Resepi Kek Sarang Semut Berongga


Waktu petang kebiasannya nak makan ringan-ringan macam tu. Cari-cari jumpa la kek sarang semut berongga nie. Apa lagi kita masak bagi jadi. Bukan susah kalau dah jumpa resepi macam nie. Ambik bahan, cukupkan bahan kalau tak ada kena pegi kedai kek dulu cukupkan bahan.



Resepi Kek Sarang Semut Berongga nie dikongsikan oleh sis ummydarwisha Mansor. Nanti dah masak masa nak makan tue jangan lupa baca doa dulu yea. Sedap kek nie hangpa cuba yea. 


Resepi Kek Sarang Semut Berongga

Bahan-Bahan:

3 Biji telur

1 sudu kecil Esen Vanila

Setengah cawan susu pekat manis

125gram Mentega (cairkan) 

1 cawan gula 

1 cawan Air Panas 

1 cawan Tepung Gandum

1 sudu kecil Soda Bikarbonat

Cara Membuat:

1. CARAMEL

Gula secawan - hanguskan jangan sampai hangit nanti pahit.. Dah jadi caramel tuang air panas secawan.. Kacau sebati.. Suamkan ketepikan.

2. Cairkan mentega 125g.Ketepikan

3. Ayak tepung dengan soda bikarbonat.Ketepikan

4. Ambil besen yang kering dan bersih..Pecahkan 3 biji telur.. Kacau-kacau sahaja guna whisk.. Kemudian masukkan esen vanila.. Masukkan setengah cawan susu pekat.. Kacau lagi bagi sebati.

5.Tuangkan mentega cair tadi dalam adunan.. Whisk kan.. 

6.Kemudian masukkan tepung gandum dan Soda Bikarbonat.

Kemudian masukkan gula hangus tadi.. Kacau sampai takda ketulan tepung... 

Bakar api bawah dahulu 25minit suhu 140

Kemudian tukar api atas bawah 25minit suhu 170

SELAMAT MENCUBA! 

kredit resepi :ummydarwisha Mansor


Apa citer, mudah aje kan.. Yang penting kena ikut langkah dia dan suhu masa bakar tu kena ikut tau. Selamat memasak dan jom minum petang. Nanti untuk makan malam boleh masak Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa dengan Resepi Kailan Ikan Masin nie.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.