Resepi Kerabu Mangga Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Kerabu Mangga Sedap. Hari ni nak kongsi resepi lagi. Berkongsi cerita dan rasa bersama. Nak bagi yang dah siap buat tak dapat. Jadi bagi resepi kerabu mangga sedap ajelah. Nak rasa, nanti boleh buat yea. Sedap pekena kerabu mangga masa berbuka nanti. Nyam-nyam gitu.

Resepi Kerabu Mangga Sedap - sumber pic
Alkisah nak buat kerabu mangga ni mulanya ada beli mangga dipasar malam. Nampak sedap mangga yang tak masak lagi bila dibuat jadi kerabu ni. Jadi nak bagi hilang terliur tu, beli mangga muda/putik bawa balik rumah nak buat kerabu. Alik-alik dibiarka dua tiga hari dah jadi masak pula dia. Ingat tahan lagi. Jadi pasar malam seterusnya beli lagi, beli malam tu, esoknya buat. Alhamdulillah dapat merasa hasil air tangan buat resepi kerabu mangga sedap ni.

Resepi Kerabu Mangga Sedap
Bahan-bahan Resepi Kerabu Mangga Sedap

1) 2-3 biji mangga epal/ 5 biji pelam telur muda - diparut/disagat/dicincang halus.

2) 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus.

3) 2-3 biji bawang merah (bawang merah kecik)- nak guna bawang besar pun boleh.

4) 1 genggam ikan bilis- boleh juga masuk kacang tanah yang ditumbuk kasar.

5) 6-8 biji cili padi - dipotong halus( boleh tambah dan kurangkan ikut selera pedas anda)

6) 2-3 biji limau nipis - diperah air.

7) Gula - sesedap rasa.

8) Garam - sesedap rasa.

Cara-cara Nak Buat Resepi Kerabu Mangga Sedap

1) Masukkan kedalam bekas mangga yang telah disagat halus tadi. Jika boleh letak dalam bekas bekas sikit, sebab nanti nak gaul bersama bahan lain.

2)Masukkan ikan bilis/kacang tanah yang telah digoreng. Gaulkan sekata.

3) Lepas tu masukkan hirisan bawang, bunga kantan, cili potong, perahan air asam limau, gula dan garam. Gaul sehingga sebati.

4) Siap untuk dihidangkan. Tada, dah siap.

Mudah bukan nak buat resepi kerabu mangga sedap ni.Kadang beli kat kedai tak rasa puas hati. Sebab boleh makan sikit aje. Bila buat sendiri boleh nak makan banyak mana nak. Nak letak benda lain lagi pun boleh. Semuanya mengikut cita rasa kita.

Nak sedap boleh juga dicampur bersama udang kering yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk hancur. Tabur bila dah siap sebelum dimakan dan gaul.

Nanti jika nak rasa resepi kerabu mangga sedap ni boleh cuba yea. Cari mangga yang belum masak lagi tau. Yang dah masak kurang sikit kik dia. Selamat mencuba.

Ada masa boleh buat kerja dari rumah untuk menambahkan pendapatan sampingan kita juga bagi menyabut raya nanti.

Kongsikan resepi kerabu mangga sedap ini dengan rakan-rakan di media sosial anda juga. Terima kasih.

13 Comments

  1. Merecik...terus SA terliur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh buat Amanda. Mudah aje nak buat kerabu mangga ni. Sedap.

      Delete
  2. alahai sedapnya tengok kerabu mangga ni
    meleleh air liur dah lah belum berbuka ni
    lagi 2 jam lebih kat sini nak berbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba buat Kak Noor. Makan masa berbuka sedap juga kerabu mangga ni.

      Delete
  3. semalam baru je buat, musim puasa memang lagi best kalau yang ada perasa masam2 sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap makan kerabu mangga masa berbuka puasa.

      Delete
  4. dah dua tiga hari dapat makan kerabu mangga. mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kerabu mangga. Buat sendiri puas hati nak makan kerap pun kan.

      Delete
  5. Replies
    1. Boleh cuba resepi ni Lya. Sedap buat sendiri kerabu mangga ni.

      Delete
  6. Ni kalau suami lalu kat belakang, mmg tak perasan ni PM hihi....
    Pandai awak masak ye PM, senanglah isteri awak kan...Agak agak nak mengelat je mintak suami ke dapur hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerabu mangga ni mudah lagi nak masak. Boleh cuba akak.

      Delete
  7. Sy x blh nk makan bunga kantan..blh tukar dgn apa ya??

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.