Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Buat Yang Allah SWT Suka. Salam Jumaat, Harap semua sihat hendaknya. Hari jumaat kadang-kadang saya suka kongsi benda-benda agama. Agar dalam kehidupan kita, walaupun sesibuk mana kita dengan urusan dunia yang tak pernah habis ni. Ada juga masa yang kita peruntukkan untuk ingat pada Allah SWT. Macam dalam blog ini juga, ada juga entri yang saya goreng dan kongsikan untuk kita ingat kepada Allah SWT. Saya bukan ustaz, cuma orang biasa macam orang lain juga.
Berbalik kepada tajuk buat yang Allah SWT suka yang cun lagi menawan ni. Suka saya nak cerita bahawa kita hidup di dunia ni tak lama. Sampai masa kita akan tinggalkan dunia dan akan berjumpa dengan Allah SWT yang Maha Berkuasa, Penguasa segala kerajaan langit dan bumi, Pemberi rezeki kepada setiap makhluk sama ada yang di laut atau di darat. Yang mentadbir seluruh alam maya, sama ada yang kita nampak atau pun tidak nampak.
Bergeraknya air laut, terbangnya burung di udara, bergeraknya plenet-plenet dan cakrawala di alam ini semuanya dalam urusan dan pentadbiran Allah SWT. Kita tak ada apa-apa, seorang makhluk yang kerdil yang tak mampu buat apa-apa, dan tak boleh buat apa-apa. Hatta nak kelipkan mata pun jika Allah SWT tak izin, kita tak akan boleh buat semua tu. Jantung yang bergerak, Allah SWT yang gerakan jantung kita. Ramai mana orang mati sebab jantung dia dah tak bergerak. Diri kita bukan milik kita, tapi milik Allah SWT.
Hebatkan Allah SWT!.. Alhamdulillah dalam keadaan kita yang selalu berbuat dosa pun Allah SWT masih bagi udara, air, cahaya dan akal fikiran kepada kita tanpa perlu bayar setiap hari mahupun bulanan macam bil-bil lain yang selalu kita terima. Kenapa kita lupa Allah SWT? Buat maksiat pada Allah, langgar perintah Allah, tak solat dan macam-macam lagi. Kebalkah diri kita untuk tanggung siksaan Allah SWT.
Buat Yang Allah SWT Suka. Banyak perkara kita boleh buat, Allah SWT dah hantar Rasulullah SAW untuk mudahkan hidup kita menjalani kehidupan beragama. Contoh mereka yang berjaya, sahabat-sahabat pun ada. Ikut Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Rasulullah SAW insyallah kita pasti akan berjaya. Sahabat bukan aje lelaki, wanita dan kanak-akan pun ada. Sahabat Rasulullah SAW bukan semua kaya, yang miskin jadi hamba pun ada. Jadi peluang untuk kita ikut mereka amat mudah. Mereka juga macam kita, ada keluarga dan masyarakat sekeliling. Ikut Rasulullah SAW dan sahabat kita akan berjaya macam mereka juga. Amin.
Baiklah, dah panjang pula. Benda agama kata ulamak, tak boleh tulis panjang-panjang. Nanti orang boring nak baca. Apa yang penting, kita hendaklah selalu buat perkara yang Allah SWT suka. Lakukan segala perintah Allah SWT dengan sebaiknya. Solat, mengaji Quran, berdoa, berzikir, bersedekah, berselawat ke atas Nabi SAW, berbuat baik kepada ibu bapa, menolong orang, menutup aurat dengan sempurna, bersangka baik, tidak mengumpat dan membuat fitnah semuanya akan mendatangkan keredaan Allah SWT kepada kita. Jadi banyakkan buat benda baik, Insyallah benda buruk akan terkurang dengan sendirinya.
Cara mudah nak jadi baik adalah dengan menjaga amalan solat. Sesungguhnya solat dapat mencegah sesorang dari melakukan perbuatan dosa dan maksiat. Hari ini kenapa orang yang bersolat pun buat dosa. Ini kerana mereka tidak melaksanakan ibadat solat dengan sebaiknya. Solat sekadar ikut-ikutan. Belajarlah solat dan bergurulah. Inyallah hidup akan lebih diberkati Allah SWT. Rujuklah Panduan Rahsia Solat untuk mencantikkan hubungan baik anda dengan Allah SWT.
Oklah, hari minggu nanti boleh cuba buat kerja di rumah dan nak jadi ejen hartanah yang berjaya insyallah. Selamat berhujung minggu.
