Resepi Ayam Goreng Seringgit


Resepi Ayam Goreng Seringgit. Masa mula-mula makan ayam ni ingat masa pegi jalan hari tu. Singgah beli pisang goreng alik-alik terbeli ayam goreng seringgit juga, terbeli tau bukan sengaja nak beli..Haha.. Memang sedap ayam goreng seringgit nie. Dah rasa sekali singgah situ mesti beli juga empat lima ketul ikut selera masa tu. 

Resepi Ayam Goreng Seringgit

Jadi balik rumah rasa nak pekena ayam tu lagi kita masak dan goreng sendiri aje ayam goreng seringgit. Susah ker? Mana ada susahnya. Masuk dalam kuali panas lepas tu goreng jadilah. Nak goreng banyak mana pun suka hati dah, janji makan jangan sampai membazir. Tak baik tau.


Min nak kongsi resepi yang sedap hasil air tangan sis Murni Rahmat. Dia jual ayam goreng seringgit nie. Jadi ni resepi ayam goreng seringgit yang dia share. Hangpa nak cuba boleh cuba masak sendiri kat rumah. Tak susah dia dah sertakan bahan dan cara masak resepi ayam goreng seringgit nie.


Ayam dah bersih

Resepi ayam goreng seringgit

Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya✌

Ayam sekor potong 22-24

Bawang putih 5 ulas

Bawang besar saiz kecik (1)

Halia 1 inci

Lada hitam 1 sudu kecil

Lada putih 1 sudu kecil

Serbuk kari 1 sudu besar

Garam dan serbuk perasa adabi

Kisar semua bahan sampai halus.

Perap pada ayam.


Resepi tepung salut;

1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)

1 sudu tepung ubi/beras

Ayam potong
Ayam potong ikut selera

Cara-caranya;

1.perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung..

2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul

3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam

4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)

5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.

*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.

6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)

7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.

8.Hidangkan panas-panas.

9.Makan

p/s:untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh)

p/s:boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

kredit : Murni Rahmat

Dah kat atas tu resepi ayam goreng seringgit dia tau. Dah goreng berketul-ketul ayam goreng seringgit tu jangan lupa masa makan baca doa dulu tau. Nanti pas-pas la kat orang lain juga ayam goreng nie buat sedekah jariah. Tak pun share kan aje resepi nie kat grop wasap atau telegram hangpa. Min nak pegi tengok suasana nak raya tak lama lagi, dah meriah katanya dengan bendera dan jamuan makan-makan.

2 Comments

  1. Ayam pun dah mahal sekarang
    Macam tak balik modal jual dah goreng seringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous8.11.22

      Pernah juga makan ayam ni. Memang sedap.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.