TM BONUS-Bonus Tahun Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
TM BONUS-Bonus Tahun Baru. Masa baca tajuk email yang ni rasa lain macam dah. Rasanya sekarang ni tak ada pula jadi pelanggan tetap TM(Telekom Malaysia Bhd). Dah tiba-tiba TM nak bagi bonus. Apa hal pula kan?

TM BONUS, Bonus Tahun Baru, Email Spam,
TM BONUS - Bonus Tahun Baru-Email Spam
Ini antara kandungan email yang saya dapat tu. Boleh baca saya ada sertakan dibawah ni yea:-
______________________________________________________
Email Penghantar :  Telekom Malaysia Berhad<tmb@tmbhd.my>

Telekom Malaysia Berhad
Level 51, North Wing, Menara TM,
Jalan Pantai Baru, 50672,
Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur,
Malaysia.

BONUS TAHUN BARU.

Pihak Telekom Malaysia @Program Kemenangan yang telah diadakan pada 30 mei
2016 di mana alamat email anda yang disertakan beraama Tiket Kemenangan
nombor 2 - 4 - 16 - 37 - 89 - 40 -85 dengan siri nombor 2268/02 telah
memenangi loteri kategori hadiah kedua khas keluarga Telekom Malaysia. Untuk
menuntut hadiah kemenangan ini anda dikehendaki menghubungi melalui e mail
Bahagian Tuntutan untuk tujuan pemerosesan dan pembayaran hadiah wang tunai
kepada anda.

Di sepanjang program Khas Keluarga Telekom yang telah diadakan di Ibupejabat
di Kuala Lumpur sejumlah Rm 270,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Tujoh
Puloh Ribu) telah dianugerahkan kepada anda oleh Telekom Malaysia Berhad
kepada anda dan keluarga anda sempena sambutsn 2016 ini.

Program ini turut dibiayai bersama oleh Toyota Malaysia dan Tenaga Nasional
sebagai pakej istimewa Telekom 2016 dan anda perlu memahami bahawa e mail ini
adalah 100% sah dan diiktiraf kerana program ini kebiasaannya diadakan sekali
dalam masa lima tahun.

Sila hubungi agen kami untuk menuntut hadiah ini :

EN SHAFIE BIN HASSAN
Pengarah Bahagian Tuntutan
E-mail:tm.bhd.kl@outlook.my

Untuk tujuan pemerosesan sila hubungi agen kami dengan maklumat-maklumat
berikut :
1). Nama Penuh
2). Umur
3). Pekerjaan
4). Telefon
5). Negeri / Bandar

Perlu diingatkan bahawa hadiah akhir tahun Telekom Malaysia Berhad 2016 ini
adalah diberikan khas kepada anda dan keluarga anda dan anda hendaklah
membuat tuntutan ini sebelum 30 jun 2016.

Terima kasih.

Pn.Nadia binti Rafik
Pengurus Eksekutif
Anugerah Telekom Malaysia
Ibupejabat telekom Malaysia
____________________________________________________________

Email BONUS TAHUN BARU- Email Scam
Bagi anda yang dapat juga email ni. Anda jangan buat apa-apa. Sebenarnya ini adalah email scam ataupun email tipu yang ada dikalangan 'manusia' ni yang nak tipu dan nak dapatkan data serta maklumat peribadi anda!

Yea, jika anda reply email tersebut kepada mereka. Mudahlah dikemudian hari mereka akan "Perangkap" anda. Ini email tipu sebenarnya. Jangan percaya dengan email-email sebegini.

[+Baca juga- Bonus Dari Tesco Malaysia]
[+Baca juga- Bonus Istimewa Fifefly Malaysia]

Mana ada sekarang syarikat apa-apa yang mudah-mudah nak bagi duit percuma macam ni kat pelanggan dia. Jika ada, boleh bagi tahu saya juga. Saya pun nak juga..hohoho.

Dekat nak raya macam ni, macam-macam tektik yang mereka gunakan. Bagi yang akal panjang sikit. Insyallah mereka cari maklumat dan kesahihan email ni dulu. Tapi jenis yang 'lurus dan betul' mereka percaya dan kesannya mereka yang akan terkena nanti.

Jadi nasihat saya, jika lain kali dapat email-email macam ni masuk dalam inbox email anda. Kaji dulu, cuba tanya kawan-kawan juga. Jangan main setuju aje. Silap hari bulan. Duit kita yang akan melayang.

Tips mudah nak ketahui sesuatu email tersebut betul atau scam adalah seperti berikut:
1) Biasanya mengunakan nama-nama syarikat yang besar sebagai "sandaran" mereka.
2) Dapat hadiah beribu-ribu tanpa perlu buat apa-apa.
3) Email yang diberikan untuk dihubungi hanya dengan mengunakan email biasa seperti email gmail,yahoo atau email-email percuma. Dalam kes ini mereka guna email tmb@tmbhd.my & tm.bhd.kl@outlook.my. Nampak email yang digunakan adalah tidak "rasmi".

Baiklah, bagi yang nak tambah pendapatan. Saya galakkan anda sertai Portal Jobdirumah. Buat kerja dari rumah, tak ada siapa nak kenakan anda. Anda buat kerja, anda yang akan diberi bayaran atas kerja yang telah dibuat. Bayarannya dalam USD. Memang seronok sekarang ni bila tukar ke duit ringgit kita.Berganda-ganda jumlahnya. Ini antara contoh kerja jobdirumah.

Nak tahu lebih lanjut tentang peluang kerja yang boleh menambahkan pendapatan sampingan anda ini. Anda boleh rujuk di sini--->> Panduan Jobdirumah 2017 (klik sini)

Jom buat duit raya!. Kongsikan entri TM BONUS-Bonus Tahun Baru ini juga untuk mengelakkan orang lain dan sahabat kita dari ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawap. Terima kasih.

11 Comments

  1. hahahaha... memang scam pun... nama pegawai yang tercatat pun tak ada dalam database... dah la domain emailnya salah... kekekekeke... apa pun, terima kasih atas perkongsian ini... harap tak adalah sesiapa yang tertipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Harap tak ada yang tertipu dengan email yang guna nama TM ni.

      Delete
  2. mudah beno nk dpt duit yek... sapa lah yg percaya email2 mengarut gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang percaya agaknya. Sebab tu mereka buat akak. Harap lepas ni orang kita lebih bijak. berfikir dulu bila dapat emial macam ni.

      Delete
  3. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Selamat hari raya juga buat KM.

      Delete
  4. Selalu jugak dapat email camni. Senang senang je nk bg org duit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak mudah sekarang ni orang nak bagi duit percuma. Kena buat kerja baru dapat duit kan.

      Delete
  5. baru nak komen "untungla" tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini email nak tipu orang akak. Saja kongsi takut ada yang terkena dan percaya dengan email macam ni.

      Delete
  6. Kalau ye tak ye boleh tertipu jugak ye PM. Maklumlah zaman ni.....duit jadi umpan

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.