Buat Yang Allah SWT Suka. Salam Jumaat, Harap semua sihat hendaknya. Hari jumaat kadang-kadang saya suka kongsi benda-benda agama. Agar dalam kehidupan kita, walaupun sesibuk mana kita dengan urusan dunia yang tak pernah habis ni. Ada juga masa yang kita peruntukkan untuk ingat pada Allah SWT. Macam dalam blog ini juga, ada juga entri yang saya goreng dan kongsikan untuk kita ingat kepada Allah SWT. Saya bukan ustaz, cuma orang biasa macam orang lain juga.
Buat Yang Allah SWT Suka |
Bergeraknya air laut, terbangnya burung di udara, bergeraknya plenet-plenet dan cakrawala di alam ini semuanya dalam urusan dan pentadbiran Allah SWT. Kita tak ada apa-apa, seorang makhluk yang kerdil yang tak mampu buat apa-apa, dan tak boleh buat apa-apa. Hatta nak kelipkan mata pun jika Allah SWT tak izin, kita tak akan boleh buat semua tu. Jantung yang bergerak, Allah SWT yang gerakan jantung kita. Ramai mana orang mati sebab jantung dia dah tak bergerak. Diri kita bukan milik kita, tapi milik Allah SWT.
Hebatkan Allah SWT!.. Alhamdulillah dalam keadaan kita yang selalu berbuat dosa pun Allah SWT masih bagi udara, air, cahaya dan akal fikiran kepada kita tanpa perlu bayar setiap hari mahupun bulanan macam bil-bil lain yang selalu kita terima. Kenapa kita lupa Allah SWT? Buat maksiat pada Allah, langgar perintah Allah, tak solat dan macam-macam lagi. Kebalkah diri kita untuk tanggung siksaan Allah SWT.
Buat Yang Allah SWT Suka. Banyak perkara kita boleh buat, Allah SWT dah hantar Rasulullah SAW untuk mudahkan hidup kita menjalani kehidupan beragama. Contoh mereka yang berjaya, sahabat-sahabat pun ada. Ikut Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Rasulullah SAW insyallah kita pasti akan berjaya. Sahabat bukan aje lelaki, wanita dan kanak-akan pun ada. Sahabat Rasulullah SAW bukan semua kaya, yang miskin jadi hamba pun ada. Jadi peluang untuk kita ikut mereka amat mudah. Mereka juga macam kita, ada keluarga dan masyarakat sekeliling. Ikut Rasulullah SAW dan sahabat kita akan berjaya macam mereka juga. Amin.
Baiklah, dah panjang pula. Benda agama kata ulamak, tak boleh tulis panjang-panjang. Nanti orang boring nak baca. Apa yang penting, kita hendaklah selalu buat perkara yang Allah SWT suka. Lakukan segala perintah Allah SWT dengan sebaiknya. Solat, mengaji Quran, berdoa, berzikir, bersedekah, berselawat ke atas Nabi SAW, berbuat baik kepada ibu bapa, menolong orang, menutup aurat dengan sempurna, bersangka baik, tidak mengumpat dan membuat fitnah semuanya akan mendatangkan keredaan Allah SWT kepada kita. Jadi banyakkan buat benda baik, Insyallah benda buruk akan terkurang dengan sendirinya.
Cara mudah nak jadi baik adalah dengan menjaga amalan solat. Sesungguhnya solat dapat mencegah sesorang dari melakukan perbuatan dosa dan maksiat. Hari ini kenapa orang yang bersolat pun buat dosa. Ini kerana mereka tidak melaksanakan ibadat solat dengan sebaiknya. Solat sekadar ikut-ikutan. Belajarlah solat dan bergurulah. Inyallah hidup akan lebih diberkati Allah SWT. Rujuklah Panduan Rahsia Solat untuk mencantikkan hubungan baik anda dengan Allah SWT.
Oklah, hari minggu nanti boleh cuba buat kerja di rumah dan nak jadi ejen hartanah yang berjaya insyallah. Selamat berhujung minggu.
4 Comments
Manusia tak dpt tidak ada waktunya terlalai tapi sebaik tersedar segeralah kembali to the right path. Kalau boleh nak bahgaia di dunia dan mati yg husnol khotimah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMacam tak faham bahasa pula. Tak perlu letak link dalam komen anda!.
DeleteSama-sama.
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.