Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas. Bila rasa teringin nak makan sambal tumis terung ringkas ada baiknya masak sendiri. Masak resepi sambal tumis terung ini tak susah mana pun. Potong masuk itu ini dah siap. Kita masak, kita makan puas hati.

Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas, Resepi, Sambal Terung, Sambal Tumis Terung,
Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas - sumber pic
Rasa nak makan sambal tumis terung. Rasanya tak susah mana nak buat resepi sambal tumis terung ini. Paling penting kena ada buah terung. Terung ni nak mudah cari aje di pasaraya atau pergi beli dipasar pagi.

Tak pun kadang ada aje dikedai runcit dekat rumah tu yang jual terung. Cari dalam peti ais sayur mereka. Beli masak untuk sekali makan jadilah.

Ada sekali tu makan tengahari dengan sayur sambal tumis terung. Sedap makcik tu buat. Jadi bila rasa nak makan balik. Saya masak sendiri. Ada pakar masak kat rumah. Tanya aje nanti dia akan bagi cara-cara, tak pun dia masak saya tukang rasa. Ermm..sedap-sedap. Boleh buka kedai makan jika sedap begini.

Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas dan Mudah
Bila nak masak resepi sambal tumis terung ringkas sebenarnya tak susah mana. Tak perlu banyak langkah. Nak masak yang banyak step dia, saya biasa masak hari-hari cuti aje. Waktu tu nak masak masa ada banyak.

Tapi jika hari-hari bekerja. Saya masak yang mudah dan ringkas aje. Asal cepat dan sedap. Lagi pun makan untuk isi perut aje. Lepas kenyang tu cukuplah, lagi baik berhenti sebelum kenyang. Itu yang dituntut dalam agama kita.

Bagi anda yang nak masak resepi sambal tumis terung ringkas ini. Dibawah ini saya kongsikan bahan dan cara mudah nak masak resepi sambal tumis terung ini. Boleh cuba sendiri nanti.

Bahan-bahan Resepi Sambal Tumis Terung

  • 3-5 Biji terung panjang- potong serong
  • 4 Ulas bawang merah- ditumbuk
  • 3 Ulas bawang putih- ditumbuk
  • 1/2 Genggam ikan bilis- ditumbuk
  • 1 Inci belacan- ditumbuk
  • 3 Sudu cili giling- boleh tambah jika nak pedas
  • Garam- secukup rasa
  • Gula- secukup rasa
Tips Nak Beli Terung yang Selamat
-Bila nak beli terung, pastikan terung yang dibeli tak ada kesan gigitan ulat atau berlubang. Ini kerana, jika ada kesan berlubang pada terung. Besar kemungkinan dibahagian dalam isi terung ada lagi banyak yang kena gigit ulat. Silap-silap sebiji terung buang macam tu sahaja.

-Pilih terung yang warna dia masih cantik. Terung kalau segar masih nampak berkilat pada kulit dia.

-Jangan masak terlalu lama, terung cepat lembik dan tak sedap bila dimakan jika terlalu lembik.

Cara Masak Resepi Sambal Tumis Terung
Cara nak masak resepi sambal tumis terung ini mudah sahaja. Boleh ikut langkah dibawah yea:-

1) Masukkan sedikit minyak untuk tumis bahan yang ditumbuk (bawang merah, bawang putih, ikan bilis, belacan). Tumis sehingga bahan ini kekuningan.

2) Masukkan cili kisar. Tumiskan cili dan bahan tadi sehingga cili masak. Nak tahu mudah aje, bila nampak naik minyak dan warna cili berubah tu insyallah masak. Tujuan dia tak nak bagi sakit perut makan cili yang tak masak.

3) Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4) Masukkan terung, gaul bersama bahan tadi dan masak sehingga terung lembut.

5) Boleh rasa, jika dah cukup rasa gula dan garam dia boleh tutup api dan angkat. Jika kurang boleh tambah.

6) Hidangkan dah siap untuk dimakan.

Mudah aje nak masak resepi sambal tumis terung ini. Bahannya tak banyak dan cara nak buat dia pun tak susah.

[+] Panduan Dekorasi Bajet Hias Rumah (klik sini)
[+] Panduan Suami Unggul (klik sini)
[+] Panduan Cari Rumah Lelong Mudah (klik sini)

Bagi anda yang nak cuba masak sendiri resepi sambal tumis terung ringkas ini boleh cuba. Bagi yang nak masak resepi ayam black pepper, paprik daging, ikan siakap tiga rasa dan kerabu mangga boleh rujuk resepi yang saya sediakan ini.

Selamat mencuba. Ada masa nanti boleh cuba buat kerja dari rumah juga. Nak tengok contoh kerja jobdirumah pun ada kat sini.

Kongsikan juga "Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas" ini dengan rakan media sosial anda. Terima kasih. Sharing is caring.

32 Comments

  1. Sedapnya sambal tumis terung. Kakcik suka makan dengan nasi panas begitu sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena makan dengan nasi panas. Boleh tambah makan bila kena dengan selera.

      Delete
  2. Erm. Sedapnya...buat terung bakar pun best kan...lama dh SA x buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat bila dah lama tak buat. Sedap juga terung bakar.

      Delete
  3. Faveret hakak ni PM....kalau makan kat kedai ada tumis terung ni , ada kemungkinan hakak ambik tau hihi...Kalau masak sendiri, hakak suka goreng dulu terung tu baru lebur sekali dengan sambal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga masak macam tu. Mana-mana yang selesa dengan cara masak ok aje akak masak sambal terung tumis.

      Delete
  4. Ada juga yg bakar dulu terung dalam oven
    Susun dalam piring baru curah sambal tumis
    Kakak memang suka terung sambal ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakar dalam oven pun ok.
      Saya goreng aje dalam kuali.
      Nak mudah masak.

      Delete
  5. Anonymous10.2.17

    Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! best sgt ni mudah ringkas but sedap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah walaupun sibuk akak. Semoga dipermudahkan urusan akak. Nanti boleh masak sambal tumis terung.

      Delete
  6. simple sedap pulak tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sibuk masak yang mudah aje. Cepat masak, boleh cepat makan dan rehat.

      Delete
  7. sy mkn terung gak td tp da msk dlm asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam pedas ada terung sedap juga. Saya biasa letak bendi dalam asam pedas.

      Delete
  8. Sedapnya tengok gambar dan resepinya mudah sahaja untuk dicuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, boleh cuba masak resepi sambal terung yea.

      Delete
  9. Replies
    1. Memang sedap jika kena dengan seleranya. Nanti masak yea.

      Delete
  10. sedapnya sambal tumis terung.. saya kalau ada terung mmg tak masak benda lain dah, sambal tumis je terus..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu menu mudah dan sedap bila nak masak terung. Ada terung masak sambal tumis terung terbaik.

      Delete
  11. sambal tumis terung memang cukup terkenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sambal tumis terung bila di masak. Nak buat resepinya pun mudah.Boleh cuba nik.

      Delete
  12. Sedap tu... boleh minta chef tolong masakkan... 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Ada chef boleh minta aje. Tak ada chef boleh masak sendiri. Tak susah nak masak sambal tumis terung sendiri.

      Delete
  13. Replies
    1. Boleh buat juga nanti sambal tumis terung.

      Delete
  14. sedap ni, selalu beli kalau jumpa di kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sendiri sedap akak sambal tumis terung ini. Boleh cuba masak yea.

      Delete
    2. tu la, boleh cuba resepi ni

      Delete
    3. Kena buat terung masak sambal ini akak.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.