Tengah fikir nak masak apa hari nie. Rasanya macam nak makan terung bakar air asam lemak. Biasa makan terung sambal tumis aje. Hari ni kita makan terung versi bakar pula. Sedap tau. Tak caya nanti boleh cuba.
Resepi Terung bakar air asam lemak |
Resepi Terung bakar air asam lemak nie min kongsikan resepi sis arieza rieza aje. Nak buat sendiri tak pandai. Jadi min kongsi resepi nie nanti sama-sama buat yea. Masak nanti boleh share kat min juga.
Basuh dan potong |
Resepi Terung bakar air asam lemak memang sedap makan bersama nasi panas. Silap-silap boleh bertambah nasi 2-3 pinggan. Kalau hangpa gemuk nanti rajin-rajin kan diri pula yea pergi bersenam bagi kurang lemak-lemak yang menebal tu. Jangan salahkan makanan sedap pula. Kena seimbang yea. Makan dan bersenam..Jangan tahu makan aje bersenam tak nak.
Bakar sikit.. |
Oklah min kongsikan resepi terung bakar air asam lemak nie kat bawah yea.
Terung bakar air asam lemak.. perghhh memang sedap..😋😋😋
Nak2 lagi korang yang suka makan terung tu boleh try resepi ni..
konpem menambah nasi!
Bahan
* Terung ( bakar)
* Cili besar 2biji cili padi 2biji n belacan ( tumbuk kasar)
* Santan
* Perahan limau
* Garam gula
* Bawang besar dimayang
* Cili padi potong
Cara buat
Bahan ditumbuk masukk dalam mangkuk kecil dan masukkan ke semua bahan. gaul-gaul bila rasa dah ok boleh makan dengan nasi panas-panas.
Selamat mencuba
Kredit: arieza rieza
Resepi Terung Bakar Air Asam Lemak |
Dah siap. Dah masak nanti jangan lupa share juga. Min nak tengok buat ilham nak masak kali kedua resepi terung bakar air asam lemak nie. Nak bagi sebiji sama macam hangpa masak.
1 Comments
Mak SA selalu buat bulan puasa kami panggil Lawar Terung...memang sedap...boleh bertambah nasi
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.