Jangan hanya marah dan kata orang salah sahaja. Kita sendiri kena berubah untuk KEMAJUAN diri sendiri. Jika kita ditakuk yang lama. Kita sendiri akan rugi dengan banyak masa, tenaga dan wang ringgit dihabiskan. Belajarlah teknik SEO jika kita nak pergi jauh dalam perniagaan online.

Jika anda berminat untuk majukan diri dalam dunia SEO. Saya sarankan anda dapatkan ebook Panduan Asas SEO di sini. Tak salah laburkan sedikit duit kalau nak berjaya. Betul tak?

Anda boleh lihat di sini-->>  Panduan Asas SEO

Semoga perkongsian ini membuka langkah pertama kita untuk terus maju di dalam perniagaan internet mungkin sehebat Saudara Irfan Khairi. Jadi sekarang kita boleh tahu kenapa SEO penting dalam sesebuah blog.

Share

20 comments:

  1. Info yg terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba panduan SEO ini untuk baiki trafik blog.

      Delete
  2. SEO memang penting untuk blog..sekurang kurangnya kena tahu basic kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puteri. Bila tahu SEO blog kita boleh dapat jumlah pengunjung yang berterusan dan meningkat. Bila dah menigkat insyallah boleh dapat hasil jualan yang bagus.

      Delete
  3. mmg penting lah, but for blog sendu mcm KA tau jg basic2 aje dah cukup kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog KA dah ramai peminat. Ada SEO lagi hebat lepas ni.

      Delete
  4. SEO ni mmng pnting.. akk pun sebelum ni tak tahu jgk kegunaannya..sekarang dah pham dh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEO penting jika kita nak majukan diri dalam dunia perniagaan online.

      Delete
  5. SEO ni memang penting untuk promosikan blog tapi kadang2 akak suka hati je bubuh tajuk post..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. SEO amat penting dalam sesebuah blog. Nak mengurangkan persaingan tanpa perlu ambil masa yang lama depan PC sebaiknya blog kita mesra SEO.

      Delete
  6. Assalammualaikum...

    Terima kasih .. tips2 tu.mselim3 sangat setuju .. sesuatu entry perlu ada seo nya kan... entry nie pun first google .. guna keyword "kenapa seo penting dalam blog" .. terbaik. mselim3 belajar seo nie pun makan tahun baru mahir.. tp seo nie sentiasa berkembang dan kena rajin belajar... yer tak bro.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mohd, memang nak mahir SEO kena belajar. Kena ada panduan untuk belajar SEO. Insyallah boleh maju dan berjaya dengan "betul" jika kita belajar mahirkan diri dengan SEO. Harap perkongsian kenapa seo penting dalam blog ini berguna. TQ.

      Delete
  7. Ahmad Rizal Mohd Ismail14.8.14

    Bagaimana pula dengan website? Bolehkah kaedah ebook ini diaplikasikan pada website juga? Saya nak tahu sebelum buat keputusan untuk beli atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga Encik Ahmad. Boleh dapatkan panduan di atas. Insyallah ianya boleh membantu menaikkan trafik ke dalam website Encik Ahmad.

      Delete
  8. Good info bg newbie mcm sy yg hnya mendapat kurang dari 10 UV sehari.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Langkah permulaan, Boleh belajar dengan panduan SEO yang saya bagi di atas, Belajar macam mana nak naikkan trafik blog. Cubalah.

      Delete
  9. Replies
    1. Terima kasih. Boleh dijadikan panduan dan dikongsi dengan rakan-rakan juga.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan