Resepi Maggie Kari Tumis Untuk Pikat Suami


Resepi Maggie Kari Tumis Untuk Pikat Suami. Tajuk dia bukan main lagi kan. Ada ke nak pikat suami dengan Maggie Kari Tumis aje. Ingat ker dengan masak ayam black peper ker, masak ayam percik ker, masak kari ke atau masak yang lain-lain lagi. Rupanya nak pikat suami dengan maggie aje.

Resepi Maggie Kari Tumis Untuk Pikat Suami

Ok la, resepi Maggie Kari Tumis Untuk Pikat Suami ni hasil dari perkongsian sis Ani Zam. Nak tahu lebih kena lah PM tanya sendiri yea. Apa yang pasti kalau ikut langkah demi langkah resepi dia memang sedap hasilnya nanti.


Min suka aje meggie nie, teringat zaman-zaman duduk di asrama zaman sekolah dulu-dulu. Macam-macam ragam yang masak meggie nie. Dari masak dalam bekas kecik-kecik hingga lah sampai ada yang masak dalam baldi. Memang rare tau. Meggie baldi dorg panggil masa tu. 


Resepi Maggie Kari Tumis Untuk Pikat Suami tak ada kaitan dengan meggie baldi tau. Yang ni lain. Hangpa boleh rujuk bahan dan cara masak meggie nie kat bawah.


Resepi Maggie Kari Tumis Untuk Pikat Suami

Bahan bahan :

Satu bungkus maggie kari

2 biji telur

Seulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 biji cili padi

Sebiji cili besar

Sepokok sawi

2 cawan air

Baca juga: Memiliki Suami Yang Unggul 

Cara-cara :

1.Tumbuk cili padi,bawang merah,bawang putih, kemudian tumbuk sekali rempah maggie kari

Bahan-bahan


2.Panaskan minyak , tumis rencah hingga garing , kemudian masukkan air (ikut nak banyak mana korang letak )

Potong comel-comel

3.Dah mendidih masukkan maggie mee dgn telur

Dah nampak sedap sikit

4.Akhir sekali masukkan sayur sawi ( boleh masukkn sayur apa2 yg korang suka)

Dah siap

5.Kacau seketika tutup api ...siap!

6.Siap untuk di hidangkan.

kredit : Ani Zam


Dah siap resepinya. Makan sedap-sedap nanti jangan lupa kat min juga. Lepas tu minum air milo lori pula. Satu min nak pesan, jangan terlalu kerap makan meggie tau. Nanti perut tu jadi meggie..haha.. 

1 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.