PTPTN: Tindakan Tegas Mulai Tahun 2015 Dan Cara Menjelaskan Hutang Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PTPTN: Tindakan Tegas Mulai Tahun Depan Dan Cara Menjelaskan Hutang Anda. Bila baca berita tentang PTPTN ni rasa  teruja juga. Biasanya sesiapa sahaja yang belajar jika tak dapat biasiswa atau tajaan dari mana-mana syarikat inilah tempat bantuan yang kerajaan gunakan untuk membolehkan pelajar mengunakan khidmat PTPTN ni untuk membantu pelajar menjelaskan bayaran yuran dan menampung sedikit sebanyak perbelanjaan termasuk nak beli buku dan sebagainya. Anda boleh baca berita dibawah dulu

Dapatkan Panduan Mudah Nak Jelaskan Beban HUTANG PTPTN anda disini-->> Free PTPTN (klik sini)

PTPTN: Tindakan Tegas Mulai Tahun Depan Dan Cara Menjelaskan Hutang Anda
---------------------------------------------
" PTPTN: Tindakan tegas akan diambil mulai tahun depan

KUALA LUMPUR, (MLP) - Bermula tahun hadapan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan yang lebih tegas untuk mengutip semula pinjaman.

Ini akan dilaksanakan dengan menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Sistem ini diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan akan mempunyai nama peminjam yang mempunyai rekod pembayaran yang buruk. Rekod ini akan digunakan untuk  menghalang peminjam sebegini untuk tidak mendapatkan kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.

Peringkat permulaan CCRIS akan dikenakan terhadap lebih 170,000 peminjam yang langsung tidak membayar pinjaman yang berjumlah kira-kira RM1.2 bilion sejak 1998 hingga 2010."
Sumber
--------------------------------------------------
Banyak jasa PTPTN dalam membantu masyarakat di Malaysia. Namun lepas tamat pengajian pelajar kena bayar balik pinjaman yang mereka gunakan sebelum ini. Tetapi yang sedihnya ada juga yang tak bayar balik pijaman tersebut.

Rasanya kita sebagai peminjam ni kena bayar balik. Hutang WAJIB di bayar. Jika tak boleh bayar lagi kena hantar surat kepada pihak PTPTN dengan menyatakan sebab tak dapat bayar yuran tersebut. Agar nama anda tidak disenarai hitam.

Bermula tahun depan akan ada tindakan. Jadi nasihat saya. Cuba bayar sedikit-sedikit yuran yang di pinjam sebelum ini. Jika tak nak bayar denga duit gaji anda. Anda boleh buat kerja sampingan dan gunakan hasil dari wang tersebut untuk anda menjelaskan bayaran balik pinjaman tersebut.

Buat duit dari blog pun ok. Anda boleh baca cerita saya ini bagi membantu anda menjelaskan bayaran balik pinjaman PTPTN anda:

1) Buat Duit Dengan Advertorial.MY

2) Buat Kerja Di Rumah 

3) Buat Bisnes Cupcake Dari Rumah

4)  Buat Duit Dengan 8share

5) Buat Duit Dengan Google Adsense 

Mana yang ok anda boleh ikut dan gunakan hasil duit tersebut untuk menjelaskan pinjaman PTPTN anda. Semoga panduan cara buat duit di atas dapat membantu anda dan saya juga bagi menyelesaikan hutang PTPTN dan hutang-hutang lain juga. Dapatkan juga panduan mudah bagi menjelaskan HUTANG PTPTN anda di sini -->> FREE PTPTN (klik sini)

28 Comments

  1. Dah janji nak bayar hutang tu, bayar la kan. Hutang wajib dibayar, dan mungkir janji adalah 1 daripada 3 sifat munafik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SP. Kena bayar balik hutang PTPTN.

      Delete
  2. bayar sikit tiap bln tapi tak bergerak pn....bila gaji naik ingat blh naikkan bayaran tapi kos hidup lak naik.kalau kena bayar pokok je msti nampak dah susut...eh bukan nak bagi alasan, apapun hutang ttp hutang n ttp akan dibayar..cuma cepat or lmbt n sikit or banyak je...peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika PTPTN tak ada bunga kan best. Bila agaknya nak jadi PTPTN tak ada bunga kan.

