Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai. Siakap stim ala thai nie min memang suka, bukan sebab thai tau.. Tapi sebab sedap dan ada macam ciri-ciri makanan sihat macam tu. Nak masak dia kukus aje. Tak perlu minyak goreng yang boleh menambahkan kolesterol dalam badan.
Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai |
Jadi sebab tu lah min suka, ermmmm..kalau hangpa suka juga boleh la masak resepi siakap stim ala thai nie. Sedap wey..Nak masak dia pun tak susah. Masuk bahan kukus lepas tu tunggu sampai agak-agak dia masak dah boleh tutup api dan makan.
Kali ni min nak kongsi resepi siakap stim ala thai yang sis zurina zulkefli sediakan. Kalau hangpa nak masak boleh rujuk resepi nie yea. Insyallah menjadi dan sedap. Sedap tu yang penting kan?. Kalau masak macam mana sekali pun, kalau tak sedap tak ada yang nak habiskan makanan tu nanti.
Kat dalam ikan pun letak bahan |
Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai
Bahan yg diperlukan:
-Seekor ikan siakap
-2 biji limau nipis
-1 batang serai
-5 hirisan halia
-3 tangkai cili kecik merah
-3 tangkai cili kecik hijau
- 5 ulas bawang putih
- 1 batang daun ketumbar
- Setengah kiub pati ayam
- Sos ikan
Ramuan Ikan Siakap Stim ala Thai |
Cara kukus ikan:
- Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
- Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
- Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir
- Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara masak kuah stim ala Thai:
- Cincang bawang putih secara kasar
- Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan - kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
- Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
- Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
- Kacau kuah sehingga sebati.
Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai |
Langkah terakhir:
- Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
- Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
- Sedia dihidang.
Kredit : zurina zulkefli
Kalau hangpa nak masak siakap tiga rasa atau nak masak kailan ikan masin boleh la juga rujuk resepi kat sini yea. Selamat mencuba.
1 Comments
Senang jer resepi dia...nanti nak buat la...
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.