      Delete
  3. saya bayar dgn cimbclick...

    ReplyDelete
  4. Saya bayar ptptn melalui potongan gaji.

    ReplyDelete
  5. hutang kna byrlh ye...

    dpt duit ptptn, bli hplh, beli bjulh... hai mcm2..
    ingat sikit, bkn duit kita pun, duit pinjam tu, pinjam maknanya kena byr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pandai berjimat cermatkan. Nak kena guna dengan cara yang sebaiknya.

      Delete
  6. dalam Islam turut ada mengatakan bahawa hutang MESTI di bayar.... kalau tak suka bayar, jgn ambil PTPTN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena bayar hutang PTPTN yang digunakan semasa belajar hari tu. Insyallah tak mampu bayar banyak. Banyak sikit-sikit pun tak apa. Insyallah nanti akan habis hutangnya.

      Delete
  7. AKAK MMG X DE PINJAM PTPTN MASA BELAJAR DULU.. TAPI MMG BETUL BUNGA NYA TU KEKADANG MEMBEBANKAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggu belanjawan yang akan-akan datang. Man tahu pinjaman PTPTN dah tak ada bunga. Rasanya bgus tak ada bunga. Semua orang akan semangat nak bayar. Jika bayar 'pokok' aje.

      Delete
  8. Yg sedihnya org baru dpt kerja gaji ciput. Nak guna dan beli keperluan sendiri pun ngam-ngam aje. Niat dulu kalau dah kerja nak bantu adik-adik tapi bila kerja semuanya tak cukup. Apa tindakan yg terbaik? bagi pinjam boleh tapi kena bayar lebih dari jumlah dipinjam itulah yg kurang menarik... nasib baik dulu tak ada sistem PTPTN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polisi yang dibuat macam tu. Terpaksa kena bayar bunga. Harap-harap lepas ni akan ada perubahan untuk kebaikan rakyat. Boleh buat kerja yang saya bagi di atas. Insyallah dapat membantu kawan-kawan yang nak bayar PTPTN.

      Delete
  9. yang dah pinjam,kenalah bayar balik..tapi kalau bunganya melambung tinggi..tak boleh la macm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena bayar balik. Bunga dah makin kurang jadi 1% sekarang. Tapi jika tak ada bunga lagi baikkan. Untuk rakyat. Kepada yang rasa susah nak bayar PTPTN dengan gaji yang kurang. Boleh buat kerja-kerja yang saya senaraikan di atas.

      Delete
  10. byr la wpn sedikit... kalu kete bleh byr tiap2 bln why not ptptn kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Setuju. Bayar sikit-sikit. Lama-lama habis. Jika tak bayar. Memang akan nampak banyakkan.

      Delete
  11. bayar sikit2 tu yg tak habis sebab bayar bunga je.. Tapi PTPTN memang pglman ngeri. Sya pinjam 7k kena bayar 14k. Tapi saya byar jela dah sbb kita yg berhutang. Tapi riba dia tu.. Sejak tu saya tak benarkan ahli keluarga ambil PTPTN da.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. PTPTN ni kalau lambat bayar macam tu lah jadinya. Baik ada duit bayar sikit-sikt sebelum bunganya menigkat berganda-ganda.

      Delete
  12. anak ky pinjam ptptn juga. alhamdhulillah..berkat membayar dengan displin..akhirnya selesai juga pinjaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Bayar cepat-cepat PTPTN. Insyallah bunganya tidak bertambah banyak.

      Delete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Kena bayar cepat-cepat, lagi lama bertangguh lagilah untung PTPTn tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena bayar cepat PTPTN. Cepat bayar tak perlua bayar bunga lama sangat. Boleh rujuk panduan di atas mana tahu rahun dapan dah boleh habis bayar ptptn.

      Delete
  15. Asalamnak tanya, saya belum habis belajar, masih dalam diploma, baru 3 sem, dah stop amik pt, niat nk bayar balik duit pinjaman, patut ke saya bayar terus atau ansur ansur?

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.